BAB 5

Romance Completed 11488

Sudah dua bulan berlalu, hari ini merupakan hari terakhir Qiara di Melbourne dan kali terakhir Qiara bersama dengan Amirul. Selepas ini mereka mungkin tidak dapat keluar bersama-sama lagi kerana mereka akan mempunyai kerjaya sendiri.

“Aira, aku harap kita dapat jumpa lagi kat Malaysia. Nanti kita hang out sama-sama ye,” kata Amirul.

“Okey. Tapi aku sedih la, Mirul. Nanti tak ada lagi orang nak sakat aku kat sana. Kau kan lambat lagi nak balik

sana,” sayu Qiara berkata.

“Jangan la sedih, Aira. Nanti aku pun ikut sedih. Dah, jangan sedih sayang bucuk aku ni,” usik Amirul.

“Jahat la kau. Aku wangi okey. Tak macam kau tu.”

“Q, I hope I will be able to see you again,” Wendy berkata lalu memeluk Qiara.

“Me too. I will miss you so much, Wendy.”

“Me too. Then, I will go to Malaysia for looking up you and attend your wedding with Amirul,” kata Wendy.

“Hey, we’re just friends.”

“But I will come to malaysia to meet you.”

Pengumuman tentang penerbangan Qiara ke Malaysia sudah di umumkan. Kini tiba masanya Qiara pulang ke tanah

airnya setelah lima tahun dia tidak pulang.

“Okey, I have to go now. Watch yourself, Wendy.”

“Watch yourself too, Q.”

“Mirul, aku kena gerak sekarang. Kau jaga diri okey. Nanti bila aku dah sampai kat sana aku hantar email kat

kau.”

“Kau pun jaga diri tau. Nanti aku nak balik sana kau kena jemput aku. Kalau tak aku merajuk dengan kau.”

“Tapi kau kena lah bagi tahu aku dulu. Nanti aku silap tarikh, kau marah lak.”

“Ingat, 13 Julai 2016. Waktu pula nanti aku bagi tahu.”

“Bye, aku pergi dulu.”

Lalu Qiara meninggalkan Amirul, Wendy dan beberapa orang kawan dia yang lain. Amirul hanya memandang Qiara dengan pandangan yang sayu.

****

4 bulan kemudian.

Hari ni merupakan hari yang menggembirakan bagi Qiara. Hari ini Amirul akan pulang. Jadi dia akan jemput Amirul. Tiba-tiba dia teringat sesuatu.

“Hari jadi kau berapa, Mirul?”

“13 Julai. Kenapa?”

“Tak adalah. Saja je tanya. Nanti aku boleh bagi kau hadiah.”

Baru Qiara teringat. Hari ini hari jadi Amirul.

“Sekarang pukul 10 pagi. Mirul sampai pukul 12.30 tengah hari. Aku ada 2 jam 30 minit untuk cari hadiah untuk

dia.” Lalu Qiara cepat-cepat siap dan dia keluar dari rumah.

****

‘Sekarang pukul 12.40 tengah hari. Mana la mamat ni. Dah penat aku menunggu.’

Sebelah tangan Qiara di sorokkan di belakang badan dia. Tiba-tiba dia terasa ada seseorang mengambil hadiah di tangannya. Apabila dia pandang belakang, alangkah terkejutnya dia. Rupa-rupanya Amirul yang ambil.

“Thank you, Aira. Ingat juga kau dengan hari jadi aku. Aku terharu sangat.”

“Bila masa kau ada kat sini?”

“Dah lama. Dari tadi aku perhatikan kau. Saja je nak tengok kau tunggu aku ke tidak.”

“Bengong la kau. Dah lama aku tunggu kau. Kau balik sendiri la. Buang masa je aku datang.”

Lalu Qiara berlalu dan belum sempat Qiara jalan, tangannya ditarik oleh Amirul. Qiara hampir terjatuh tetapi

Amirul sempat menangkap pinggang Qiara. Lalu mereka memandang antara satu sama lain. Hati Amirul dan Qiara berdegup kencang. Apabila Amirul dengar keadaan yang begitu bising, dia pun sedar lalu menjauhi sedikit badannya dengan Qiara. Qiara pun sengaja betulkan tudung dan bajunya untuk cover malu. Merah padam muka Qiara.

“Erm… thank, Mirul. Kalau tak aku dah jatuh tadi.”

“Owh, tak apa.”

“Eh, jom la aku hantar kau balik. Family kau dah tunggu kau kat rumah.”

“Jom.” Lalu Amirul menolak troli yang diisi dengan bagasi-bagasi miliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience