Chapter 5

Romance Completed 21572

BAB 5

Misi pencarian jodoh buat aku telah pun bermula. Semuanya telah diaturkan oleh Kash, Qira dan Syuq. Pertemuan demi pertemuan telah di atur namun semuanya tidak menarik minat aku untuk meneruskan hubungan dengan lebih jauh. Bagi aku tiada satu pun dia antara mereka yang aku rasakan serasi untuk dijadikan teman istimewa.

“Weh, semua calon yang korang cari ni tak syok langsung. Cuba lah cari yang elok sikit. Ni ada yang duda anak satu lah, mamat skema lah, anak mak lah. Eew, tak nak aku dengan diaorang tu. Agak-agaklah pun nak carikan aku boyfriend. Aku bukannya terdesak sangat,” ujar aku geram.

“Alah rileks lah. Mana lah kitaorang tahu teruk macam tu. Dalam profil lain kot macam kat luaran. Kau ni pun satu memilih sangat lah Khai,” balas Syuq membela diri bagi pihak mereka bertiga.

“Kau cakap aku memilih? Weh, cuba kalau kau jadi aku, kau nak ke keluar dengan diaorang semua tu?” soal aku yang bertambah geram dengan Syuq.

“Dah lah tak payah nak gaduh-gaduh okay. Kita try cari yang lain pulak tapi yang ni make sure yang terbaik,” ujar Kash bagi menyelamatkan keadaan dari bertambah tegang.

“Tak nak dah aku terlibat dengan rancangan jodoh korang ni. Buang masa aku je,” ujar aku dengan perasaan geram yang masih bersisa.

“Alaa, please Khai. Kali ni je, kitaorang janji ni last kalau kau tak berkenan jugak kitaorang stop okay. Boleh ye kira?” soal Qira meminta kepastian.

“Yelah, yelah tapi kali ni je tau. Lepas ni aku tak nak layan dah,” ujar aku memberi amaran kepada mereka.

“Yes, macam ni lah kawan kitaorang. Sep sikit!” ujar Kash teruja.

Aku hanya tersenyum sumbing memerhatikan gelagat mereka bertiga. Aku tahu mereka sayangkan aku dan mahukan yang terbaik untuk aku. Mereka bertiga merupakan sahabat baik aku yang sentiasa ada di saat aku susah dan senang. Kami telah berkawan baik sejak dari zaman universiti lagi. Aku akui pada zaman yang moden sekarang ini mata susah untuk mencari kawan yang baik namun aku bersyukur kerana bertemu dengan mereka bertiga walaupun kami berlainan course semasa di universiti. Kami berkenalan semasa sesi orientasi pelajar baru dan terus menjadi kawan rapat sehingga sekarang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience