Bab 4:Mencari

Romance Series 5994

Ayu sudah hampir terlena tetapi diganggu oleh deringan telefonnya.Ayu mencapai telefonnya yang tertera bahawa panggilan tersebut daripada"Luqman?"tanya pelik Ayu pada dirinya.Sememangnya sejak mereka kahwin hingga cerai, Luqman tidak pernah menghubunginya."Apa buang tabiat dia ni.Aku baru nak tido..haih"keluh Ayu sambil bermalasan untuk menjawab panggilan tersebut.Ya, tiada kepentingan lagi Luqman kepada Ayu.Jika dulu, tidak dinafikan dia sentiasa menunggu panggilan dari bekas suaminya, Luqman ketika mereka masih lagi dalam perkahwinan dan situasi itu telah berubah 360 darjah.Deringan panggilan itu berlalu dan diganti dengan deringan pesanan masuk.Ayu lalu mencapai telefon dan membuka pesanan tersebut."Aku nak jumpa kau esok"baca ringkas oleh Ayu."kat mana?nak buat apa?"balas Ayu yang naik heran akan sikap bekas suaminya."Aku dah agak kau blum tido..esk aku bgitau kau"jawab Luqman dengan sinis kepada Ayu.Ayu hanya sekadar baca dan tak terniat dalam hatinya untuk membalas pesanan Luqman itu.Ayu terus terlena.

Pagi itu Ayu bersiap untuk pergi ke kerja tetapi agak lewat sedikit.Nasib baik dia telah memaklumkan kepada En.Azmeer dan sesungguhnya dia bersyukur mempunyai majikan yang memahami bahawa dia telah berpindah dan jarak ke tempat kerjanya telah semakin jauh.Ayu hanya memakai pakaian yang ringkas tidak bersolek untuk ke pergi bekerja.Ayu tidak pandai berfesyen tetapi rupa parasnya sentiasa dapat menawan setiap lelaki kecuali bekas suaminya, Luqman.Hal ini kerana Luqman lebih menyukai wanita yang bersosial serta pandai berfesyen dan bersolek seperti Wawa.Tidak dapat dinafikan Wawa mempunyai daya tarikan pada permakaiannya yang menjolok mata dan menaikkan berahi sesiapa saja bergelar lelaki.

Aisyah menghantar Ayu ke tempat kerja.Dia berasa kesian untuk membiarkan Ayu menaiki pengangkutan awam kerana dia masih belum lagi mengenali dan membiasakan diri dengan kawasan perumahan di situ.Maklumlah baru semalam Ayu baru sahaja melihat dan menjejakkan kaki ke rumahnya.Lalu diberhentikan keretanya Mercedes-Benz A 220 Limousine berwarna putih di hadapan kedai bunga dan cenderahati yang merupakan tempat kerja Ayu."Terima kasih kak.menyusahkan akak aje"kata Ayu dengan segan."mana ada susah..apa-apa nanti roger akak.Akak datang jemput balik nanti"pesan Aisyah.

"Assalamualaikum dan selamat pagi"kata Ayu dengan nada ceria dan disahut oleh En.Azmeer dan beberapa orang pekerja yang lain.Ayu terus berlalu ke stor untuk mengira stok yang masih berbaki dan menjalankan tugasnya seperti biasa.Jam tangan dibelik oleh Ayu menunjukkan sudah masuk waktu rehat tengah hari tanpa disedarinya."Ya Allah..macam mana la aku boleh tak sedar"kata Ayu yang agak kelam kabut.Tiba-tiba loceng pintu kedai ditekan.Ayu berlalu ke pintu hadapan kelihatan susuk tubuh seorang lelaki berkemeja merah dihadapan pintu.Ayu mencapai tompol pintu itu yang berbentuk silinder tegak.Lalu lelaki itu masuk dan memandang ke seluruh kedai itu tanpa menoleh ke arah Ayu."Ya, encik ada apa-apa boleh saya bantu? Encik nak bunga ke cenderahati?"kata Ayu dengan mesra."Oh..kat sini kau keje.Biasa je..memang sesuai dengan kau"kata lelaki itu yang tidak membalas pertanyaan daripada Ayu.Lelaki itu terus memandang tepat ke muka Ayu."Luqman?"kata Ayu yang terkejut."Macam mana dia boleh sampai sini.Aduh semak la"detik Ayu dalam hati."Aku rasa sekarang dah lunch.Jom la aku banyak hal nak cakap ni"kata Luqman dengan terburu-buru.Ayu hanya menurut tanpa bantah.Dia keluar selepas memaklumkannya kepada En.Azmeer.Mereka berdua berjalan kaki dengan Luqman mendahului Ayu ke restoran yang berhampiran.Mereka duduk secara berhadapan.Tidak sekali pun Ayu menoleh muka ke arah Luqman dan dilarikan pandanngannya ke arah bangunan yang megah berdiri hampir untuk mencakar langit.

"Ayu"kata Luqman dengan lembut
"Apa?"balas Ayu yang bermalasan
"Aku nak minta maaf"kata Luqman dengan nada kesal
"Okay"balas Ayu tanpa perasaan
"Balik dengan aku, ye?"kata Luqman minta kepastian
"Tak akan"balas Ayu dengan tegas dalam kelembutan
"Kita jadi macam dulu"kata Luqman untuk memujuk
"Itu je ke yang kau nak cakap? kau cari sampai sini, untuk itu? baik tak payah"tanya Ayu dengan sinis
"Kita memang macam dulu.Kita kahwin ke, cerai ke, sama je..macam sekarang so tak payah nak harap lebih-lebih"tambah Ayu sebagai ayat penegasannya.

Ayu berlalu pergi meninggalkan Luqman begitu sahaja.Tiada lagi selera dia untuk menjamu makanan tengah hari.Ya, Ayu tidak akan lagi dipermainkan oleh Luqman.Dia tekad.Ayu pulang ke kedai dengan muka bersahaja seolah-olah tiada apa yang terjadi.Ya, kali ini dia benar-benar tiada perasaan terhadap Luqman.Hari ini buat pertama kalinya ada orang menjemputnya dari tempat kerja.Aisyah semestinya seorang yang sangat prihatin terhadap Ayu.Tiada apa yang dapat membalas jasa Aisyah terhadap Ayu.

Aisyah membawa Ayu keluar makan malam terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah.Aisyah melihat sahaja tingkah laku Ayu yang sedikit mencurigakan.Ayu asyik termenung di restoran, dalam kereta.Sesunggahnya, Ayu amat dikenali dengan keceriaan dan kemanisan senyumannya tetapi sejak pulang tadi Aisyah tidak dapat melihat semua itu.

Sesudahnya sampai di rumah, Aisyah membiarkan dulu Ayu melayankan perasaannya.Dia teringat akan pesan kaunselor sekolahnya terdahulu"kita kene bagi dia ruang dan masa.Bila dia bersedia..dia sendiri akan memulakan bicara tanpa paksa".Ya, Ayu perlukan masa dulu biar dia sendiri yang mula bicara.Aisyah sememangnya ingin memberi keselesaan kepada Ayu.Tidak pernah dia memaksa apatah lagi menghalang setiap perilaku Ayu.Ayu masuk kamar dan menuju ke kamar mandi.Ayu menjiruskan badannya agak lama dari selalunya.Mungkin kerana kejadian siang tadi.Tidak pernah terlintas akal fikiran yang Luqman akan datang mencarinya dan memujuk untuk mereka bersama semula.Ayu keluar dan bersiap untuk tidur.Baju tidur dicapai dan disarung.

Tepat jam 12 malam, Ayu masih belum boleh tidur.Kejadian siang tadi masih lagi berlegar-legar di dalan fikirannya.Dia bangun dan menuju ke dapur untuk menghilangkan hausnya.Sesudah meneguk 2 gelas air, Ayu ditegur oleh Aisyah."Hai tak tido lagi?"tanya Aisyah."Hmm haus kak"balas Ayu bersahaja."Kalau ada pape problem citer la akak ada tuk dengar"kata Aisyah memujuk.Kedengaran keluhan di dalam nafas Ayu.Ya, dia sudah bersedia untuk bercerita.

"Macam ni kak"kata pembuka bicara Ayu sambil menarik kerusi kayu di ruang makan dapur itu.
"Tadi siang Luqman datang kedai cari saya.Lepastu teman la dia lunch"sambung Ayu
"Lepastu?"balas Aisyah yang tertarik akan cerita Ayu
"Dia ajak rujuk but saya tak tau la.Seriously saya memang dah tak ada perasaan kat dia pas apa dia wat kat saya.Naik meluat saya dibuatnya."kata Ayu dengan geram apabila teringat semula akan kejadian malam dia dilepaskan oleh Luqman.
"Ayu.."kata Aisyah mengusap belakang Ayu
"Biarkanlah dia.Perasaan sememangnya tidak boleh dipaksa.Kalau taknak cakap je taknak tak perlu nak berselindung untuk jaga perasaan orang lain"kata Aisyah dengan lembut.Aisyah seakan sudah faham situasi ini yang mengubah perilaku Ayu pada hari itu.
"Dah tak payah pikir lagi.Sekarang gi tido"kata Aisyah memujuk.Ayu menurut sahaja dan sememangnya dia tidak pandai untuk membantah apatah lagi melawan cakap orang kerana dia tidak pernah dididik begitu oleh arwah neneknya.Ayu masuk ke kamar dan terus masuk ke bawah selimut di atas katilnya.Ayu terlena dengan nyenyanya terana hilang bebanan di kepala otaknya selepas menceritakan situasi siang tadi kepada Aisyah

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience