Bab 5:London

Romance Series 5999

Pagi Ahad sesungguhnya akan ramai berasa malas untuk bangun awal.Hal ini kerana sememangnya Ahad hari cuti untuk semua orang kecuali mereka yang terpaksa bekerja.Ayu juga turut tergolong dengan golongan yang malas untuk bangun awal pada pagi Ahad.Dicapai telefonnya di atas laci sebelah katilnya menunjukkan susah masuk pukul 10 pagi.Ayu lalu bangun dan mengeliat tubuhnya.Kali ini dia tidur agak lama dari kebiasaannya.Ayu terus mencapai tuala untuk mandi.Setelah siap bersiram, baju Tshirt lengan panjang serta seluar track hitam dicapai untuk dipakai hari ini.

Ayu menuruni tangga dan kedengaran seperti kuali berlaga dengan sudip di dapur.Ya, lebih pasti sesorang sedang memasak di dapur.Dijenguk ke dapur dan terlihat Aisyah sedap memasak dan sajian tersebut telah menyebabkan perut Ayu mendendangkan bunyi."La lapar ke? Tula semalam org bawa gi makan dok termenung je"tegur Aisyah sambil memerli.Ayu hanya membalas dengan senyuman.Dua buah pinggan dicapai dan nasi goreng diseduk ke atas pinggan tersebut."Ayu nak air tak?"tanya Aisyah."Nak..air kosong dah la kak"balas Ayu tanpa meminta lebih-lebih.Gelas dicapai dan air kosong dituang lalu diletakkan di atas meja.Mereka duduk berhadapan di ruang makan tersebut.

"Tido lena semalam?"tanya Aisyah buka bicara.
"Alhamdulillah kak and thanks kak sebab sudi dengar masalah Ayu"balas Ayu dengan syukur
"Alah..macam la tak biasa.Akak dari dulu dah kenal Ayu."balas Aisyah dengan tenang
"Ayu ingat..kalau ada pape akak akan ada untuk Ayu..You not walk alone"balas Aisyah dengan yakin
Ayu hanya senyum dan terharu dengan bicara Aisyah.
"Ayu ada nak gi mana-mana ke hari ni?"tanya Aisyah minta kepastian
"Takde,napa kak?"balas Ayu pantas
"Jom shopping"kata Aisyah mengajak Ayu
"Hmm gaji tak masuk lagi la kak"kata Ayu cuba menolak
"Alah..tu takde hal..akak belanja semuanya"kata Aisyah memujuk.
"Okayy la kalau akak cakap macam tu"balas Ayu tanpa menolak
"Abis makan jap gi terus siap, okayy?"pesan Aisyah kepada Ayu.Ayu hanya menggangguk tanda faham dan menurut sahaja.Pinggan dan gelasnya diangkat ke dapur dan dicucinya.Lalu masuk ke kamarnya
Dicapai blouse kuning dan skirt putih labuh di dalam almari lalu dipadankan ke badannya dihadapan cermin.Tanpa berlengah dia terus menyarung pakaian tersebut.Ayu tidak cerewet mengenai pakaian tetapi dia tetap selesa memakai pakaian yang sopan dan menutupi tubuhnya meskipun dia tidak bertudung tetapi tidak bermakna juga dia perlu mendedahkan tubuhnya.Tidak dinafikan pernah terjentik dihatinya untuk bertudung tetapi dia sendiri tidak pasti akan hal itu.Beg silang berwarna hitam dicapai oleh tangannya lalu keluar menuju ke ruang tamu.

Saat menghampiri sofa berbentuk L diruang tamu, kedengara suara sorakan seolah-olah meraih kemenangan di bilik atas iaitu bilik Aisyah.Lalu Aisyah keluar dan menuruni anak tangga dengan pantas menuju ke sisi Ayu.Tubuh Ayu dipeluk Aisyah dengan erat.Ayu yang masih kebingungan membalas pelukan Aisyah.Pelukan dileraikan dan bahu Ayu digenggam."Akak dapat tawaran sambung belajar kat London"kongsi Aisyah kepada Ayu dengan teruja."Tahniah kak" balas Ayu dengan bangga."Bila akak ke sana?"tanya Ayu yang sedikit sayu memikirkan kehidupannya di tanah air tanpa Aisyah disisi."Bulan depan"balas Aisyah ringkas."Sekarang kita pergi shopping dulu baru kita discuss pasal hal ni"tambah Aisyah lalu menarik tangan Ayu memasuki ke dalam kereta Mercedes-Benz A 220 Limousine.

Sesampai di pusat membeli-belah, Aisyah begitu teruja untuk berbelanja kerana dia berasakan ini sahaja waktu yang dia ada untuk meluangkan masa dengan Ayu.Borosnya Aisyah berbelanja dapat dilihat apabila tangannya mengenggam dua beg kertas bagi setiap kedai yang dijejaknya.Ayu pula seperti sudah menjadi patung bergerak Aisyah.Hal ini kerana setiap baju yang dipilih oleh Aisyah akan dipadankan ke tubuh genit Ayu.Asal Aisyah berkenan dia akan membelikan dan berpesan"Pakai tau nanti".Sememangnya dia tahu Ayu akan menyimpan barang yang dibeli olehnya sehabis baik tetapi tidak pula dia lihat Ayu menggunakannya."Sebab sayang nak guna kot..yela semuanya lawa kalau kotor haih.."detik Aisyah dalam hati.Setelah habis berbelanja, Ayu meminta Aisyah untuk temannya ke pasar.Tanpa bertanya apa-apa, diturut sahaja permintaan Ayu.

Di dalam pasar, tangan Ayu begitu tangkas mencapai barang kehendaknya tetapi naik hairan Aisyah apabila barang yang diambil bukanlah barang keperluan diri tetapi barang mentah seperti santan, serai, kunyit, bawang dan lain-lain.Tidak dinafikan Ayu seorang yang pandai masak mewarisi bakat arwah neneknya.Lalu Ayu menuju ke kaunter pembayaran.Belum sempat Ayu menyeluk begnya, wang kertas bernilai lima puluh ringgit dihulur kepada juruwang tersebut.Aisyah hanya mengambil beg plastik yang berisi barang mentah tadi.

Tepat pukul 9 malam, mereka telah sampai di rumah banglo tradisi melayu itu.Aisyah terus menghempas punggungnya di atas sofa.Siapa sangka mereka keluar hampir sepuluh jam hanya untuk membeli-belah"Huh..penatnya"keluh Aisyah keletihan"Akak rasa kalau tadi ada cash lebih.memang tak balik la kita"tambah Aisyah sambil mengusik Ayu dan berada di dapur untuk menyimpan barang dapur yang dibelinya di pasar tadi."Tula tadi kan Ayu dah ajak balik tapi akak sibuk nak belek-belek lagi baju kat situ"balas Ayu yang sedikit merungut."Nasib kita tak lupa nak makan kalau tak memang makan baju la jawabnya"tambah Ayu dengan rasa bersyukur kerana mereka telah pun menjamu selera di restoran yang berdekatan sebelum pulang ke rumah.

"Akak, Ayu naik dulu la"bicara Ayu dengan pantas
"Eh jap, amik baju ni semua naik bilik Ayu"minta Aisyah yang sedikit menbantutkan langkah Ayu
"Eh..tu kan baju akak.."kata Ayu dengan pelik
"Mana ada.Akak beli tudung je.Yang baju semua ni kami punya bukan akak."jawab Aisyah selamba.
"Ya Allah kak.Kenapa la akak tak beli sekali? membazir la kalau beli untuk saya"rungut Ayu yang sedikit merajuk
"Akak ada berlambak dalam balmari tu sampai tak muat dah.Tak kan akak nak beli lagi"terang Aisyah pada Ayu yang masih membatu
"Tak adanya membazir kalau Ayu pakai apa yang akak beli ni"tambah Aisyah yang memujuk
"Hmm yela"balas Ayu yang terpana dengan kata-kata Aisyah.Sememang susah untuk menerima pemberian orang apatah lagi memakainya.Dicapai satu per satu beg kertas lalu dibawa naik ke dalam biliknya."Haih"keluh Ayu saat memikirkan semula berita siang tadi yang Aisyah akan melanjutkan pelajaran di London.Lalu dia menjirus badannya dan bersiap untuk tidur kerana dia terlalu penat hari ni."Ahad yang memenatkan"kata Ayu sebelum terlena

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience