BAB 11

Romance Completed 11488

Sebulan selepas itu merupakan hari pertunangan Qiara dan Rifqi sekali lagi. Pertunangan dahulu tidak jadi kerana

mereka masih kecil. Amirul tidak hadir atas sebab-sebab tertentu. Keluarga pihak lelaki macam dia biasa nampak. Tetapi dia terlupa. Apabila saat ibu pihak lelaki ingin menyarungkan cincin, Qiara lihat mukanya seperti ibu Amirul.

‘Mungkin pelanduk dua serupa kut,’ bisik hatinya.

Tunangannya tidak dapat hadir sebab ada penerbangan ke Dubai. Dia teringin untuk lihat muka tunangannya, tetapi tidak kesampaian. Gambarnya pun dia tidak ada sebab lelaki itu tak bagi. Dua bulan lagi merupakan hari pernikahan dia dan Rifqi. Dia tidak rasa apa-apa kerana hatinya masih untuk Amirul walaupun sudah bergelar tunangan orang lain.

Telefon Qiara bordering saat dia ingin ke bilik air untuk membersihkan diri.

“Helo, tahniah Aira atas pertunangan kau,” jelas suara Amirul yang gembira atas pertunangannya. Tetapi dia tidak gembira. Dia hanya senyum palsu bila di hadapan orang lain.

“Terima kasih. Dua bulan lagi aku nikah, kau kena datang. Kalau tak aku tak nak kawan dengan kau,”usik Qiara.

“Kau jangan la marah. Aku janji aku akan hadir masa hari bahagia kau nanti.”

“Okey la. Aku nak mandi dulu. Penat petang tadi masih belum hilang, kau dah kacau.”

“Patut la aku macam bau sesuatu yang busuk. Rupanya kau belum mandi. Dah pergi mandi dan berehat.”

“Bye, assalamualaikum.”

Lalu Qiara terus masuk bilik air setelah mengambil bajunya.

****

Dua bulan kemudian, hari pernikahan antara Qiara dan Rifqi tiba. Dia masih tidak tahu bagaimana wajah jejaka itu walaupun sudah dua bulan. Bakal mertuanya kata jejaka itu selalu terbang di mana-mana. Selepas beberapa kali dia solat istikharah, wajah yang muncul ialah wajah Amirul. Dia tak tahu nak buat apa lagi. Jadi dia hanya berserah pada Allah.

“Aira, pengatin lelaki sudah datang. Mari turun ke bawah,” ucap ibunya.

Qiara mengangguk kepala dan turun ke ruang tamu yang sudah dihias indah sempena pernikahannya dengan Rifqi. Apabila dia lihat tetamu, dia tidak nampak wajah Amirul pun. Tiba-tiba dia rasa sebak kerana Amirul tidak hadir di hari pernikahannya.

‘Sanggup Amirul tidak hadir. Dulu dia dah janji yang dia akan datang ke majlis aku,’ sayu Qiara di dalam hati.

Lalu ijab dan kabulnya bermula setelah Qiara duduk di sebelah ibunya.

“Aku nikahkan dikau Amirul Rifqi bin Farish Afiq dengan Qiara Aqiera binti Mohd Asyraf dengan mas kahwinnya RM 88 tunai.”

Qiara terkejut apabila nama Amirul yang disebut oleh tuan kadi itu.

“Aku terima nikahnya Qiara Aqiera binti Mohd Asyraf dengan mas kahwinnya RM 88 tunai.”

Setelah Qiara dengar suara jejaka itu, dia terkejut dan hampir pitam tetapi dia masih bertahan.

“Sah?”

“Sah.”

“Sah.”

Lalu Amirul dan Qiara sudah menjadi pasangan suami isteri.

****

Petang itu, dia masih belum berkesempatan untuk berbual dengan Amirul untuk mengetahui tentang masalah ini. Alangkah terkejutnya Qiara apabila dia lihat Aryani dan Shazwani hadir pada pernikahannya. Azizi dan Hazwan juga turut hadir ke majlis dia dan Amirul. Mereka juga sudah mempunyai pasangan masing-masing.

Aryani dan Azizi datang membawa tunang mereka manakala Shazwani membawa suaminya dan Hazwan membawa isterinya. Dia tak sangka yang dalam beberapa tahun lepas dia berpisah dengan kawannya kini kembali bertemu lagi.

“Yani, Wani, macam mana korang tahu hari ini pernikahan aku?” tanyanya.

“Amirul yang jemput kita orang. Dia sebenarnya nak buat surprise kat kau,” jawab Aryani.

“Macam mana kau boleh jumpa dengan dia?” tanyanya lagi.

“Hari tu kita orang jalan-jalan kat shopping mall. Lepas itu dia ternampak kita orang dan tegur. Baru dua bulan lepas rasanya,” jawab Shazwani pula.

“Kira kau dan Wani memang selalu bersama la?” tanya nya lagi.

“Kita orang belajar satu universiti. Sebab itu sampai sekarang kami masih bersama.”

Qiara hanya mengangguk kepala. Malam ini dia akan bertanya kat Amirul yang sudah menjadi suaminya.

Malam itu selepas dia dan Amirul solat berjemaah, Amirul ingin berkata sesuatu.

“Aira, aku nak minta maaf terlebih dulu sebab buat macam ni. Aku sebenarnya dah lama tahu yang aku dah ditunangkan sejak kita kecil lagi dan aku tahu tunang aku tu sebenarnya kau. Masa kita kat sekolah menengah, aku memang nak buat kau benci aku supaya hanya aku yang ada dalam fikiran kau,” ujar Amirul.

Amirul menarik nafas lalu menyambung.

“Dulu masa kita kat Australia, aku memang sengaja nak ikut kau dan bersama kau untuk pulihkan hubungan kita. Setelah aku berpindah dari sekolah masa form 5, aku masih mengetahui semua tentang diri kau. Terima kasih kepada Azizi dan Hazwan. Mereka yang bantu aku untuk mengetahui perkembangan kau.”

“Selepas itu, masa pertunangan kita dulu, aku memang sengaja tak nak datang sebab nanti rosak rancangan aku. Dan sebenarnya aku dah Khairil dah lama kenal sejak kau kat Australia. Semasa kau kat sana, aku yang selalu lawat keluarga kau sebab mereka bakal jadi keluarga aku juga,” tambah Amirul.

Qiara hanya diam sahaja.

“Abang cinta dan sayang kat Qiara. Abang harap Qiara sudi terima abang jadi pendamping abang di dunia dan akhirat,” Amirul meluahkan perasaannya kepada Qiara. Sudah bertukar nama panggilannya.

“Qiara nak marahkan abang ,abang tak kisah. Abang akan beri masa kat sayang,” tambah Amirul lagi.

“Aira dah tak marah kat abang. Aira dah terima sebab Aira pun sayangkan, abang.” Mukanya membahang dan dia memeluk tubuh Amirul.

“Betul ke? Tapi bukan muka sayang macam marah ke?”

“Saja nak buat abang cuak. Haha,” ketawa Qiara.

“Owh, main-mainkan kita ye. Tapi bila masa sayang cintakan abang?” tanya Amirul.

“Masa kita kat Australia dulu. Sebenarnya apa yang pernah cakap dua bulan dulu tu sebenarnya memang betul Tapi Aira saja nak nafikan.”

“Siap sayang malam ni abang kerjakan. Tipu je.”Lalu Amirul mencempung tubuh Qiara dan meletakkannya di atas katil menutup lampu bilik. Pipi Qiara membahang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience