Bab 8:Teman

Romance Series 5994

Sesudah menunaikan solat Subuh, Ayu menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi.Maklumlah semalam dirinya telah dilabel sebagai 'MAID' oleh Afiq.Hari ni Ayu tidak pergi ke kerja kerana En.Azmeer mempunyai majlis terpenting dalam hidupnya iaitu majlis perkahwinannya.Sudah lama juga majikannya itu membujang.Kad jemputan ada diberi kepadanya tetapi tidak dapat dihadirinya kerana agak jauh lokasi majlis itu diadakan.Nasib baik dia sempat mengucapkan tahniah kepada En.Azmeer.

Baki nasi semalam diambil.Dihiris bawang putih dan bawang merah.Tiga biji telur mentah dipukul ke dalam mangkuk.Ya, dia masak nasi goreng sahaja pagi ni.Dimasukan semua bahan ke dalam kuali dengan api yang telah dinyala dan minyak dituang sebanyak 2 sudu besar.Digoreng garing lalu dimasukan baki nasi semalam digaulnya semua sekali.Tanpa dia sedar, Afiq sedang memerhati ketangkasan tangan Ayu dalam mencapai satu per satu bahan-bahan tadi.Ya, Afiq memerhatinya dari awal lagi."Pandai awak masak"puji Afiq.Ayu terus mengurut dadanya kerana terkejut.Afiq hanya senyum melihat Ayu.Pinggan dicapai dan diceduk nasi itu ke atas pinggan lalu dihulurkan kepada Afiq.Ayu menghulurkan secawan teh panas kepada Afiq yang telah berada diruang makan."Awak tak makan?"tanya Afiq yang pelik kerana dihidang hanya secawan teh.Ayu menggeleng.Afiq lalu bangun ke dapur mengambil sepinggan nasi goreng dan secawan teh diletakan di hadapannya."Meh duduk makan sekali dengan saya"minta Afiq tapi Ayu masih membatu.
"Teman la saya makan"minta Afiq memujuk.Ayu hanya menurut tanpa bantah.

Selesai makan, Ayu mengemas dapur seperti biasa yang dilakukannya sepanjang menghuni rumah itu.
"Jap gi abis kemas gi depan"bisik Afiq ditelinga Ayu.Kepala Ayu sempat berganjak dari kepala Afiq sebelum bisikan itu hilang.Tidak pernah dia diperlakukan begitu terutamanya oleh lelaki.Ayu pun pergilah ke ruang tamu setelah habis mengemas.Afiq yang melihat kehadiran Ayu terus menepuk sofa menyuruh Ayu duduk disebelahnya.Ayu hanya menurut.

"Nama awak siapa?"tanya Afiq membuka bicara.
"Ayu"balas pendek Ayu sambil menundukkan kepala
"Ouh..saya nak tanya.Semalam awak tipu saya kan?"tanya Afiq pantas.
"Abis la dia dah tau"detik Ayu dalan hati cemas.Dia sekadar menggangguk.
"Kenapa tak nak cakap semalam?"tanya Afiq lagi yang memerhati sahaja Ayu.
"Takut"balas Ayu tanpa memandang wajah tampan Afiq.
"Saya makan nasi la bukan makan orang.Awak pun semalam nampak saya makan nasi kan?"terang Afiq kepada Ayu.Afiq memegang dagu Ayu untuk mengangkat wajah jelita Ayu menghadap wajahnya.
"Sekarang saya nak awak bagitau saya hal sebenarnya."tambah Afiq seperti memujuk seorang adik.
"Saya ni kawan kakak awak.Tumpang duduk sini sementara nak cari umah sewa"bicara Ayu setelah menarik nafas panjang untuk menerangkannya kepada Afiq.
"Ouh..tu je? takde bende lain?"tanya Afiq lagi yang sebenarnya ingin mengetahui lebih lagi perihal Ayu.Ayu mengeleng.
"Petang awak free?"tanya Afiq minta kepastian.Ayu hanya menggangguk
"Awak memang tak nak cakap ke macam mana?"tanya Afiq lagi apabila Ayu seolah tidak mahu membalas soalannya.
"Haih..awak nak saya cakap apa?"keluh Ayu apabila ditanya soalan sedemikian
"Cakap la pape jangan angguk and geleng je"kata Afiq memujuk
"Okayy.Saya free petang ni, then?"balas Ayu memuaskan hati Afiq
"Good.Teman saya keluar hari ni."balas Afiq yang mengajak Ayu keluar.
"Aduh dia ni"detik Ayu dalam hati tidak membalas ajakan Afiq
"Teman la selalunya kak Aisyah yang teman saya"tambah Afiq lagi bila ajakannya seperti ditolak Ayu
"Hmm yela"balas Ayu seperti lemah dengan nama Aisyah.Ya, Aisyah telah meminta Ayu untuk menggantikan tempatnya disisi Afiq.Ayu lalu ingin bangkit ke dalam bilik tapi dihalang oleh genggaman tangan Afiq.
"Teman saya tengok tv"minta Afiq menghalang Ayu meninggalnya
"Jangan pegang saya"kata Ayu yang tersentak dengan tindakan Afiq.Afiq lalu melepaskan tangan Ayu.
"Maaf wak."mohon maaf Afiq kepada Ayu
"Teman la saya"tambah Afiq memujuk.Ayu hanya menurut sahaja.Dilabuhkan semula ke sofa lalu diambil tiga buah bantal diletak disisinya sebagai jarak diantara dia dan Afiq.Afiq hanya melihat dan tertawa kecil."Macam budak-budak la" detik Afiq dalam hati

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience