BAB 4

Romance Completed 11488

Di bilik, Qiara hanya baring sambil mengingati pertemuan tanpa dirancang dengan Amirul. Tiba-tiba telefonnya bordering.

“Assalamualaikum. Ni Q kan?” si pemanggil memberi salam setelah Qiara mengangkat telefon.

“Waalaikumussalam. Ni siapa?” Pelik, siapa yang beri salam kat dia. Nombor ni bukan nombor yang dia kenali.

“Ni Amirul. Takkan dah lupa yang kita baru berjumpa.”

“Owh, ingatkan siapa yang call tadi.”

“Q, boleh tak esok kita berjumpa? Saya ada benda nak berbincang dengan awak.”

“Erm… Boleh. Tapi kita nak jumpa kat mana?”

“Kita jumpa kat Paras Park. Tempat tadi pada waktu yang sama.”

“Ok. Kita jumpa kat sana.”

“Ok, saya ada kerja nak buat ni. Kita jumpa esok ye. Assalamualaikum.”

Setelah Qiara menjawab salam, dia terus matikan telefon. Kenapa aku boleh setuju bila Amirul ajak aku keluar? Takkan aku dah cintakan dia. Ish, jangan nak fikir benda pelik-pelik Qiara. Dah la, baik aku tidur. Esok ada class nanti bangun lambat pulak. Selepas itu, Qiara terlena.

****

Keesokan harinya, Qiara pergi ke Paras Park untuk berjumpa dengan Amirul. Setelah penat menunggu kehadirannya, Amirul pun tiba.

“Sorry, saya lambat habis class tadi.” Ucapnya setelah dia duduk di sebelah Qiara.

“Tak apa. Erm, semalam awak ada cakap ada benda nak bincang. Apa yang awak nak cakap?”

“Saya nak minta maaf atas apa yang telah berlaku selama saya asyik menganggu awak. Saya harap awak akan maafkan

saya, Q.” Katanya sambil mohon maaf.

“Ok. Benda lama buat apa nak diingatkan. Saya dah maafkan awak.”

“Thank you ,Q.”

“Sama-sama, Amirul.”

“Q, kalau boleh saya nak jadi kawan baik awak, boleh?” tanya Amirul.

“Erm…”

“Kalau awak tak sudi tak apa. Saya tak kisah pun,” katanya.

“Okey, awak boleh jadi kawan saya.”

“Betul ke?” Amirul meminta kepastian.

Qiara mengangguk kepala.

“Mulai sekarang, awak boleh panggil saya, Mirul dan saya akan panggil awak Aira.Boleh?” tanya Amirul.

“Okey. Boleh tak saya panggil awak, ’kau’ dan ‘aku’?”

“Boleh juga. Aira, jom temankan aku jalan-jalan.”

“Nak pergi mana?”

“Adalah. Nanti kau tau juga.”

Lalu Amirul dan Qiara meninggalkan Paras Park.

****

Dah sebulan Qiara dan Amirul berkawan dan sebulan juga mereka asyik berkepit tak kira ke mana pun. Qiara berasa

gembAira apabila berada di samping Amirul. Walaupun ketika mereka dia sekolah menengah dulu mereka asyik bertikam lidah, tetapi apa kan daya sudah takdir.

‘Kenapa hati aku asyik berdebar-debar apabila bersama Amirul? Adakah ini yang di namakan cinta? Tak mungkin aku sudah terpaut dengan sikap dia yang ambil berat tentang aku?’ detik hati Qiara.

Qiara termenung di tepi tingkap sambil mengenang semula hari-hari dia bersama dengan Amirul. Apabila waktu petang, mereka asyik sangat duduk di bangku Paras Park.

Bagi orang lain yang melihat hubungan mereka,mungkin ada sesetengah yang ingat mereka itu pasangan kekasih yang sedang hangat bercinta. Tetapi bagi mereka, hubungan mereka hanya sebagai kawan baik memandangkan mereka sudah lama kenal.

****

Amirul asyik tersenyum sehingga housmate dia pun pelik.

“Amirul, why do you keep smiling after going to Paras Park?” Mark bertanya.

“There is nothing.”

“Really?”

“Yes,Mark. I’m going out for a while.”

“Okey. But you have to leave early because many work to do.”

Amirul mengangguk kepala lalu dia keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience