BAB 10

Romance Completed 11519

“Helo, Abang Mirul.” Khairil memulakan bicara setelah Amiru mengangkat panggilannya.

“Helo, Eril. Macam mana dengan keadaan Aira?” tanya Amirul.

“Dia dah okey. Mungkin dia terkejut bila ayah dan ibu suruh dia kahwin.”

“Nanti abang datang lawat Aira ye.”

“Tak boleh, bang. Nanti rosak rancangan abang. Ayah dan ibu tak tahu yang abang kawan Kak Aira,” cegah Khairil.

“Okey. Tak apa. Nanti bagi tahu perkembangan dia erk.”

“Baiklah, Abang Mirul. Bang, Eril kena pergi ni.”

“Baiklah. Assalamualaikum. Jangan lupa kirim salam kat Uncle Asyraf dan Aunty Qalisya.”

“Wassalam. In Sha Allah, nanti Eril sampaikan.”

Amirul terus mematikan talian. Amirul masih ingat apa yang dikatakan Qiara kepadanya.

“Biar betul Aira dah suka kat aku. Nanti dia benci aku balik macam mana setelah dia tahu tentang rancangan aku? Kalau dia tahu Rifqi tu aku, mesti dia tak nak kawan dengan aku lagi. Nanti aku kena tanya Aira lagi. Betul atau tak dia suka aku,” Amirul bercakap sendirian di biliknya.

****

Malam itu Qiara sudah sedar dari pengsan. Tiba-tiba dia teringat tentang dia dah ditunangkan sejak kecil lagi. Selepas itu,Amirul call dia dan dia… dia cakap dengan Amirul yang dia sukakan Amirul. Wait, wait, wait… Apa yang aku cakap tadi ye?

“Hah? Aku cakap dengan Amirul yang aku sukakan dia. Ya Allah, macam mana ni. Macam mana la aku boleh terbongkarkan perasaan aku ni? Mesti Amirul terkejut dengar apa yang aku cakap. Bila emosi dah terganggu, aku mesti cakap yang bukan-bukan sehingga terbongkar rahsia aku ni.B aik aku call Amirul sekarang.”

Lalu Qiara terus mengambil telefonnya dan mendail nombor Amirul. Belum sempat menekan nombor Amirul, telefonnya bordering.

‘Panjang umur Amirul. Baru aku nak telefon dia, dia dah telefon aku dulu,’ kata hatinya dan terus angkat.

“Helo, assalamualaikum.”

Amirul memberi salam.

“Wa’alaikumussalam. Mirul, aku nak cakap sesuatu ni,”ujar Qiara.

“Aku pun nak tanya kau. Kau cakap la dulu.”

“Kau jangan salah faham erk apa yang aku cakap petang tadi. Aku hanya stress bila ibu ayah aku suruh kahwin.

Kau jangan salah faham ye,”bohong Qiara.

“Owh… aku baru nak tanya kau pasal tu. Okey la, tapi kau dah okey ke?” tanya Amirul.

“Dah, tapi macam aku tak sihat?”

“Petang tadi lepas kau tak balas apa yang aku cakap,aku terus call Eril. Itu pun tadi Eril cakap dengan aku yang kau pengsan,” jelas Amirul.

“Owh. Terima kasih tau sebab kau call Eril, kalau tak mungkin sekarang kau akan salah faham.”

“Kasihmu diterima, wahai sayangku,” usik Amirul.

“Kau ni. Kalau kekasih kau dengar kau panggil aku sayang,mesti dia marah aku,” kata Qiara.

“Mana la perempuan suka kan aku yang tak handsome ni? Kau nak jadi kekasih aku tak?”

“Ish, kau ni. Aku cakap betul-betul, kau main-main.”

“Dah la, aku nak tidur ni. Bye.”

“Okey. Bye.”

Selepas Qiara mematikan telefonnya,d ia terus mandi untuk membersihkan dirinya dan solat jamak.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience