BAB 7

Romance Completed 11488

Qiara sedang melihat gambar dia dan Amirul semasa di Melbourne. Sewaktu itu mereka begitu gembira sehingga mereka tidak ingat pergaduhan mereka semasa tingkatan 5. Qiara berasa gembira apabila berada di sisi Amirul.

‘Takkan aku dah jatuh cinta dengan dia kot? Tak mungkin,tak mungkin,’detik hatinya.

Tiba-tiba telefonnya bordering lagu Sayang dari Shae.

“Sayang dengarlah permintaan ku
Jangan ragu kan cintaku
Sayang percayalah apa kataku
Kerna ku sayang kamu

Sayang dengarlah permintaanku
Jaga hatimu untukku
Sayang dengarlah bisikan hatiku
Kerna ku sayang kamu”

“Assalamualaikum. Helo,” Qiara memberi salam.

“Wassalam .Aira, kau tengah buat apa?” tanya Amirul.

“Aku tak buat apa-apa.” Padahal tengah duk termenung kenangan-kenangan dia dengan Amirul.

“Esok kau ada kat rumah tak?”

“Ada kut. Kenapa?”

“Tak ada apa-apa. Saja nak tanya.”

“Owh. Ni kau telefon kenapa?”

“Saja nak buang kredit.”

“Cakap la betul-betul,” marah Qiara.

“Tak ada. Aku tengah bosan ni. Tak tahu nak buat apa,” kata Amirul.

“Kau kan pandai nyanyi, kau nyanyi la sorang-sorang,” perli Qiara.

“Hah, apa kata aku nyanyi kau jadi pendengarnya?” Amirul memberi cadangan.

“Okey. Aku dengar. Tapi lagu apa yang kau nak nyanyi?” Tanya Qiara.

“Hmm… Lagu Aku Mahu Dia dari Hazama,” kata Amirul.

“Jap, aku ambik gitar aku,” tambahnya lagi.

Setelah Amirul ambil gitarnya, dia pun mula menyanyi.

“Saat aku kenali dia
Hati ini selalu gundah
Selalu ingin dekati
Dan ingin menghampiri dia

Aku mahu dia milikku
Ku harap semua pun tahu
Bahagia terasa bila
Ku melihat senyumannya

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Qiara berasa sudah jatuh cinta kepada pemilik suara ini. Hati dia asyik berdebar-debar apabila Amirul mula menyanyi tadi.

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu

Aku sedar ku telah jatuh cinta
Dengannya hatiku terasa luar biasa
Aku tahu kau selalu curi lihat aku
Matamu jelaskan kau mahu

Qiara terasa lagu itu memang ditujukan kepadanya. Dan dia dapat rasa yang Amirul juga menyintai dirinya.

Katakanlah padaku kasih
Andainya kau punya
Perasaan sepertiku
Agar kita bisa bersama

Tolong jawablah kasih
Jawablah perasaan
Hatiku yang menebal
Ku selalu terbayang senyummu”

Sesudah Amirul menyanyi, Qiara masih berdebar-debar.

“Aira, kau dengar tak lagu tu?”

“Dengar, best la lagu tu. Kalau kau nyanyi untuk orang yang kau suka tu, mesti dia terus jatuh hati kat kau,” kata Qiara.

“Tak ada masa aku nak nyanyi depan orang lain. Dengan kau je aku nyanyi,” balas Amirul.

“Yelah tu. Entah-entah kau dah pernah nyanyi depan perempuan lain,” kata Qiara.

“Betul la. Kau la yang pertama selain keluarga aku. Lagu tadi pun aku tujukan kat kau,” kata Amirul.

“Kau kenapa? Dah ngantuk tu tidur la. Jangan nak mengarut pulak,” marah Qiara.

“Memang aku ngantuk. Tapi apa yang aku cakap tadi memang betul sebab kau la kawan terbaik aku,” Amirul

berkata setelah diam beberapa minit.

“Okey la. Aku nak tidur. Bye, assalamualaikum,” lalu Amirul terus tutup sebelum Qiara sempta menjawab salam.

“Kenapa aku asyik berdebar-debar je bila dekat dengan diri dia? Perasaan ini aku dah rasa sejak aku mula jumpa dengan dia kat Paras Park. Takkan aku sedah jatuh cinta pada dia kat Australia? Lebih baik aku diamkan perasaan ini daripada hubungan aku dengan dia nanti rosak.”

Lalu Qiara terus menutup lampu dan tidur. Qiara bermimpi yang Amirul telah menyelamatkannya dan mimpi itu sama dengan mimpi 5 tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience