Chapter 8

Romance Completed 21572

BAB 8

Kash termenung memikirkan semua perkara yang berlaku di sekelilingnya. Dia tahu hubungannya dengan Khai semakin renggang kerana dia sengaja berbuat sedemikian. Dia keliru dengan perasaannya sendiri. Separuh hatinya berkata bahawa dia menyintai Khai dan separuh lagi menafikannya. Namun apabila melihat Khai bersama lelaki lain, dia berasa cemburu dan tidak sanggup menerimanya.

“Kash, kau ada masalah ke? Aku tengok kau sekarang ni dah lain je. Dah jarang nak lepak dengan kitaorang, asyik terkurung je dalam rumah. Khai pun dah mengadu yang kau jauhkan diri dari dia. Kalau ada masalah bagitahu lah aku mana tahu aku boleh tolong,” soal Syuq prihatin dengan keadaan kawan baiknya itu.

“Aku okaylah. Jangan risau, aku sibuk je dengan kerja. Aku just penat tu yang aku duduk dalam rumah je. Malas nak keluar,” balas Kash menafikannya.

“Kau ingat aku percaya ke. Dah lama lah aku kenal kau, macam aku tak tahu yang kau ada hati dengan Khai kan? Tu yang kau mengelak dari dia tu. Kau tak sanggup tengok dia dengan lelaki laink kan?” soal Syuq seakan megetahui isi hati kawannya itu.

“Ish, manada lah. Aku dengan dia kawan baik je, kau pun tahu kan macam mana hubungan kami berdua selama ni. Dia tu cinta platonik aku je dan aku ingin mencintainya secara sederhana sahaja” ujar Kash sambil mengeluh.

Sedikit sebanyak ada benarnya apa yang dikatakan Syuqri itu. Memang dia telah jatuh cinta pada Khai, namun dia menafikannya kerana takut hubungannya dengan Khai akan berlainan. Dia tidak pasti samada Khai juga mempunyai perasaan yang sama dengannya. Perasaan itu lah yang sentiasa menghantuinya ditambah pula dengan kehadiran Megat disamping Khai tidak mustahil Khai akan jatuh cinta dengan pemuda itu.

“Cinta platonik? Hahaha. Kau ni kelakar lah Kash. Aku tak faham kenapa kau nak sembunyikan perasaan kau tu. Aku yakin Khai pun cintakan kau sebab aku dapat lihat dalam mata dia penuh dengan pandangan kasih bila dia pandang kau. Come on babe, luahkan je lah. Kau nak tunggu bila lagi?” ujar Syuq bingung dengan perangai sahabatnya itu yang suka memendam perasaan.

“Aku tak tahu lah Syuq. Aku risau dia sayang orang lain dan bukannya aku. Kau pun tahu kan Megat sentiasa ada dengan dia sekarang. Tak mustahil dia jatuh cinta dengan Megat yang cukup sempurna di mata setiap wanita. Dia memiliki semua kriteria yang seorang perempuan idamkan. Siapalah aku kalau nak dibandingkan dengan si Megat tu.” ujar Kash merendah diri.

“Kau ni cepat betul mengalah, kau tak cuba lagi kan. Mana lah tau Khai tu tak pandang langsung si Megat tu. Kita dah lama kawan dengan dia cukup untuk kau kenal hati budi dia macam mana. Jangan sampai kau menyesal di kemudian hari sudahlah. aku nak ingatkan je. Kau fikir lah yang mana terbaik untuk kau. Aku sokong semua keputusan kau,” ujar Syuq sambil menepuk bahu rakannya itu sebelum berlalu pergi menuju ke biliknya.

Kash termenung memikirkan apa yang dikatakan oleh Syuq sebentar tadi. Dia masih berperang dengan perasaannya untuk membuat satu keputusan yang tepat untuk dirinya. Tiba-tiba dia seperti mendapat kekuatan dan keyakinan diri untuk membuat keputusan. Dia seakan yakin dan tidak teragak-agak untuk menerima segala kemungkinan yang bakal berlaku dengan keputusan yang akan dilakukannya itu. Dalam masa yang sama, Syuq memerhatikan tingkah laku kawannya di sebalik pintu bilik. Dia tersenyum sambil mendapat satu idea untuk membantu rakannya itu mendapatkan wanita yang dicintainya. Dia harus melakukan sesuatu agar kedua-dua kawan baiknya disatukan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience