BAB 1

Romance Completed 11488

“Q…Kau kenapa?” tanya Aryani.

Qiara pandang Aryani dan Shazwani dengan pandangan yang penuh kemarahan.

“Aku tengah geram dengan mamat sengal tu,” kata Qiara sambil memandang ke arah depan kelas di mana Amirul, Azizi dan Hazwan.

“Aku tahu la yang kau sekarang ni tengah geram dengan dia. Tapi jangan la pandang kita orang macam tu. Takut

kita orang tau,” kata Shazwani.

“Okey la. Aku tak pandang korang macam tu… Kalau macam ni boleh tak?” sambil itu Qiara senyum hingga

menampakkan lesung pipitnya di kedua-dua pipinya.

“Ish, kau ni. Yang buat muka macam tu buat apa. Yang ni lagi seram kut aku rasa. Haha. Betul tak Wani?” Aryani memandang Shazwani.

“A’ah. Betul la Yani. Muka macam orang gila je bila aku tengok.” Shazwani dan Aryani ketawa terbahak-bahak dan

aku pun turut sama sehingga semua orang yang berada di kelas Tingkatan 5 Cerdik pandang. Amirul dan kawannya pun turut pandang.

“Woi, kalau nak buat bising jangan kat sini. Kat taman tu kosong buat la bising kat sana,” kata Amirul sampai jari telunjuknya menunjuk ke arah luar kelas.

“Kau lebih baik diam. Bukannya aku ketawa guna mulut kau pun,” marah Qiara.

“Memang la tak guna mulut aku. Tapi kau boleh menganggu ketenteraman kelas lain yang sedang belajar.Hormat sikit kat kelas lain,” kata Amirul.

“Kalau nak buat bising sangat, pergi hutan kat hujung kampung ni. Gerenti tak ada orang marah kau. Betul tak Gege, Haz?”tambahnya lagi.

“Betul tu. Bawa sekali geng kau yang suka cakap banyak tu,” Azizi dan Hazwan berkata serentak dan ketawa.

“Kau kecoh pasal apa? Budak lain pun tak marah. Korang pun sama. Ketawa macam tak ingat dunia.” Qiara berkata

sambil berjalan ke arah Amirul. Apabila Qiara menghampiri Amirul, dia pun berkata,

“Aku akan keluar dari kelas ni supaya kau dan kawan-kawan kau yang bajet handsome tu boleh belajar.”

Lalu Qiara terus keluar dari kelas dan Aryani dan Shazwani berlari mengikut Qiara. Selepas Qiara keluar kelas,Hazwan pun berkata,

“Mirul, kau biar betul nak buat dia benci dengan kau? Kalau dia dah benci sangat kat kau macam mana?”

“A’ah. Aku setuju apa yang Haz cakap. Kau ni memang biul erk?” Azizi menyampuk.

“Dia takkan boleh lupakan aku kalau bukan dengan cara buat dia benci dengan aku. Kalau dia dah benci aku, nama dan wajah aku akan tersemat dalam hati dan fikiran dia je. Aku akan cuba untuk menambat hati dia bila waktu yang sesuai sudah sampai.” Panjang lebar Amirul terang kepada Azizi dan Hazwan. Azizi dan Hazwan hanya menjongketkan bahu mereka. Amirul hanya tersenyum.

****

“Yani, kau ada drama To The Beautiful You tak? Aku malas la nak download.”

“Q, kau ni macam tau-tau je yang aku ni baru je download cerita tu.”

“Betul ke? Nanti aku datang rumah kau erk. Aku nak copy kat dalam pendrive aku”

“Yani, aku pun nak jugak la. Dah lama aku tak layan cerita korea ni,” kata Shazwani dan dia terus berjalan ke arah meja di kantin.

“Ok. Petang nanti korang datang tau kat rumah aku. Boleh kita buat study group sekali.”

Mereka hanya mengangguk dan makan laksa yang sudah berada di hadapan mata. Tanpa mereka sedar,ada seseorang yang sedang lihat mereka dari jauh sambil tersenyum.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience