Bab 1:Bunyi

Romance Series 5994

Ayu membuka kunci rumahnya, seperti yang dijangka suaminya, Luqman tiada di rumah.Ayu melihat jam dinding menunjukkan sudah masuk pukul 9 malam dan tiada sebarang tanda yang suaminya akan pulang.Ayu hanya tahu yang Luqman akan keluar pada awal pagi untuk bekerja dan pulang pada lewat malam.Ayu terus mengemas rumahnya agar suaminya berasa tenang setiap kali pulang ke rumah.Ayu berpegang kepada prinsip iaitu 'Rumahku Syurgaku'

Setelah selesai mengemas, Ayu terus menuju ke kamar mandi untuk menjirus badannya dari melekit akan peluhnya."Macam ni baru segar"kata Ayu menikmati kesegaran badannya.Lalu Ayu bersiap memakai baju tidurnya dan mengambil cadar dan selimut tebalnya untuk dibentangkan di atas lantai sebagai alas tidurnya.Sayu hati Ayu melihat alas tidurnya kerana baru sekali sahaja Luqman tidur bersamanya iaitu ketika malam pernikahan mereka,"Tak apa lah janji aku dah jalankan tanggujawab aku sebagai isteri dia",kata Ayu menyedapkan hati dan perasaannya.Ayu faham jika dia bukanlah perempuan yang menjadi citarasa Luqman kerana perkahwinan mereka hanyalah untuk merealisasikan impian arwah nenek Ayu.Ayu terus terlena kerana terlalu kepenatan setelah seharian bekerja.

Kedengaran bunyi yang riuh dengan tawa di luar bilik Ayu.Ya, mereka tidur berasingan tidak seperti pasangan lain.Ayu melihat jam di telefonnya menunjukkan sudah pukul 3 pagi."Aikk lewatnya dia balik.Tak nak tidur ke? Dia tak penat ke?" keluh Ayu di hatinya.Tiada keberanian dalam diri Ayu untuk bertanyakan soalan itu kepada Luqman apatah lagi menjenguk ke luar biliknya.Lama-kelamaan bunyi itu mengganggu Ayu untuk terus lena dalam tidurnya.

Bunyi gelak tawa wanita dan lelaki sering berganti."dia tengok tv kot"kata Ayu untuk terus bersangka baik.Tepat jam 4 pagi, bunyi itu hilang dan digantikan dengan dengkuran tidur oleh Luqman yang mungkin kepenatan.Ayu turut terlena.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience