BAB 12

Romance Completed 11488

Sudah lima bulan Qiara dan Amirul bernikah. Dulu Amirul bekerja sebagai pilot tetapi sekarang dia menguruskan syarikat ayahnya. Kerana sayangnya kepada Qiara, dia sanggup melepaskan kerjanya dengan rela. Qiara pula sudah berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Semasa Qiara sedang masak kari ayam, tiba-tiba dia rasa mual dan dia terus muntah di singki. Amirul yang dengar dia muntah terus berlari ke arah dapur dan mengurut leher Qiara.

“Sayang, kenapa ni?”

“Tak tahu…” lalu Qiara muntah lagi. Dan dia rasa hampir pitam.

“Sayang ,jom abang temankan sayang pergi klinik. Abang risau la dengan keadaan sayang,” jelas Amirul dengan penuh kerisauan. Dia hanya mengangguk kepala dengan lemah.

Di klinik, semasa Qiara sedang berjalan untuk duduk, dia terus pengsan.

“Sayang, sayang. Nurse, tolong saya,”jerit Amirul.

Lalu Qiara dibawa masuk ke bilik rawatan.

Setelah Qiara sedar, benda pertama yang dia nampak ialah wajah Amirul yang senyum bahagia.

“Sayang, kita akan jadi papa dan mama,” kata Amirul.

“Betul ke?”

“Betul, Puan Qiara. Puan sudah hamil 2 bulan. Tahniah puan saya ucapkan. Saya akan beri vitamin kepada puan nanti,” kata Dr.Aisyah.

Qiara tersenyum bahagia.

“Sayang, nanti kita balik rumah dan nanti kita bagi tahu family kita yang lain erk,” ujar Amirul.

“Okey. Sayang pun tak sabar nak cerita kat family kita yang kita aka nada orang baru.”

****

Empat tahun kemudian…

Qiara yang sedang memasak di dapur mendengar gelak tawa anak-anaknya dan suaminya,Amirul.

“Abang, dah dah la tu. Penat nanti Aiman dan Aleeya,” jerit Qiara dari dapur.

Mohd Aiman Qhairul dan Nur Riesha Aleeya adalah anak kembarnya yang telah dilahirkannya pada 26 Disember 2020. Mula-mula dia tak percaya dia akan dapat anak kembar tapi dah rezeki Allah nak beri.

“Mama.”

“Mama.”

Anak-anaknya menjerit lalu memeluk kakinya.

“Kenapa,sayang?”

“Papa nak kejar kita orang. Tapi kami dah penat la mama,” kata Aiman.

“Abang!”j eritnya.

Lalu Amirul lari ke dapur.

“Kenapa sayang?”

“Berhenti la bermain dengan dia orang. Dia orang pun penat,” marahnya.

“Yelah.”Amirul pun duduk di kerusi meja makan.

“Aiman, Aleeya, pergi masuk bilik then mandi. Lepas tu turun bawah. Tolong mama,” arah Qiara.

“Baik, mama.” Lalu mereka berlari masuk ke bilik.

Amirul hanya memandang Qiara dengan pandangan yang nakal.

“Sayang, abang nak sesuatu boleh?”

“Apa?”

“Abang nak sayang!” jerit Amirul lalu memeluk tubuh Qiara.

“Ish, abang ni. Anak-anak nampak nanti.”

“Alah, boleh la sayang,” pujuk Amirul.

“Abang. Malam nanti la. Sayang tengah sibuk ni. Nanti Aryani, Shazwani, Azizi dan Hazwan datang tak makanan,

nak hidang apa?”

“Okey. Tapi janji ye. Kalau tak, abang merajuk dengan sayang.”

Dia hanya mengangguk kepala lalu menyambung kerjanya yang terbelengkalai.

Sekarang Aryani sudah mempunya seorang anak dan sedang mengandung lima bulan. Shazwani pula juga mempunyai seorang anak manakala Azizi sudah mempunyai tiga orang anak.

Akhir sekali, Hazwan mempunyai dua orang anak sepertinya. Dia pun sekarang tengah mengandung lapan bulan dan kali ini dia akan dapat anak kembar juga. Dia harap cinta mereka sehingga ke akhirat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience