BAB 2

Romance Completed 11488

“Yani, kau ada drama To The Beautiful You tak? Aku malas la nak download.”

“Q, kau ni macam tau-tau je yang aku ni baru je download cerita tu.”

“Betul ke? Nanti aku datang rumah kau erk. Aku nak copy kat dalam pendrive aku”

“Yani, aku pun nak jugak la. Dah lama aku tak layan cerita korea ni,” kata Shazwani dan dia terus berjalan ke arah meja di kantin.

“Ok. Petang nanti korang datang tau kat rumah aku. Boleh kita buat study group sekali.”

Mereka hanya mengangguk dan makan laksa yang sudah berada di hadapan mata. Tanpa mereka sedar,ada seseorang yang sedang lihat mereka dari jauh sambil tersenyum.

****

“Gege, Haz, aku ada cadangan apa yang kita boleh buat kat Q dan kawan dia.” Amirul berkata apabila bayang-bayang Qiara dan kawannya hilang dari pandangannya.

“Macam mana? Kau jangan nak suruh kita orang buat benda pelik-pelik erk. Siap kau, aku kerjakan nanti.” Hazwan berkata setelah beberapa minit dia diam.

“Alah. Benda kecil je. Aku nak korang buat…” Adakalanya mereka menggeleng kepala dan adakalanya mereka ketawa.

“Q… kau tunggu je apa yang akan aku buat kat kau. Biar kau akan terus membenci aku janji aku ada dalam fikiran kau.”

Amirul berkata di dalam hati.

****

Keesokan harinya, semasa Qiara ingin pulang dari kelas tambahan di sekolah, dia lihat tayar basikalnya pancit.

“Bila masa tayar ni pancit? Rasanya pagi tadi okey je aku bawak.”

Tiba-tiba dia terfikirkan seseorang yang boleh jadi suspek untuk kejadian ini. Jadi penyiasat sekejap.

“Mesti ni kerja mamat sengal dengan kawan dia yang bajet tu. Siap kau, Amirul. Kalau aku jumpa kau aku akan buat perhitungan dengan kau.”

“Apa yang kau nak buat kat aku kalau kau terjumpa dengan aku, Q?” Amirul muncul dan berkata dari belakang Qiara yang sedang marah.

“Kau ni memang tak makan saman ye. Dah berapa kali aku cakap. Jangan kacau aku. JANGAN kacau aku lagi.” Marah

Qiara. Muka dia yang putih itu sudah berubah kepada warna merah akibat dia terlalu marah kepada Amirul.

“Aku takkan berhenti dari kacau kau sampai aku dapat apa yang aku nak.” Dia ketawa dan berjalan di hadapan Qiara.

Semasa Qiara menarik beg sekolah Amirul sehingga Amirul terpusing, dengan tidak sengaja Amirul terpijak kulit pisang yang berada di hadapannya. Amirul terpeluk pinggang Qiara dan mereka jatuh di mana Qiara dihempap dengan tubuh badan Amirul. Amirul terkejut dengan apa yang telah berlaku terhadap dia dengan Qiara. Dia dapat lihat mata Qiara dengan lebih rapat dari biasa.

‘Kenapa pula dengan jantung aku ni? Berdegup kencang pula tu. Menyesal aku tarik beg Amirul.’detik hati Qiara.

‘Subhanallah. Cantiknya muka Q bila rapat macam ni. Ya Allah. Apa yang aku buat ni?’ Amirul berkata di dalam hati. Lalu dia bangun dan menjauhkan dirinya dengan Qiara. Qiara juga bangun dan dia terus tarik basikalnya untuk pulang.

‘Ni bukan apa yang aku rancang. Tapi tak apalah. Boleh juga aku tengok muka Q dengan lebih dekat. Aku akan buat apa-apa janji kau hanya mengingati aku saja,’ hati Amirul berkata.

****

Semasa Qiara ingin mengulang kaji pelajaran, tiba-tiba dia teringat kejadian petang tadi. Kenapa wajah Amirul bila dekat tadi dia nampak lebih kacak dan macam budak baik?

Selama ni aku hanya nampak wajah dia yang selalu mengejek aku saja. Ish, kenapa lak aku fikir fasal dia pula ni? Nyah kau dari fikiran aku. Hati Qiara berbicara. Dia asyik fikirkan Amirul sahaja sehingga dia terlena.

Dalam mimpinya, Amirul telah menyelamatkan dia dari jatuh bangunan yang begitu tinggi sekali sehingga Qiara menangis kegembiraan setelah melihat orang yang telah menyelamatkannya.

****

“Q, Cikgu Hazimah panggil kau kat bilik sukan.” Aisyah memberitahu Qiara yang sedang menyalin nota dari Aryani.

‘Kenapa pula cikgu Hazimah panggil aku?’ detik hatinya. Guru Pendidikan Jasmani itu selalunya hanya memanggil penolong ketua kelas, kenapa hari aku yang kena?

Setelah itu Qiara terus meluru ke bilik sukan. Apabila daun pintu itu terbuka, dia terus masuk dan mencari Cikgu Hazimah. Semasa dia memanggil nama Cikgu Hazimah, tiba-tiba daun pintu bilik itu tertutup dari luar. Lalu dia terus berlari ke pintu dan cuba membuka pintu itu. Tetapi ia tak berhasil.

Tiba-tiba dia terasa ada sesuatu cuba masuk ke bawah seluarnya. Apabila dia lihat, rupa-rupanya ada seekor tikus yang berusaha untuk masuk ke dalam seluarnya. Dia terus jerit meminta tolong sehingga dia pengsan di dalam bilik itu.

Di luar bilik itu, Amirul dan kawannya ketawa berdekah-dekah setelah mendengar jeritan Qiara dari dalam bilik. Amirul berhenti ketawa apabila tidak mendengar jeritan Qiara.

‘Apa yang berlaku kat Q? Kenapa dia tak jerit lagi’ kata hati Amirul. Dia terus membuka pintu lalu masuk dan alangkah terkejutnya Amirul apabila dia lihat Qiara sudah pengsan di atas lantai.

“Q,bangun.Kenapa awak boleh pengsan ni?” Amirul menepuk-nepuk bahu Qiara supaya Qiara bangun. Tetapi masih belum sedar lagi.

“Takkan dia takut dengan tikus? Gege, Haz,cepat panggil cikgu. Q dah pengsan ni,” Amirul memanggil Azizi dan Hazwan yang berada di sebelahnya. Lalu Azizi dan Hazwan keluar dan memanggil cikgu.

“Q, saya minta maaf disebabkan saya awak boleh pengsan. Saya tak tahu yang awak takut dengan tikus. Saya janji yang saya takkan ganggu awak lagi lepas ni. Saya akan pindah dari sekolah ni supaya awak boleh hidup lebih aman tanpa saya,” ujar Amirul dan dia terus berlalu keluar setelah meninggalkan sapu tangannya di tapak tangan Qiara.

Apabila Azizi dan Hazwan serta cikgu sudah berada di dalam bilik sukan, Azizi pun bertanya kepada Hazwan,

“Haz,mana Mirul pergi? Takkan dia tak tunggu kita.”

“Mana aku tau. Jom kita cari dia.” Apabila mereka ingin berlalu, Hazwan terlihat sapu tangan Amirul berada di tapak tangan Qiara.

“Gege, tu bukan sapu tangan Mirul ke?”

Azizi pun lihat dan dia terkejut setelah melihat tapak tangan Qiara.

“A’ah la. Macam mana pulak sapu tangan dia ada kat Qiara? Jom kita cari dia.” Lalu mereka beredar setelah guru yang menolong angkat Qiara sudah keluar dari bilik itu.

****

Azizi dan Hazwan lihat Amirul sudah berada di dalam kelas. Lalu mereka menghampiri Amirul dan tegur dia yang sedang fikirkan sesuatu.

“Mirul, kenapa kau tinggalkan Q kat bilik tu sorang-sorang? Dan kenapa pula kau lari dan masuk kelas?”Tanya Hazwan.

“Aku rasa aku nak pindah sekolah. Aku rasa bersalah kat Q atas apa yang telah aku buat kat dia. Bulan depan aku akan pindah ke sekolah lain,” jelasnya.

“Tapi kenapa pulak tiba-tiba kau berubah fikiran?” Tanya Azizi.

“Kau jangan nak memandai tukar sekolah. Lagi lima bulan kita nak ambil SPM. Kau stay je la kat sini,” pujuk Hazwan.

Amirul mengeleng kepala.

“Tak, aku tetap dengan keputusan aku ni. Aku cuba pujuk keluarga aku untuk tukarkan aku dari sekolah ni,” ujar Amirul.

“Okey la. Apa yang kita orang boleh buat. Keputusan kat tangan kau. Tapi kau jangan sampai nak lupakan kita orang ek,” sayu Hazwan berkata.

“Aku takkan lupakan korang. Korang la sahabat dunia akhirat aku.” Lalu mereka berpelukan di dalam kelas sehingga semua orang di dalam kelas itu memandang pelik.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience