Bab 6:Pulang

Romance Series 6000

Sebulan kemudian

Aisyah mengangkat tiga buah bagasi pakaiannya yang beroda.Diturunkan satu per satu.Pagi-pagi lagi Ayu sudah berjaga dan bersiap ke dapur.Dia mengambil cuti hari ini untuk membantu dan menemani Aisyah buat kali terakhir sebelum Aisyah berangkat ke London.Penerbangan Aisyah ke London dijadualkan pada pukul 2 petang.

Aisyah menuju ke dapur kedengaran kemeriahan kerja-kerja memasak dijalankan.
"Ada kenduri ke kak?"usik Aisyah kepada Ayu yang sibuk memasak.
"Mana ada kak.Ni Ayu tengah masak fav food akak ni"terang Ayu membuatkan Aisyah berasa lapar.
"Huish..macam tak nak bagi akak gi London je.."balas Aisyah menyusik sekali lagi
"Hmm tak pe kak, Ayu masak lebih ni boleh la bawak gi sana"terang Ayu menyedapkan hati Aisyah.
"Masak apa tu??"tanya Aisyah yang curi-curi untuk mengintai isi masakan di dalam periuk.
"Hmm biasa-biasa je kak, masakan kampung"balas Ayu merendah diri
"Telur Ikan Masak Lemak"balas Ayu selamba.
"Huishh..sedap gila ni kalau Ayu yang masak"balas Aisyah memuji
"Takde lah kak biasa je.Akak tolong prepare nak makan, blh? Ayu nak bungkus akak bawak gi sana lagi ni"kata Ayu meminta tolong.Aisyah hanya mengangguk dan disediakan semuanya.

Selesai makan dan mengemas dapur, mereka berdua bersantai diruang tamu.
"Alhamdulillah kenyang.Kuah lemak..pedas..memang nikmat la"kata Aisyah sambil mengusap perutnya
"Nanti kak kat sana jaga diri tau."pesan Ayu yang sedikit sayu
"Baik Ayu sayang haha"balas Aisyah yang suka mengusik Ayu.
"Oh ye..lupa nak cakap.Esok Afiq balik sini.Ayu duduk la rumah ni dulu sebelum cari rumah sewa tu.Akak lagi suka kalau Ayu boleh duduk sini terus..boleh tengokkan Afiq nanti.Dia baru abis SPM.Esok driver dia hantar dia kat sini."tambah Aisyah yang menerangkan panjang lebar
"Ni akak nak bagitau lagi.Afiq tu manja..maklum la anak bongsu.Nanti akak harap yang Ayu boleh la bagi dia sikit kasih sayang seorang kakak kat dia sebab akak tak ada kat sini nak tengok and jaga dia"tambah Aisyah mengenalkan Afiq kepada Ayu
"Akak harap yang nanti Ayu bolehla gantikan akak untuk Afiq.Akak sayang dia.Umi and Abah kat Brunei tak boleh nak bagi attention kat dia.So akak je la yang dia ada kat Malaysia ni tapi sekarang.."ayat Aisyah terputus dek kerana sebak dan sedih terpaksa tinggalkan adik kesayangannya di Malaysia seorang diri.
"Tak pe kak.Ayu kan ada.Ayu janji akan jaga Afiq elok-elok.Akak jangan risau."balas Ayu yang memujuk perasaan Aisyah
"Akak tu belajar elok-elok tau..pastikan akak bawa balik segulung ijazah untuk Ayu and Afiq"pesan Ayu.Kemudian kedengaran hon diluar rumah.
"Okayy la Ayu.Teksi dah sampai tu.Akak gi dulu.Assalamualaikum"kata Aisyah menutup bicara.
"Take care kak.Waalaikummusalam"balas Ayu pantas berdiri di hadapan pintu.Tangannya melambai-lambai Aisyah di dalam teksi sehingga hilang kelibat teksi itu dipandangannya.

Tok tok tok tok

Kedengaran ketukan pintu.Ayu menoleh ke jam dinding menunjukkan tepat jam 11 malam."Haih..siapa pulak nak datang time-time macam ni..Aduh"detik Ayu sambil mengeluh.Tanpa disedarinya dia terlena di atas sofa dari petang hingga ke malam.Dalam keadaan mamai Ayu mengorak langkah ke pintu utama rumah itu.Dicapai tombol pintu itu sambil mengosok-gosok matanya.Pintu dibuka"Apahal lambat sangat buka pintu.Lama kot aku tunggu"marah seorang lelaki berkemeja dan berseluar slack."Maaf tadi saya tertido tak dengar"kata Ayu memohon maaf."Oh..yela kau ni maid baru kan?"kata lelaki itu dengan sinis.Terkejut Ayu mendengar ayat itu.Dibuka matanya seluas-luasnya"Afiq?" kata Ayu soal tidak percaya."Bukan dia sampai esok? Apahal sampai malam ni pulak"detik Ayu dalam hati mengeluh."Ya, aku Afiq.kenapa? mesti kakak aku dah cakap yang aku balik"balas Afiq dengan nada sombong.Ayu hanya membatu di pintu.Afiq terus melangkah ke ruang tamu lalu badannya dihempaskan ke atas sofa "Hoi..kau buat apa tercegat kat situ.Aku penat and lapar.Gi la masak.Aku nak makan"jerit Afiq kepada Ayu.Dengan pantas pintu ditutup dan melangkah je dapur.Ayu membuka peti sejuk diambil lauk siang tadi lalu dipanaskan.Nasi di dalam periuk dipanaskan.Air oren dibancuh untuk Afiq minum lalu dihidang ke ruang tamu."Nah"kata Ayu sambil menghulurkan segelas air oren kepada Afiq.Disambut air oren tu dan jari Afiq bersentuhan dengan jari Ayu terus gelas itu dilepaskan Ayu pantas.Ayu mengambil lauk dan dihidangkan di atas meja kayu diruang makan.Afiq yang terhidu bau yang menarik seleranya pantas ke ruang makan.Kerusi kayu ditarik dan dilabuhkan punggungnya menanda yang dia sudah bersedia untuk menjamu selera.Siap semua dihidang

"Jemput makan"sapa Ayu yang dari tadi membisu.Ayu ingin ke dapur semula untuk mencuci pekakas dapur yang telah digunakan.
"Teman la aku makan"minta Afiq untuk tidak tinggalkan sendirian
"Hmm yela"balas Ayu yang hanya menurut
"Kau maid baru ke?"tanya Afiq membuka bicara.
"Kau duduk la depan aku ni.Aku bukan la kejam sangat nak suh kau berdiri je kat situ."tambah Afiq mengarah
"Ya"balas Ayu yang berbohong
"Part time ke? nak cari duit poket? tau la cuti sekolah sekarang"tanya Afiq dengan sinis
"Dia ingat aku budak sekolah ke? tau la aku pendek ish"detik Ayu dalam hati.Ayu hanya menggangguk meniyakan apa yang dikatakan oleh Afiq.
"Alhamdulillah.kenyang.sedap"kata Afiq memuji.Ayu kemas dapur dan ruang makan sambil diperhatikan oleh Afiq.
"Pandai kau kemas"puji Afiq lagi tapi tidak diendahkan oleh Ayu.
"Awak ada pape lagi nak saya buat?"tanya Ayu yang mengantuk.Tangannya menutup mulutnya yang menguap tanda mengantuk
"Takde"balas ringkas Afiq.

Di dalam bilik Ayu
"Apahal la dia balik awal pulak.Tau la ni rumah dia.Ish..arah aku macam maid.Pastu nak buat baik pulak tadi baik kau nak marah bagai jerit la apa la.haih."keluh Ayu membebel pada diri sendiri.Ya, kalau ada yang tidakpuas hati dia sememangnya akan cakap sendirian dan membebel seorang diri.Lalu Ayu terus terlena

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience