Bab 11:Syarat

Romance Series 5994

"Awak maafkan saya tak?"tanya Ayu meminta kepastian.Lama juga masa yang diambil Afiq untuk menjawab pertanyaan Ayu.
"Saya akan maafkan awak tapi dengan beberapa syarat"jawab Afiq dengan senyuman sinis.
"Aikk beberapa syarat? Aku buat salah besar ke tadi?Aduh nak ikut ke tak?"soal Ayu pada dirinya sendiri.Afiq berlalu dengan membawa pinggan dan gelas ke dapur.
"Dia dah abis makan? cepatnya"desis Ayu yang agak terkejut.
"Dah abis makan? Tak sedap ke? Tak tambah?"soal Ayu bertubi-tubi
"Hmm sedap je sebab tu saya diam.Saya dah tambah awak je tak perasan dari tadi dok cakap je"balas Afiq menyindir Ayu
"Jap lagi pergi depan"arah Afiq kepada Ayu

Setelah selesai mengemas dapur,Ayu pergi ke ruang tamu.Seperti sebelum ni, Ayu diarah duduk bersebelahan Afiq.Tiada bantahan hanya sekadar menurut sahaja.
"Awak"Ayu membuka bicara
"Ye"balas ringkas Afiq
"Apa syaratnya?"tanya Ayu kepada Agiq yang tidak memandangnya.Afiq mengalihkan pandangan tepat ke mata Ayu.Ayu berasa debaran yang kuat lalu ditundukkan pandangannya.
"Awak nak tau ke?"tanya Afiq minta kepastian.
"Nak"balas Ayu mengangkat wajahnya dan ternyata Afiq masih lagi memandangnya.Diturunkan semula wajahnya.
"Okay"kata ringkas Afiq setelah mendengar jawapan Ayu.
"Okayy je? apa syaratnya?"desis Ayu dalam hati.
"Ada lima syarat"tambah Afiq setelah Ayu hanya membisu.
"Uish banyaknya."keluh Ayu dalam hati.
"Yang pertama, awak kene jadi ibu, kakak and girlfriend saya.Hanya sementara."Afiq menjeling ke arah Ayu.Tiada bantahan.
"Yang kedua, awak kene bagitau saya ke mana saja awak pergi dan buat"tambah Afiq menyatakan syaratnya.
"Ketiga, awak kene sentiasa teman saya"terang Afiq lagi.
"Kalau saya keje?"tanya Ayu yang dari tadi membisu.
"Boleh dikecualikan"balas Afiq selamba
"Keempat,awak tak boleh bantah cakap saya"saja Afiq menyatakan syarat itu sedangkan dia tahu yang Ayu sememangnya tidak pandai membantah.
"Kelima,kene cakap n pandang muka saya.bukan asyik angguk n geleng je"terang Afiq menyindir Ayu.
"Okayy saya terima syarat awak"kata Ayu setelah syarat-syarat dinyatakan kepadanya.

Ayu lalu bangun dan menuju ke biliknya.
"Awak nak gi mana?"tanya Afiq mematikan langkah Ayu
"Nak masuk bilik"jawab Ayu pantas
"Saya tak ngantuk lagi"kata Afiq memandang Ayu di anak tangga.
"Jadi?"tanya Ayu yang masih buntu
"Awak lupa ke syarat tadi?"tanya Afiq semula kepada Ayu.
"Awak kene sentiasa teman saya"tambah Afiq apabila melihat dahi Ayu berkerut.Ayu turun semula ke ruang tamu dan kembali ke posisinya sebentar tadi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience