Chapter 10

Romance Completed 21572

BAB 10

Aku menanti kedatangan Kash ke rumah untuk menjemputku dengan penuh kesabaran dan debaran di dada. Kali ini aku siap lebih awal dari kebiasaannya kerana teruja untuk bertemu Kash setelah beberapa minggu tidak bersua muka. Seperti biasa Kash sampai tepat pada waktunya seperti yang telah dijanjikan. Di dalam kereta masing-masing mendiamkan diri dan keadaan kelihatan agak canggung.

“Dear, dah lama kita tak keluar macam ni kan?” soalku memulakan perbualan.

“Huh? Emm, betul tu. Kita pun dah lama tak jumpa kan,” balasnya sambil tersenyum.

“Aku rindu kau dear. Aku rindu kita yang dulu,” ujarku sedih dengan perubahan hubungan kami.

“Hei shuhhh, jangan nangis dear nanti cair make up kau dah tak cantik. Aku pun rindu kau jugak,” ujarnya memandang dengan pandangan yang redup.

“Aku teremosi pulak. Hahaha. Sorry dear,” ujarku lantas mengesat air mataku yang mengalir dipipi.

“Takpe, aku faham. Dah tak nak nangis-nangis, dah nak sampai dah ni. Nanti orang ckp dear aku tak cantik sebab make up cair,” ujarnya untuk memujuk aku.

Aku hanya tersenyum mendengar gurauannya itu. Sesampainya di café, kami memilih tempat duduk yang agak tersorok sedikit dan suasana café pada ketika itu sangat romantik. Selesai memesan makanan dan minuman, kami memandang antara satu sama lain dengan pandangan yang sukar dimengertikan. Hanya apabila pelayan sampai, barulah aku menundukkan pandangan kerana malu dengan pelayan yang melihat adegan kami itu. Kashful hanya tersenyum malu. Setelah mengucapkan terima kasih kepada pelayan tersebut, kami makan dengan perlahan. Selesai sahaja makan barulah kami berbual-bual tentang hal yang lebih serius.

“Dear, aku ada something nak bagitahu kau ni. Aku harap kau tak terkejut lepas dengar apa yang aku nak cakap ni,” ujar Kash serius.

“Okay, bunyi macam serius je ni. Apa dia cakaplah,” balas aku berdebar menanti ucapannya.

“Sebenarnya aku dah lama sukakan kau dan kalau boleh aku nak kau jadi kekasih, isteri dan ibu kepada anak-anak aku. Tapi aku pendam sebab aku takut aku bertepuk sebelah tangan. Lagipun aku takde kekuatan nak hadapi penolakan daripada kau and aku takut kalau aku bagitahu kau, ianya akan mengganggu hubungan persahabatan kita. Sekarang aku dah dapat kekuatan tu dan aku bersedia walau apa pun jawapan yang kau akan bagi,” ujar Kash panjang lebar.

“Lagi satu aku nak mintak maaf sebab dah jauhkan diri dari kau. Lepas aku dapat tahu kau berkawan dengan Megat, aku cemburu Khai. Aku sakit hati tengok korang berdua gembira sampaikan aku buat andaian sendiri bahawa dia lelaki terbaik untuk kau, mampu bahagiakan kau lebih dari aku. Lepastu lama-lama aku rasa menyesal sebab putus asa dan lepaskan orang ynag aku saying pada lelaki lain. lepas dengar apa yang Syuq bagitahu aku, aku dapat balik kekuatan aku untuk berdepan dengan kau dan luahkan segala perasaan aku,” sambung Kash.

“Dear, aku pun sukakan kau jugak dan aku pun nak kau jadi kekasih, suami dan bapa kepada anak-anak aku. Pelik kan, kita sama-sama memendam rasa dan takut nak luahkan perasaan masing-masing atas alasan yang sama. Aku mengaku yang pada mulanya memang aku ada perasaan pada Megat dan dia pun ada melamar aku untuk dijadikan isteri tapi aku tolak sebab baru aku sedar yang hati aku sebenarnya milik kau seorang je dear. Aku tak nak orang lain dah, cukuplah kau sorang je dalam hati aku ni. Dan aku dah lama maafkan kau,” ujar aku malu-malu.

“Betul ke ni? Aku macam tak percaya je. Alhamdulillah, Allah dah makbulkan doa aku. Thanks sayang, aku bahagia sangat. Aku janji aku takkan sia-siakan kau dan aku akan sayang kau sampai akhir hayat aku,” ujar Kash dengan rasa gembira.

“Thanks jugak sebab sanggup terima aku seadanya. Aku janji yang hanya kau dalam hati aku sampai aku mati,” ujarku menyatakan janji ku padanya.

Kami keluar dari café itu dan terus bergerak ke galeri cinta platonik bagi menghabiskan masa berdua di situ.

“Sayang, kau nak tahu tak apa yang aku mintak masa tahi bintang jatuh haritu?” soal Kash sambil memandangku.

“Apa dia sayang?” soalku kembali.

“Aku mintak agar suatu hari nanti kita dapat disatukan sebagai pasangan suami isteri dan bahagia sampai ke syurga,” ujarnya perlahan.

Aku terharu mendengar ucapannya itu. Tidak kusangka sebegitu besarnya perasaan cinta dan sayang Kash padaku.

“I love you sayang,” sambungnya lagi.

“I love you too dear,” ujarku membalas ucapan cintanya.

Galeri cinta platonik menjadi saksi cinta kami berdua. Saksi kepada penyatuan dua insan yang menyintai satu sama lain. Semoga perhubungan ini akan berkekalan sampai ke akhir hayat.

***TAMAT***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience