Chapter 7

Romance Completed 21572

BAB 7

Sejak dari pertemuan kami yang pertama, kami sering berhubung melalui whatsapp dan kadang-kadang kami keluar bersama. Entah mengapa kali ini aku berasa selesa berkawan dengannya berbanding dengan lelaki lain yang pernah aku temui. Mungkin kerana Megat sangat baik dan pandai mengambil hati aku. Kadang-kadang dia juga bersikap romantis terhadapku. Namun begitu kehidupan aku masih sama seperti sebelum ini. Perhubungan aku dengan Kash, Qira dan Syuq juga masih seperti dulu. Setiap hari aku rasakan kehidupan aku makin ceria di samping kawan-kawan yang setia bersamaku dan kenalan baru yang sangat baik terhadap aku.

Namun semakin lama, aku rasakan Kash semakin menjauhkan diri dariku seperti aku ada berbuat salah padanya. Namun aku hanya pendamkan sahaja kerana aku mengagak bahawa dia sibuk dengan kerjanya. Tetapi apabila semakin hari semakin berbeza sikapnya padaku, aku tahu bahawa ada sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Aku menghantar pesana ringkas padanya bertanyakan soal itu.

Aku : “Kash, kenapa aku tengok kau macam menjauhkan diri dari aku. Aku ada buat salah ke?”

Kash: “Takdelah, mana ada aku jauhkan diri dari kau.”

“Aku sibuk sikit lah dear kebelakangan ni, banyak sikit kerja dekat office tu.”

Aku: “Betul ke ni dear? Aku tak rasa macam tu pun. Aku dapat rasakan kau ada sembunyikan

sesuatu dari aku.”

Kash: “Laa, betul lah. Kau ni dear suka fikir yang bukan-bukan lah. Aku okay je macam dulu lah jugak Cuma aku sibuk tu je.”

Aku: “Entahlah, aku tak rasa macam tu lah dear. Kau betul ni takde sembunyikan apa-apa dari

aku?”

Kash: “Betul, aku tak tipu. Percayalah dear.”

Aku: “Okay, tapi kalau aku ada buat salah bagitahu lah. Aku takut aku tak sedar.”

Kash: “Okay, I will.”

Perbualan kami tamat di situ. Ternyata Kash masih berahsia denganku dan tidak mahu mengaku. Aku bingung dengan perubahannya itu. Pada masa yang sama aku merasa kekosongan tanpa Kash disisi. Aku mengadu soal ini pada Qina dan Syuq. Aku buntu memikirkan apa salah aku pada Kash. Syuq mengatakan bahawa dia akan cuba mencari tahu punca Kash jadi seperti ini dan berjanji akan membantu aku memulihkan hubungan dengan Kash seperti sedia kala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience