Bab 2:Janda

Romance Series 5999

Ayu berasakan akan lenguh-lenguh di seluruh tubuhnya.Ayu mengadu kepada bosnya, En.Azmeer untuk membenarkannya bekerja separuh hari sahaja hari ni.Ya, En.Azmeer membenarkan dengan alasan untuk mengelakkan masyarakat melihat perniagaannya mengaji orang yang sakit untuk bekerja.Sudah lah perniagaannya kecil sahaja iaitu Kedai Bunga dan Cenderahati.

Ayu pulang dengan berjalan kaki.Tidak pernah walau sekali Luqman menjemputnya di tempat kerja.Hal ini kerana jarak rumahnya diantara tempat kerja yang agak dekat.Ayu juga telah dididik sejak kecil untuk sentiasa berdikari oleh arwah neneknya.Tiada sebarang khabar daripada ibu bapanya selepas dia ditinggalkan bersama neneknya sejak 11 tahun lepas ketika dia berusia 10 tahun.

Sesampai dirumah, Ayu memanjat setiap anak tangga yang terdapat dalam rumah flatnya.Tiba-tiba..kunci rumah Ayu dibuka dari dalam, kedengaran tawa manja lelaki dan perempuan silih berganti.Ayu memandang dari jauh dan kelihatan Luqman sedang pelukan bersama seorang wanita keluar dari rumah mereka.Ayu memandang Luqman dengan pandangan yang marah turut terlihat air matanya menitis.Luqman tanpa ada perasaan bersalah mahupun apa-apa sahaja. "kenalkan ni wawa bakal madu kau" kata Luqman dengan tawa dan bersahaja tanpa fikir akan perasaan isterinya, Ayu.Ayu rasa sedih dan faham tapi tidak terluah lalu Ayu menarik tangan Luqman masuk ke dalam rumah mereka.Luqman tanpa sedar mengikuti sahaja setiap langkah Ayu dari belakang."Tak pernah- pernah dia buat macam ni"detik Luqman dalam hati yang sedikit terkejut dengan sikap isterinya.

"Lepaskan saya"ungkapan pertama yang terbit di bibir Ayu setelah melangkah masuk ke dalam rumah.Luqman seperti dapat menjangka akan itu permintaan yang bakal dibuat oleh isterinya."Kenapa?" balas Luqman sambil berpeluk tuduh dan tanpa memandang Ayu.Ayu memandang setiap perilaku suaminya."memang aku ni hina sangat ke untuk kau? memang aku ni bukan taste kau kan? buat apa kau nk simpan? baik kau lepaskan aku!" desakan soalan Ayu dengan geram minta dilepaskan.Luqman agak terkejut dengan kata-kata dan nada suara Ayu yang telah berubah kepada kasar kerana wanita itu tidak pernah berbuat begitu sepanjang setahun setengah mereka berkahwin."Aku boleh lepaskan tetapi dengan satu syarat"kata Luqman yang kedengaran seperti ada udang disebalik batu."Apa syaratnya?"balas Ayu pantas."Rumah ni aku punya"kata Luqman dengan senyuman sinis dibibirnya."Baiklah" kata Ayu tanpa fikir panjang.Luqman pun berlalu pergi keluar rumah selepas menunjukkan simbol OK kepada Ayu.Ya, dia ingin kembali merangkul pinggang wanita di luar rumah sebentar tadi.

Ayu ditinggal sendirian di rumah itu.Sesungguhnya, rumah itu ialah satu-satunya peninggalan arwah neneknya.Rumah itu masih lagi di atas nama neneknya yang bakal diwarisi oleh keluarga terdekat neneknya iaitu dirinya sendiri.Ayu tertawa saat menangis kerana menyangka bahawa Luqman itu agak lembab.Bukan mudah untuk dia memberi rumah itu.Meskipun geran rumah itu di dalam genggaman Luqman tetapi tetap memerlukan persetujuan dan tanda tangan waris terdekat dengan neneknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience