Chapter 6

Romance Completed 21572

BAB 6

Pada hari yang telah ditetapkan, aku bersiap-siap untuk berjumpa dengan calon yang terakhir. Bagi memudakhkan urusan pengecaman wajah kami telah memberitahu masing-masing warna baju yang akan kami pakai pada hari pertemuan. Seperti yang telah dijanjikan pada waktu makan tengah hari aku akan makan bersama dengannya. Kami berempat sampai di cafe yang dijanjikan 15 minit awal. Kash, Syuq dan Qira duduk di meja yang berdekatan dengan meja aku. Aku menunggu dengan penuh debaran di dada. Beberapa minit kemudian, datang seorang lelaki yang mempunyai perwatakan yang agak menarik dan menegur aku.

“Hai, ni Khairina ke?” soalnya menginginkan kepastian.

“Emm hai. Ye saya, awak siapa?” soalku pula.

“Oh ye saya Megat yang sepatutnya makan tengah hari dengan awak tu,” ujarnya mengingatkan aku.

“Oh sorry, saya tak tahu pun awak orangnya,” balas aku sambil memandang Kash, Qira dan Syuq sambil memberitahu bahawa aku suka calon mereka yang ini.

“Eh takpe. Boleh saya duduk?” soalnya sambil tersenyum.

Senyuman yang diberikan sangat manis pada pandangan aku. Diserlahkan lagi dengan lesung pipit yang dalam di keuda-dua belah pipinya membuatkan dia kelihatan sangat tampan. Aku menmandangnya lama serta terbuai seketika melihat senyumannya itu.

“Duduklah Megat, lupa pulak saya. Sorry tau,” ujar aku malu sebentar saat bertentang mata dengannya,

“Hahaha. Takpe, saya faham awak teruja jumpa saya kan sampai lupa nak ajak saya duduk,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Kami berbual-bual mengenai diri masing-masing sambil makan tengah hari bersama. Banyak hal yang kami kongsikan bersama seperti kami telah lama mengenali antara satu sama lain. Dia memberitahu bahawa dia merupakan seorang pegawai bank dan sekiranya aku mahu membuat pinjaman bank hanya perlu berurusan dengannya sahaja. Sedikit sebanyak aku berasa gembira dapat mengenalinya. Setelah satu jam pertemuan kami, dia meminta diri kerana ada urusan penting yang perlu dilakukan. Sebelum pulang, kami sempat bertukar-tukar nombor telefon dan dia berharap agar pertemuan kami tidak hanya sekali ini sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience