Bab 9:Girlfriend

Romance Series 5994

Afiq sudah bersiap menunggu Ayu di perkarangan rumah.Matanya melirik kearah bunya-bunya yang berwarna-warni menghiasi sepanjang perkarangan rumah banglo tersebut.Banyak perubahan di dalam dan luar rumah tersebut.Rumah itu semakin dijaga rapi mungkin kerana Ayu menjaganya atau sememangnya Aisyah mengupah orang untuk menjaganya.

Ayu berdehem menanda dia sudah siap dan turut serta berada diperkarangan luar rumah.
"Awak dah siap?"tanya Afiq tanpa menoleh ke arah Ayu
"Dah"balas Ayu sepatah.Ayu hanya memerhati perilaku Afiq yang memetik sekuntum bunga kertas berwarna ungu.
"Nah untuk awak"tangan Afiq menghulur bunga kepada Ayu.
"Terima kasih"kata Ayu dengan malu-malu
"Dah la jom kita gerak"kaki Afiq menuju ke kereta Aisyah yang ditinggal di rumah itu.
"Awak nak drive ke?"tanya Ayu pelik
"Yela"jawab Afiq pantas
"Awak mana ada lesen.Baru abis SPM"terang Ayu kepada Afiq
"Takde lesen tak bermakna saya tak boleh drive"balas Afiq
"Saya tak nak naik"kata Ayu membantah
"Ala..hmm okay kita naik grab boleh?"pujuk Afiq untuk meneruskan niatnya keluar bersama Ayu.Ayu sekadar menunjukkan simbol OK kepada Afiq.

Sunway Velocity Mall menjadi destinasi untuk mereka berdua meluangkan masa.Mereka berjalan beriringan lalu mereka ditegur oleh sepasang wanita
"Hye you Afiq kan?"tanya salah seorang dari wanita tersebut.Pakaian wanita tersebut agak berani untuk mencabar nafsu seorang lelaki.
"Yes.Do I know you?"balas Afiq yang sombong.
"I la..you tak kenal I ke?"tanya wanita itu kepada Afiq.
"Alia..your girlfriend"tambah wanita itu apabila melihat Afiq sudah mengerutkan dahinya.
"So if you Alia means you are my ex.Not a girlfriend anymore"balas tegas Afiq kepada Alia.
"Hye..how dare you say like that"bantah wanita di sebelah Alia yang sudah memeluk lengan Alia.
"So you pulak sapa?"balas Afiq sambil menunjuk jari telujuk kepada wanita tadi.
"I Aina."balas pantas wanita itu
"Ouh okayy dah kenal.So this is my girlfriend, Ayu"kata Afiq memperkenalkan Ayu kepada Alia dan Aina lalu tanganya ditarik untuk mengikut langkah Afiq.Ya, mereka melangkah pergi begitu sahaja meninggalkan Alia dan Aina.

Setelah bayang mereka tidak lagi kelihatan Ayu menarik tangannya tetapi tidak dilepaskan Afiq dan langkah mereka terhenti.
"Lepas la"minta Ayu dengan tegas.
"Saya tak suka la"tambah Ayu apabila Afiq hanya membisu.
"Afiq!"jeritan kecil daripada Ayu telah memyebabkan Afiq melepaskan genggaman tangannya serta merta.Ayu mengambil tangannya disorok ke belakang badan.
"Awak ni kenapa? Saya tak suka la pegang-pegang"tanya Ayu apabila Afiq masih membelakangkan Ayu dan tidak bersuara.
"Awak ajak keluar pastu tak nak cakap.Saya balik la cam ni"marah Ayu yang mahu pulang.Selepas Ayu memusing badannya, sekali lagi tangannya ditarik dan dengan pantas Ayu tarik semula tangannya.
"Awak jangan pegang saya boleh tak?!"marah Ayu lagi kerana tidak suka diperlakukan begitu.
"Okay.Fine.Saya minta maaf"mohon Afiq dengan rasa bersalah.Ayu hanya sekadar memandangnya.
"Kita gi makan jom.Saya belanja"ajak Afiq memujuk Ayu.Sesungguhnya wanita akan sentiasa kalah dengan makanan.Teknik memujuk Afiq berjaya apabila Ayu menurut cadangan dan mengikuti langkahnya.

Akhirnya, mereka pulang ke rumah setelah puas meluangkan di pusat membeli belah dan panggung wayang untu menonton filem 'JOKER'.Ayu membelik jam di tangan menunjukkan sudah pukul 11 malam."Lewatnya"desis Ayu dalam hati.Tidak pernah dia pulang lewat begitu dengan lelaki.Ayu pantas mengorak langkah ke biliknya tetapi terhalang apabila beg silangnya ditarik dari belakang.
"Awak marah saya ke?"tanya Afiq dengan lembut sambil memegang beg silang milik Ayu.
"Awak, saya tanya ni."tambah Afiq melihat Ayu masih membatu
"Awak jangan paksa saya buat bende yang awak tak suka"tegas Afiq mengugut Ayu.
"Awak nak apa? saya penat nak tido"balas Ayu acuh tak acuh.
"Okay kita sambung esok"balas Afiq cuba memahami Ayu
"Thanks for today. Good night and sweet dreams"tambah Afiq melihat Ayu melangkah masuk ke dalam bilik

*Bilik Ayu
Ayu sudah hampir terlena tetapi otaknya masih lagi menyoal pelbagai persoalan.
"Apa masalah dia nak ugut-ugut aku? kenapa nak ber'awak saya'? semalam bukan main kasar lagi kau cakap dengan aku.Pastu asyik nak berteman je..penakut ke?Apa hal nak pegang-pegang? ingat aku ni budak kecik ke? kalau aku bagitau umur aku kang ada yang malu nanti.pastu kenapa nak kene cakap yang aku ni girlfriend dia?"protes Ayu yang tidak suka akan Afiq setelah apa yang berlaku siang tadi.Meskipun begitu dia masih memegang amanah yang diberi Aisyah yang meminta dia untuk menjaga Afiq.Dia terlena setelah penat membebel pada diri sendiri

*Bilik Afiq
Tingkap kayu dibuka seluasnya.Dia ingin menikmati keindahan malam yang dihiasi oleh bintang-bintang yang bertaburan.
"Kenapa aku rasa bersalah sangat hari ni? Aku memang salah dalam menilai dia.Dia tak sama macam perempuan lain yang sukakan perhatian dan belaian seorang laki.Aku dah buat dia marah.macam mana ni?? Aku pown satu suka hati je nak pegang anak orang.Haih..macam mana la aku nak hadap dia esok?"desis hati Afiq yang makin buntu memikirkan amarah Ayu akan perilakunya siang tadi.Dia terlena akan tiupan angin malam yang singgah ke ruang biliknya

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience