Chapter 2

Romance Completed 21572

BAB 2

Pagi ini aku pergi kerja seperti biasa menaiki kereta myvi kesayanganku. Aku bekerja di sebuah pusat kecantikan yang terkenal di ibu kota sebagai perunding kecantikan.

*KRING*

*KRING*

*KRING*

Aku menjawab panggilan daripada Kash. Seperti biasa dia mempelawaku makan tengah hari bersamanya di tempat biasa kami iaitu “Ministry of Head Curry”. Tepat jam 1 tengah hari aku keluar dari pusat kecantikan menuju ke tempat pertemuan kami yang tidak jauh dari tempat kerjaku. Sesampainya di sana ku lihat Kash sudah berada di situ sambil tersenyum memandangku.

“Kau lewat 10 minit dear. So, hari ni lunch is on you,” ujar Kash ketawa.

“Sorry dear, ada customer penting tadi. Alright, no hal. For this time only. Next time I will make sure it’s on yours,” balasku.

Kash menjungkit bahu. Setelah memesan makanan dan minuman dan menunggu ianya sampai kami berbual kosong.

“So, malam ni macam mana? On tak?” soalku memandang wajahnya menginginkan kepastian.

“Of course lah jadi dear. Malam ni macam biasa pukul 8 okay,” ujarnya seakan memberi amaran agar aku tidak lewat seperti sebelumnya.

“Baik bos,” aku menjawab sambil mengangkat tangan tanda hormat seperti seorang anggota keselamatan melaporkan diri kepada ketua atasannya.

Selang beberapa minit, makanan dan minuman yang dipesan sampai. Kami menikmati makan tengah hari dengan berselera sekali kerana masing-masing kelaparan. Kami makan sambil berbual tentang perkembangan kerja masing-masing pada hari ni serta isu-isu semasa yang dirasakan menarik untuk dibahaskan. Selesai makan, kami masing-masing kembali ke tempat kerja. Disebabkan hari ini hari cuti hujung minggu, maka aku agak sibuk kerana pelanggan lebih ramai dari hari biasa. Namun kesibukan di siang hari tidak menghalang aku untuk bergembira pada waktu malam. Hanya pada waktu malam aku dapat berhibur sambil menghilangkan stress setelah seharian penat bekerja. Kebiasaannya aku dan Kash akan berparti di rumah kawan-kawan kami dan sekiranya pasti tiada kami akan menonton wayang, berkaraoke atau menghabiskan masa melepak di galeri cinta platonik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience