Bab 10:Hilang Demam

Romance Series 5994

Pagi-pagi subuh lagi tanah sudah dibasahi oleh hujan yang renyai.Ayu melipat kain telekungnya menanda dia sudah selesai menunaikan kewajibannya sebagai seorang hamba Allah.Ayu mengorak ke dapur sambil mengikat rambut.Ayu sudah menyediakan sarapan tetapi Afiq masih lagi belum turun ke ruang makan.Lalu Ayu memanjat tangga menuju ke bilik Afiq

Tok tok tok Afiq!

Pintu bilik Afiq telah diketuk tapi tiada sebarang sahutan apabila namanya diseru.Dengan keberanian yang ada, Ayu memusingkan tombol dan menolak pintu bilik Afiq.Terlihat Afiq masih berbaring.Ayu mendekati katilnya.Pejam mata."Ouh tido lagi ye..nak kene budak ni"desis Ayu dalam hati.Kelihatan baju yang sama seperti semalam masih dipakainya menandakan dia tidak menukar apatah lagi membersihkan badannya sebelum tidur.

"Afiq"jerit Ayu sambil mencekak pinggang di hadapan pintu.
"Bangun la"tambah Ayu melihat Afiq masih lagi membatu.
"Dah tengah hari ni"desak Ayu lagi meminta Afiq untuk bangun dari tidurnya.
"Aikk tak kan mati kot"desis Ayu yang mula pelik.Ayu terus mendekati katil Afiq.Kelihatan bibir Afiq sudah pucat dan badannya mengigil kesejukan.Ayu menyentuh dahi Afiq dengan belakang tangan.Tersentak dengan sentuhan,Afiq lalu terjaga.
"Kenapa?"tanya Afiq perlahan seperti tidak bermaya
"Awak demam ni"balas Ayu menerangkan setelah perilakunya mengejut Afiq dari lenanya.
"Awak larat tak nak turun?"tanya Ayu selepas melihat keadaan Afiq yang demam panas.
"Takpelah saya amik makanan bawak naik atas."balas Ayu selepas Afiq hanya merenung tepat ke matanya.Ayu pantas mengambil sarapan lalu dihantar ke bilik Afiq.

Ketika Ayu ingin keluar dari bilik Afiq.
"Awak teman"minta Afiq dengan suara perlahan.Ayu menurut dengan duduk secara berhadapan dengan Afiq.
"Awak tak makan ke?"tanya Afiq selepas Ayu hanya melihat dia makan.
"Tengah demam pown nak caring ke?"soal Ayu dalam hati.
"Awak makan dulu.Saya makan kat bawah"jawab Ayu kepada Afiq yang dari tadi memandangnya.
"Nah"Afiq menghulurkan sudu berisi nasi goreng.
"Awak demam tak boleh share nanti berjangkit"balas Ayu menolak untuk berkongsi makanan apatah lagi sudu dengan Afiq.Sebenarnya Ayu ingin menjaga batasnya dengan setiap lelaki meskipun dia bukan lah muslimah sejati tetap dia masih ada pegangan agama.

Ayu sudah turun untuk mencuci perkakas dapur.Dicari ubat demam di dalam peti tetapi tidak ditemui.Mungkin habis lintas di akal Ayu.Ayu bersiap untuk ke kedai membeli ubat demam.Sebelum keluar dia menjenguk semula Afiq di dalam bilik.Tidur.Ayu menyusun langkah keluar menuju ke kedai.Dia hanya berjalan kaki kerana ingin melihat kawasan perumahan yang baru 2 bulan dihuninya.

Ayu melangkah ke kedai serbaneka 7Eleven.Dicapai panadol serta koolfever dan sebotol air isotonik 100+ lalu ke kaunter pembayaran.Setelah selesai, Ayu menuju ke taman untuk menenangkan fikirannya.

*Di rumah
Afiq terjaga dari lenanya.Matanya melilau ke arah jam dinding menunjukkan tepat jam 4 petang.Afiq bangun ke kamar mandi.Dibersihkan badannya.Sudah bersiap, dia turun ke bawah.Dilihat ruang tamu kosong lalu Afiq ke dapur tetapi senyap sahaja."Mana Ayu?"soal Afiq kepada dirinya.Afiq ke bilik Ayu.

Tok tok tok Ayu!

Tiada sahutan. Afiq memusing tombol "Tak kunci?"lalu dibuka pintu.Kosong.Dicari Ayu hingga ke kamar mandi.Tiada.Perasaan risau mula menyelubungi dirinya."Aduh mana pulak dia ni??"desis Afiq sambil menggaru kepalanya.Serabut dibuatnya.
"Tak kan merajuk sampai lari umah kot"tambah Afiq yang sudah bercelaru fikirannya."Hmm mana nak cari ni.Aku dah la tak ada number phone dia."keluh Afiq kerana buntu.Dicapai phonenya lalu mendail nombor Aisyah.
"Assalamualaikum kak"kata Afiq pantas apabila Aisyah menjawab panggilannya.
"Waalaikummusalam.kenapa Fiq?"tanya Aisyah yang hairan dengan Afiq
"Ayu kak"jawab Afiq pantas dengan nada yang tergesa-gesa
"Kenapa dengan dia?"tanya Aisyah yang sudah risau apabila nama Ayu disebut Afiq
"Dia tak ada kat umah.Akak ada no.phone dia tak?"jelas Afiq yang meminta nombor telefon Ayu.
"Ha jap.Akak sent jap gi"balas pantas Aisyah.
"Ha okay kak Thanks. "balas Afiq menutup bicara.Kini nombor Ayu pula yang didailnya.

*Di taman
Lamunan Ayu terpadam dek kerana telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk.Ayu melihat skrin telefonnya"Tidak dikenali?"kerut dahi Ayu.Ayu beranikan diri untuk menjawab panggilan tersebut.
"Hello, sapa ni?"tanya Ayu dengan pantas
"Awak kat mana?"tanya pemanggil dengan garang
"Ni siapa?"tanya Ayu lagi dengan tegas
"Afiq la"jawab pantas pemanggil tersebut
"Ouh Afiq.Ha kenapa call?"tanya Ayu lagi tetapi dengan nada yang lembut.
"Awak hilang pergi mana? Puas saya cari.Ni awak kat mana?"menyoal Ayu dengan pantas.
"Ouh jap saya dah on the way nak balik ni"terang Ayu kepada Afiq yang sepeti risau akan dirinya
"Ha cepat sikit"arah Afiq dengan tegas.Panggilan dimatikan.
"Haih demam tu buat la cara demam"desis Ayu yang tidak puas hati dengan sikap Afiq yang cepat berubah.

Pintu rumah ditolak Ayu..Tiba-tiba Afiq sudah berdiri di depan pintu seperti seorang bapa menanti kepulangan anak daranya yang lewat.
"Pergi mana tadi?"tanya Afiq yang berpeluk tubuh.
"Assalamualaikum"kata Ayu yang tidak menjawab persoalan Afiq.
"Waalaikummusalam.Pergi mana tadi?"tanya Afiq soalan yang sama.
"Gi kedai.Nah ni untuk awak"jawab Ayu lalu menghulurkan sebungkus plastik putih yang berisi barang yang dibelinya tadi.
"Kenapa lama?"tanya Afiq lagi tanpa menyambut pemberian Ayu.
"Sekejap je la"jawab ringkas Ayu.
"Awak kan demam mana boleh marah-marah.Kene banyak rehat"tambah Ayu untuk mengelakkan diri dengan soal jawab dengan Afiq.
"Demam saya dah hilang.Awak jangan cuba nak elak kan diri daripada saya"terkaku Ayu apabila mendengar kata Afiq dapat mengetahui niatnya.
"Saya nak masak.Awak belum makan malam kan? So baik awak duduk je kat depan saya nak masak."arah Ayu kepada Afiq agar dia tidak lagi diganggu dengan soalan-soalan daripada Afiq.Ayu terus mengorak langkah ke dapur tanpa berlengah lagi.Afiq mencapai alat kawalan jauh lalu televisyen dihidupkan.Afiq menonton cerita kartun Hagemaru.Sering kali terdengar tawa Afiq."Dah SPM pown tgk kartun.Haih takpelah asalkan dia bahagia dan tak kacau orang"desis Ayu dalam hati.

Tepat jam 8 malam, makan malam sudah siap terhidang di atas meja kayu di ruang makan.Ayu memasak dua jenis lauk sahaja tetapi tidak pasti mengapa dia mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya.Mungkin kerana asyik memikirkan Afiq yang sering menyakitkan hatinya.Ayu panggil Afiq di ruang tamu.
"Jom makan"perlawa Ayu kepada Afiq
"Maaflah masak lama sangat"Ayu memulakan bicara.
"Hari ni saya masak Siakap 3 rasa and telur dadar"terang Ayu untuk menarik minat Afiq tetapi hambar.Afiq sekadar menurut dan tidak mengendahkan setiap apa yang bicarakan oleh Ayu.Ayu rasa bersalah.
"Afiq"cuba Ayu lagi agar Afiq bercakap dengannya.Tiada respon.Hanya sekadar pandangan tepat tapi kosong ke matanya.
"Saya minta maaf"mohon Ayu yang kesal
"Saya tak bermaksud nak buat awak risau"bicara Ayu dengan lembut
"Tadi awak tidur jadi saya tak nak la kejut"terang Ayu setelah melihat Afiq menurunkan pandangannya ke pinggan yang berisi nasi dan lauk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience