Chapter 1

Romance Completed 21572

BAB 1

“Khairina my dear, malam ni aku ambik kau pukul 8 okay.”

“Okay dear, see ya.”

Begitu lah rutin harianku setiap hari. Jika ada masa terluang, aku akan menghabiskan masa bersama dengan kawan baikku Kashful. Malam ini seperti biasa kami akan berparti di rumah salah seorang kawan Kash. Tepat jam 8 malam Kash sampai di rumah aku. Seperti biasa dia sentiasa punctual. Setelah parking keretanya di hadapan rumah aku, dia keluar dari kereta dan membuka selak pagar rumah. Sampai sahaja di depan pintu, dia terus membunyikan loceng.

*DING DONG*

“Masuklah dear, aku tak kunci pintu pun,” jerit aku dari dalam bilik.

“Alright. Cepat sikit dear, lambat sampai nanti parti dah start,”gesa Kashful sambil melangkah masuk ke dalam rumah dan terus menghempaskan badannya di atas sofa.

“Ye, dah siap dah ni. Dah jom,” ujarku.

“Wohooo!! Let’s party babeh,” jerit Kashful dalam kebingitan sambil menggoyangkan badannya mengikut rentak muzik.

“Weh jom blah, jom blah.” Ujarku lantas menarik tangan Kash keluar dari rumah kawannya itu.

Masuk sahaja di dalam kereta, aku dan Kash lantas menukar baju yang kami pakai untuk berparti kepada baju yang lebih santai. Kereta Kash meluncur laju di atas jalan raya menuju ke suatu tempat. Seperti biasa kami akan melepak di tempat istimewa kami yang dipanggil galeri cinta platonik. Galeri itu menjadi tempat yang wajib kami akan kunjungi setiap malam. Kash yang menemui tempat itu dan menamakannya galeri cinta platonik.

“Eh dear kau tengok tu. Tahi bintang lah,” ujarku sambil menunujuk ke arah tahi bintang yang jatuh dari langit.

“Kau nak tahu tak dear? Orang tua-tua cakap kalau nampak tahi bintang kita boleh buat permintaan,” jelas Kash sambil tersenyum melihat keterujaan aku yang pertama kali melihat tahi bintang.

“Now, let’s make a wish dear,” ujarku girang sambil memejamkan mata.

“Okay dah. Kau mintak apa dear? Soal Kash sambil memandang ke kaki langit yang penuh dengan bintang-bintang bertaburan.

“Eh, adalah rahsia. Mana boleh bagitahu kau. Kau pulak mintak apa?” soalku lantas berbaring di atas peha Kash.

“Rahsia jugak. Buat apa bagitahu kau,” ujar Kash tetap memandang langit yang kelihatan cantik itu sambil mengusap rambutku.

“Eleh, sibuk nak tiru jugak,” aku mencebik.

Kami terus menikmati keindahan malam dan berbual-bual panjang sebelum pulang ke rumah masing-masing. Sesekali terdengar gelak tawa kami di sebalik kesunyian malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience