BAB 3

Romance Completed 11488

Kini setelah seminggu dia tidak menghadirkan diri ke sekolah, dia sudah mula datang kerana dia semakin sihat. Pagi tu Qiara terasa macam kehilangan. Biasanya waktu ni Amirul dan kawannya ganggu aku. Tapi kenapa hari ni dia tak ada ek? Ish, apa yang aku fikir ni! Buang masa je aku fikir pasal dia, hatinya bermonolog.

Tiba-tiba Azizi dan Hazwan menghampiri Qiara. Lalu mereka menyerahkan sepucuk surat.

“Ni dari siapa?” tanya Qiara.

“Kau baca je. Nanti kau akan tau siapa yang bagi.” Setelah mereka habis cakap, mereka terus berlalu. Lalu Qiara buka sampul surat itu dan baca.

Assalamualaikum, Q.

Sebelum itu saya minta maaf atas apa yang telah saya buat kat awak sebelum ni. Sebenarnya,apa yang telah berlaku kat awak beberapa hari yang lepas adalah perbuatan saya. Awak jangan marah kepada Azizi dan Hazwan. Mereka tak bersalah tetapi saya yang bersalah. Saya harap awak akan memaafkan saya.

Di dalam sampul ini, saya letak beberapa gambar artis korea yang awak ingin. Saya telah berpindah dari sekolah ini supaya awak dapat hidup dengan aman tanpa kehadiran saya. Saya harap awak tak membenci saya atas apa yang telah saya buat kat awak.

Tolong jangan benci Azizi dan Hazwan kerana apa yang telah mereka lakukan itu semua atas arahan saya. Saya harap awak akan dapat keputusan yang cemerlang dan dan sambung belajar di Australia.

Itu yang awak impikan, kan? Jadi belajar la bersungguh-sungguh. Saya doakan awak akan hidup dengan aman tanpa kehadiran saya dan saya doakan awak dapat buat betul-betul masa SPM nanti. Awak jangan lupakan saya tau. Tapi mesti awak akan lupakan saya sebab saya dah banyak menyakitkan hati awak. Perasan kan saya ni. Okey la. Semoga kita dapat berjumpa lagi selepas ni.

Insan yang mohon kemaafan darimu,

Amirul

Amirul Rifqi bin Farish Afiq.

Setelah Qiara sudah membaca dia hampir ingin menjerit. Tetapi sebaik dia tahan kerana sudah ramai pelajar masuk ke dalam kelas itu. Kemudian dia buka sampul itu dan terdapat beberapa gambar Song Joong Ki sedang bergambar.Rasanya ni gambar betul.

‘Rupa-rupanya kau yang buat aku pengsan, Amirul. Aku akan memaafkan kau sebab selepas ni kau dah tak ada kat sekolah ni. Aku harap yang kita takkan jumpa selepas ni.’ Kata hatinya.

Beberapa jam kemudian, Qiara berasa kehilangan. Takkan aku rindu Amirul. Dah la. Malas aku nak fikir, monolognya.

****

5 tahun kemudian.

Qiara sedang berjalan di Paras Park, Melbourne pada waktu petang. Tiba-tiba dia terkenang Amirul.

“Q, aku nak pinjam buku kau kejap.” Amirul berkata yang berada di hadapan meja Qiara.

“Kau nak buat apa?”

“Aku nak salin jawapan yang kau dah buat tadi.”

“Suka hati dia je nak copy jawapan aku. Kau ingat kau siapa nak pinjam buku aku,” marah Qiara.

“Kau ni, kedekut betul la. Kalau kau tak nak bagi,aku…ambik bekas pensel kau.” Lalu Amirul ambil bekas pensel Qiara dan campak ke dalam tong sampah.

Tiba-tiba Qiara tersedar apabila ada seseorang memanggil namanya.

“Is that you, Qiara?” tanya seorang pemuda.

“Yes, I am. But how do you know my name?” Qiara tanya dengan perasan pelik.

“Awak tak ingat saya ke? Amirul Rifqi. Yang selalu cari pasal dengan awak,”terang lelaki itu sambil senyum manis.

Dia cakap bahasa melayu dan nama dia Amirul Rifqi. Mata Qiara bulat memandang Amirul.Amirul tersenyum apabila lihat wajah Qiara.

‘Dah lama tak jumpa kau, Q. Makin cantik kau ye. Rindu betul aku dengan kau’ kata hatinya.

“Owh, Amirul. Saya ingat awak.” Dah hilang perkataan ‘kau’ dan ‘aku’.

“Ingatkan dah lupa. Yelah, kan saya selalu cari pasal dengan awak.”

“Tak ada lah. Tapi awak buat apa kat sini?”

“Saya sambung belajar,” terangnya.

“Owh, sama la saya.”

“Jom kita duduk kat sana.” Amirul tunjuk sebuah kerusi panjang yang berada di taman itu.

Qiara mengangguk kepala dan duduk di kerusi panjang itu.

“Dah lama kita tak jumpa kan? Rasanya dah 5 tahun kut. Qiara apa khabar?”

Amirul memulakan dengan bertanya khabar.

“A’ah. Saya khabar baik. Awak?”

“Sama la. Sekarang awak dah berapa tahun kat sini?”

“Dua bulan lagi saya dah nak balik Malaysia.”

“Owh, dah tak lama lagi la ni. Tapi saya lagi enam bulan baru balik Malaysia.”

“Owh…” Belum sempat Qiara habis cakap, seorang gadis memanggilnya.

“Q, whom he?”

“Oh, he is my former classmate in Malaysia. His name is Amirul Rifqi. Amirul, this is my friend at university, Wendy.” Qiara memperkenalkan kawannya kepada Amirul.

“Amirul.” Dia menundukkan kepalanya tanda hormat.

“Wendy.” Dia pun begitu, Qiara banyak bercakap tentang pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim.

“Amirul, I have to go. See you later,” Qiara meminta diri.

“Q, may I have your phone number?”

“Sure. This my number.” Lalu mereka bertukar nombor dan Qiara berlalu pergi.

Amirul hanya memandang Qiara dan Wendy dari jauh. Amirul hanya senyum dan dia berlalu pergi dari taman itu. Hari ini adalah hari yang akan Amirul ingat setelah beberapa tahun dia tak bertemu dengan Qiara.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience