Bab 3:Pindah

Romance Series 5994

Ayu tekad untuk berpindah kerana ingin menguji dan melayankan permintaan Luqman.Ya, Luqman melihat Ayu seperti orang bodoh tapi Ayu disebaliknya.Rumah itu hanya dihuni oleh Luqman tapi dimiliki oleh Ayu.Sememangnya Luqman suka mengambil kesempatan terhadapnya.Seperti sebelum ini, bilik Ayu yang dilengkapi dengan tilam dan katil diambil oleh Luqman dan dia meminta Ayu untuk tidur di bilik arwah nenek Ayu yang serba kekuarang dan hanya mempunyai cadar dan selimut tebal sahaja.

Ayu tekad tak akan dipermainkan lagi oleh lelaki bernama Luqman.Ayu menelefon kakak angkatnya, Aisyah yang pernah berpesan untuk mencarinya jika Ayu mengalami sebarang masalah.Ayu tanpa teragak-agak"Assalamualaikum kak.Ni Ayu."kata Ayu dengan nada menyakinkan."Waalaikummusalam..oh Ayu.Kenapa Ayu ada masalah ke?"soalan pantas daripada Aisyah."Macam ni kak..Ayu nak pindah tapi tak jumpa rumah lagi.Boleh tak kalau Ayu nak stay dengan akak dulu?"kata Ayu dengan nada segan."Oh..of course blh Ayu..sekarang Ayu kat mana? biar akak ambil Ayu"balas pantas Aisyah."Okay..jap gi Ayu sent location kat akak.Take care drive kak.Assalamualaikum"balas Ayu sebagai penutup bicara.

Selepas hampir 1jam perjalanan, mereka telah sampai di hadapan sebuah banglo mewah milik Aisyah yang diberi oleh keluarganya."Masuklah..buat macam rumah sendiri ye"kata Aisyah menjemput Ayu yang agak segan untuk memijakkan kakinya ke dalam rumah itu.Mata Ayu agak terpesona akan perhiasan rumah banglo tersebut yang bertemakan tradisi melayu.Ukiran berunsur flora di setiap papan lelangit rumah tersebut dalam membuatkan sesiapa yg melihatnya akan memujinya.Ayu lalu memeluk Aisyah tanda bersyukur dan berterima kasih kepada Aisyah kerana masih sudi membantu dirinya.Aisyah tidak terkejut malah membalas pelukan Ayu dan menggosok belakang Ayu sebagai tanda dia memahami akan situasi yang dialami oleh Ayu.

Pada Aisyah, Ayu sangat tabah apatah lagi setelah pemergian arwah nenek Ayu yang merupakan satu-satunya insan yang masih ada untuk Ayu menumpang kasih.Ayu merupakan junior Aisyah di sekolah yang beza diantara mereka hanya 2 tahun.Pada ketika itu Aisyah merupakan pemegang jawatan Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) dan Ayu ialah pelajar yang sering menjadi tumpuan kaunselor di sekolah tersebut.Sesungguhnya, Aisyah diberi tugas oleh kaunselor untuk menjadi teman serta kaunselor kepada Ayu.Hal ini kerana kaunselor terpaksa menguruskan pelajar lain yang mempunyai kes disiplin yang lebih berat.Dari sejak itu mereka jadi rapat sehingga hari ini.Siapa sangka jodoh mereka masih kuat..

"Ayu..pergi rehat dulu kat atas..bilik yang sebelah bilik akak tu bilik Ayu.Awak rehat, mandi, kemas barang awak baru akak bawa awak gi makan"dengan nada lembut seolah-olah memujuk.Ayu mengangguk tanda faham dan berlalu menuju ke bilik yang ditunjukan sambil menarik begnya.Ayu begitu tenang saat memasuki ke dalam bilik tersebut.Hiasan bilik tu feminin sesuai untuk dirinya, ternyata Aisyah mengetahui apa yang diperlukan oleh Ayu pada saat itu.Ayu berasa bersyukur kerana masih memepunyai kakak seperti Aisyah meskipun mereke tiada pertalian darah

Ayu mengemaskan bajunya ke dalam almari kayu yang telah tersedia dalam bilik tersebut.Walaupun agak berhabuk tapi Ayu faham bahawa bilik tersebut tidak dihuni oelh sesiapa.Hal ini kerana,Aisyah hanya mempunyai seorang adik lelaki bernama Afiq yang mampu menyakinkan bahawasanya bilik tersebut tidak dihuni malah banglo itu mempunyai 5 bilik tidur dan 4 kamar mandi.Setelah selesai, Ayu mengambil keputusan untuk menjirus badannya kerana melekit akan peluhnya.Selesai mandi, pakaian dicapai dan disarung ke badannya lalu Ayu menghempaskan badannya ke atas tilam yang disediakan bersaiz queen."Uish..sedapnya.Dah lama aku tak tido ada katil dengan tilam empuk macam ni"kata memuji Ayu yang teringat akan biliknya yang diambil oleh Luqman di rumah mereka."Hmm ni kalau lama confirm aku tido..kenyang dengan lena la jawabnya"kata Ayu sendirian.Ya, hari ini dia berasa sangat letih ditambah lagi dengan urusan pindah rumahnya.

Aisyah mengetuk pintu bilik Ayu."Ayu dah siap ke? akak nak bawa gi makan ni."kata Aiyah disebalik pintu.Aisyah tidak mahu membuka itu meskipun itu rumahnya tetapi dia tetap perlu hormat akan privasi setiap orang."Jap kak.Ayu baru abis mandi ni."kata Ayu dengan pantas.Ayu sememang telah menyarungkan baju tetapi baju yang disaring itu ialah baju tidur.Tepuk dahi Ayu dibuatnya lalu pantas Ayu menukar baju dan beg silangnya dicapai.Ayu tidak pandai bersolek.Segala jenis alat solek tidak pernah dicalik ke mukanya.Ayu sememangnya mempunyai kecantikan semula jadinya dan Ayu hanya menambah dengan semburan wangian sahaja.Mereka pun bergeraklah ke destinasi untuk menikmati makam malam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience