BAB 6

Romance Completed 11519

Di rumah Amirul begitu meriah untuk menyambut kepulangan Amirul. Qiara kelihan rapat dengan ahli-ahli keluarga Amirul. Amirul yang sedang berbual dengan sepupunya asyik tersenyum melihat gelagat Qiara bersama kakak dan ibunya.

“Mirul, tu makwe kau ke? Cantik kut,” kata Khairul,sepupunya tua dua tahun.

“Bukan la. Dia tu kawan aku je. Dia memang cantik pun.” Amirul tersenyum.

“Siapa nama dia?”

“Qiara.”

“Kau tak pernah ada perasaan dekat dia ke?”

“Mana ada,” nafi Amirul.

“Betul ke?” tanya Khairul sambil mengangkat-angkat keningnya.

“Betul la. Eh, aku nak jumpa dengan kawan aku jap,” Amirul terus berlalu tanpa Khairul sempat membalas.

“Mirul, aku tahu yang kau cinta dengan Qiara. Kau tu adik sepupu aku dan kita dah rapat sejak kecil lagi. Semua pasal kau aku tahu. Tapi mungkin kau tak nak kehilangan Qiara, sebab tu kau nafikan perasaan kau untuk dia,” kata Khairul sambil memandang Amirul dan Qiara yang sedang bergurau senda.

Sebaik aku cepat lari, kalau tak mesti Khai tahu yang aku cinta Qiara, kata hatinya. Amirul melangkah ke arah Qiara yang sedang berbual dengan kakaknya, Liyana.

“Hai, kak. Dah kenal dengan kawan Mirul?”

“Dah, cantik dia ni,” puji Liyana.

“Apa la akak ni. Saya ni biasa-biase je. Akak lagi cantik,” malu-malu Qiara menjawab.

“Kak, jangan puji sangat si Aira. Nanti dia kembang semangkuk pulak,” gurau Amirul sambil ketawa. Lalu Qiara menumbuk bahu Amirul perlahan.

“Jahat la kau, Mirul. Tak apa. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas,” kata Qiara sambil berjalan ke arah taman dan duduk di bangku.

“Pergi pujuk, buah hati kau tu. Nanti dia merajuk lama-lama, susah pulak kau,” Liyana berkata sambil muncungkan mulutnya ke Qiara.

“Dia bukan buah hati Mirul la, kak. Dia cuma best friend Mirul je. Dah la, kak. Mirul nak pujuk dia. Nanti dia tak nak hang out lagi dengan Mirul,” kata Amirul sambil berjalan ke taman.

“Aira, aku minta maaf la kalau kau marah kat aku,” pujuk Amirul. Tetapi Qiara hanya diam sahaja.

“Q, i’m sorry. Do not be mad at me,” pujuk Amirul lagi sambil mengerdipkan matanya.

Bila Amirul dah cakap bahasa inggeris,itu maknanya dia sungguh-sungguh minta maaf.

“Okey, aku maafkan kau. Tapi kau kena belanja aku tengok wayang minggu depan,” kata Qiara.

“Okey. Aku tak kisah asalkan kau maafkan aku.”

Kemudian mereka berbual sambil mengenang masa mereka bersama di Australia.

****

Seminggu kemudian, Qiara dan adiknya, Khairil bersiap untuk menonton wayang. Qiara membawa Khairil supaya dapat

mengelak dari fitnah. Adiknya itu pun bukannya ada urusan. Hanya duduk rumah sahaja. Lebih baik di teman kakaknya. Qiara lihat Amirul sudah tunggu di hadapan restoran.

“Mirul, sorry la lambat. Tadi jalan jam la,” kata Qiara.

“Tak apa. Aku dah biasa. Dulu pun kat Australia pun kau selalu lambat,” perli Amirul. Khairil ketawa apabila dengar perli Amirul.

“Alah. Baru 15 minit, takkan kau marah,” kata Qiara.

“Aku main-main je. Hai, Khairil. Apa khabar?”

“Baik je, Abang Mirul,” jawab Khairil.

Qiara berasa pelik bila lihat hubungan antara Amirul dan Khairil.

“Jap, jap. Macam mana kau orang boleh kenal antara satu sama lain?”

Amirul tiba-tiba terkedu. Macam mana aku nak jawab ni. Nanti Qiara tahu rosak rancangan aku, desis hatinya.

“Kan dulu akak pernah tunjuk gambar Abang Amirul. Dari situ adik cari dia kat fac. Akak kan yang suggest kat adik supaya add dia,” jelas Khairil sambil tersenyum penuh makna terhadap Amirul.

“A’ah. Dulu bukan kau selalu tunjuk gambar family kau kat aku? So aku cerita-cerita lah pasal kau kat family kau melalui adik kau ni.” Amirul jawab sambil memaut bahu Khairil.

Qiara tiba-tiba teringat yang dia pernah tunjuk gambar dia kat Khairil.

“Okey, jom la masuk. Penat aku nak berdiri.”

Fuh, sebaik tak terbongkar. Nasib baik otak Khairil boleh pakai. Kalau tak, rosak rancangan aku, hati Amirul berbicara.

Lalu Amirul, Qiara dan Khairil masuk ke dalam restoran sementara menunggu untuk menonton wayang.

“Khai, berapa umur sekarang?” Amirul bertanya kepada Khairil.

“Sekarang 18 tahun. Tengah tunggu panggilan dari university,”terang Khairil.

“Dulu dapat berapa masa SPM?”

“Dulu dapat 8A 2B.”

“Wah, pandainya.Apa cita-cita Khai?”

“Khai nak jadi doktor. Nanti Khai boleh tolong orang yang sakit.”

“Bagus la. Zaman sekarang dah tak ramai yang nak jadi doktor. Abang sokong Khai.”

“Termasuk orang yang cakap tu,” perli Qiara sambil minum airnya.

“Alah, cakap orang je. Kau pun sama. Sekarang kau jadi akauntan juga. Bukannya doktor.”

“Dah la. Malas aku nak gaduh dengan kau. Lebih baik aku makan,” Qiara berkata lalu makan laksa yang sudah terhidang di depan matanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience