Chapter 9

Romance Completed 21572

BAB 9

Aku menerima pesanan ringkas daripada Syuq yang ingin berjumpa denganku segera kerana ada hal yang mustahak yang ingin diberitahunya. Setelah berjanji untuk berjumpa petang nanti di café biasa tempat kami lepak, aku bersiap-siap sambil berdebar-debar memikirkan hal penting apakah yang ingin diberitahu oleh Syuq itu. Ketika aku sampai di café tersebut, Syuq sudah tersedia menungguku. Aku lantas bergerak ke arahnya dan duduk berhadapan dengannya.

“Hal penting apa yang kau nak bagitahu aku sampai tak sempat-sempat nak jumpa aku ni?” soal aku memulakan perbualan.

“Kau ni sabar lah. Kot ye pun order air tu dulu. Haih, gelojoh betul kau ni,” ujar Syuq sambil menggelengkan kepalanya melihat perangai aku yang agak gelojoh itu.

Setelah selesai memesan minuman, aku kembali memandang Syuq sambil mengharapkan dia membuka mulut. Sedikit sebanyak aku berasa geram dengan Syuq yang masih ingin berteka teki denganku.

“Iye, sabar boleh tak? Aku tak bagitahu nanti haa,” ujar Syuq yang geram dengan sikapku yang agak mendesak itu.

“Yelah, sorry. Kau tu lambat sangat nak bagitahunya. Aku tak sabar dah ni,” balasku meminta maaf atas sikapku ke atasnya sebentar tadi.

“Takpe, aku tak ambik hati. Sebelum aku bagitahu apa-apa, aku nak tanya kau something ni. Kau ada suka sape-sape tak?” soal Syuq serius.

“Maksud kau?” aku menyoalnya kembali.

“Maksud aku kau ada tersuka Megat ke, Kash ke atau aku mungkin?” soalnya lebih serius.

“Aku aaa aku….”

“Aku, aku. Aku apa?” Syuq menyergah aku.

“Aku suka Kash,” ujarku pantas menekup mulutku yang laju sahaja menuturkan ayat itu lantas terkejut dengan sergahan Syuq.

“Aku dah agak dah,” Syuq tersenyum memandangku yang tertunduk malu dengan pengakuanku itu.

“Huh? Macam mana kau tahu?” soalku.

“Aku dapat rasa kau syok kat dia dari cara kau pandang dia,” balas Syuq ketawa memandangku.

“Emm, tak kisahlah macam mana pun tapi apa kena mengena dengan apa yang kau nak bagitau aku?” soalku bingung.

“Nanti dulu, aku tak habis tanya lagi ni. Habis tu perasaan kau pada Megat macam mana? Takkan kau langsung tak jatuh hati dengan dia?” soal Syuq bertubi-tubi.

“Memang dia mengaku yang dia suka aku dan melamar aku jadi isterinya tapi aku tolak lamaran dia dan mengatakan bahawa aku dah ada orang lain sebab hati aku hanya pada Kash seorang. Walaupun aku tak tahu apa perasaan Kash pada aku dan aku takut aku hanya bertepuk sebelah tangan. Aku mengaku pada mulanya memang perasaan aku sedikit terusik melihat dia,” jelasku jujur tentang apa yang berlaku di antara aku dan Megat.

“Well, you did the right decision. Don’t worry babe,” ujar Syuq masih berteka teki.

“Maksud kau? Aku tak faham and tolong jangan berteka teki dengan aku Syuq,” rayuku padanya.

“Okay, dengar sini. Kau mesti nak tahu kan sebab apa Kash jauhkan diri dari kau? Kash suka kau, dia sayang kau Khai. Tapi dia takut nak bagitahu kau sebab dia takut persahabatan korang renggang dan kau mungkin takde perasaan yang sama pada dia. Sebab tu dia rela pendam perasaan dia. And bila kau mula rapat dengan Megat, dia cemburu dan sakit hati. So, dia buat keputusan jauhkan diri dari kau dan anggap saja kau dah jumpa kebahagian kau bersama Megat,” ujar Syuq dengan panjang lebar.

Aku tergamam mendengar pengakuan panjang lebar dari Syuq. Bermacam perasaan yang aku rasa sekarang ini sedih, gembira, kecewa, marah semuanya ada.

“Betul ke apa yang kau cakap ni Syuq? Kau jangan main-main soal hati dan perasaan ni. Dia tak pernah bagitahu aku pun,” soalku menginginkan kepastian.

“Betul, aku tak tipu kau lah. Kan aku dah cakap tadi sebab apa dia tak nak bagitahu kau, ujar Syuq meyakinkan aku.

“Aku macam tak percaya yang selama ni masing-masing suka sama suka dalam diam. Tapi pada masa yang sama, kami dua-dua takut nak luahkan perasaan masing-masing atas alasan yang sama. Takut bertepuk sebelah tangan!” ujarku seakan tidak percaya dengan apa yang aku dengar.

“Dia ingin mencintai kau secara sederhana;

seperti kata yang tidak sempat diucapkan kayu

kepada api yang menjadikannya abu

seperti isyarat yang tidak sempat

dikirimkan awan kepada hujan

yang menjadikannya tiada…” ujar Syuqri dalam satu nafas.

“Wow, rap apa kau buat ni sedap betul doh?” soalku teruja.

“Rap kepala hotak kau. Aku cakap pasal Kash lah wei,” ujar Syuq sambil mengetuk kepala aku.

“Woi, sakitlah giler. Ish, manalah aku tahu. Aku ingat kau rap tadi. Hehehe,” ujarku sambil menggosok kepalaku yang sakit akibat diketuk Syuq.

“Kau fikir-fikir kan lah apa yang aku cakap ni. Aku just nak tolong korang berdua je. Tugas aku dah settle, yang lain terserah pada kau dan Kash untuk buat keputusan yang terbaik untuk korang. Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang pula,” ujar Syuq sambil berseloroh.

Pulang dari pertemuan itu aku memikirkan kembali kata-kata Syuqri. Aku perlu membuat keputusan yang tepat demi kebahagiaan aku dan Kash. Aku yakin keputusan yang bakal aku ambil ini terbaik buat kami berdua. Aku tersenyum gembira akhirnya segala persoalan yang sentiasa bermain di fikiranku kini telah terjawab.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience