BAB 22

Romance Completed 21830

“Kenapa awak halau dengan pisau? Kan tajam tu, bahaya,” Qila duduk atas kerusi sambil merenung lantai rumah.
“Saya tak perasan, saya ingat saya tengah pegang kertas,” Qila terus menangis. Aku usap kepalanya, aku tahu dia tak berniat, aku tak mahu dia tertekan.

“Takpe, sikit je. Suami awak ni kan CEO, setakat kena macam ni tak effect apa-apa lah,” aku terus menepuk-nepuk perlahan bahunya. Sebelum ni pernah jadi jugak, dulu dia tolak sorang laki ni sampai jatuh dari basikal masa kitorang tengah jogging sebab dia ingat lelaki tu nak langgar aku. aku tahu dia takde maksud lain, cuma dia nak jaga aku je, tapi cara dia protect aku macam melampau.
“Awak nak pergi mana?,” pagi-pagi lagi Qila dah tunggu aku dekat pintu.

“Macam biasa la pergi kerja. Kenapa?,” aku kerutkan dahi, selalu kalau aku pergi kerja tak pernah pulak dia tanya.

“Tak payah lah pergi kerja, nanti apa-apa jadi dekat awak saya takut,” Qila terus peluk tangan aku.

“Tak payah risau. Saya okay je, selama ni hari-hari saya pergi kerja selamat je,” aku pegang bahunya.

“Tak. Saya takut,” Qila pamerkan muka risau.
“Kalau macam tu, awak ikut je la, cepat siap,” Qila terus senyum dan berlari untuk bersiap. Sampai saja di The Hierarchy, Mikail sambut aku dan Qila.

“Aku tahulah korang suami isteri, tak payah lah nak berkepit macam ni sekali,” Mikail sindir lepas lihat Qila dari tadi peluk lengan aku.

“Biasalah Qila,” aku terus berjalan. Qila tak henti-henti pandang sekeliling, aku rasa macam dia ni body guard aku.

“Qila, boleh buatkan saya kopi,” memandangkan Qila dah ada dekat office aku ni, apa kata aku manfaatkan kehadiran dia. Qila terus buat kopi untuk aku, tak lama kemudian dia datang dengan kopi. Aroma kopi yang memukau membuatkan laju saja tangan aku hantarkan secawan kopi itu ke mulut tanpa fikirkan tahap kepanasan kopi itu.

“Auchh.. panas,” aku terus letak kopi di atas meja. Qila terus mencampakkan cawan yang berisi kopi itu ke lantai, habis pecah.

“Awak okay?,” aku tanya Qila. Aku terkejut lihat reaksi refleks dia.

“Saya okay je. Awak okay tak?,” Qila tanya aku kembali tanpa rasa hairan dengan tindakan dia sendiri. Sepanjang Qila dalam office aku, kerja dia cuma tengok aku saja. Tak lama kemudian dia terlena sambil terduduk. Aku duduk di sebelahnya, aku tahu ada yang tak kena sejak kebelakangan ni, tapi apa? kenapa Qila begitu protective untuk aku.Mungkin dia rasa tertekan? Habis saja kerja aku dan Qila pulang ke rumah, sebelum Qila masuk ke biliknya aku tarik tangan Qila dan pegang bahunya. Aku pasti, dia mesti gembira dengan berita yang bakal dia dengar dari mulut aku ni.
“Kita pergi bercuti nak?,” aku tundukkan kepalaku sedikit.
“Nak!,” Qila terus senyum gembira.

“Nak pergi mana?,” aku cuit hidungnya.

“Tak kesah. Janji awak ada dengan saya,” Qila senyum pandang aku.
“Kita pergi Cameron jom!,” kalau ikutkan hati boleh je aku bawak Qila pergi luar negara, tapi aku dah tetapkan tempat jauh-jauh macam tu cuma untuk honeymoon je, aku tak bersedia lagi nak bawak Qila honeymoon, aku pun masih dalam dilema sama ada nak serius dengan dia atau sebaliknya.

Pagi lepas solat subuh kami terus bergerak ke Cameron, sampai saja di sana aku check in apartment tapi banyak bilik, aku bilik lain Qila bilik lain sebab ni bukan honeymoon sampai nak satu bilik. Kami terus ke ladang teh, aku ajak Qila turun tapi dia gayat, akhirnya dia akur juga lepas aku kata yang aku tak kesah, aku tetap akan pergi.

“See. Cantikkan,” aku pegang tangan Qila. Dia pegang kuat tangan aku. Dapat dilihat seluruh kawasan ladang teh itu.

“Cantik,” Qila senyum. Tak lama kemudian, Qila tolak aku jatuh, mujur kawasan yang kami jejak tak tinggi sangat dari tanah, cuma luka sikit. Aku bangun dan mendapatkan Qila yang terkejut, tak lama kemudian dia menangis.

“Kenapa?,” aku soalnya lembut, aku tahu dia tak maksudkan.

“Saya nampak ada kumbang terbang dekat bahu awak, saya takut dia apa-apakan awak, saya tak nak awak mati,” Qila mengigil ketakutan. Aku terus peluk dia.

“Kumbang je Qila, takde apa-apa. Dah, jangan nangis,” aku tepuk perlahan bahunya berulang kali supaya dia tenang. Aku rasa Qila dah makin lain, dia macam terlampau takut apa-apa jadi dengan aku. Pulang saja ke apartment, Qila terus masuk ke biliknya, aku mengekori Qila. Jam menunjukkan pukul 10 malam, punya sakan kami berjalan.

“Ceritalah apa yang buat awak risau sangat?,” aku pegang tangan Qila.
“Takde apa, saya cuma takut awak tinggalkan saya,” Qila pandang aku dengan mata sayu. Matanya bengkak sedikit, aku tahu dia tak tidur sangat semalam.

“Awak tak tidur ke semalam?,” aku soalnya. Qila hanya menggeleng perlahan.
“Kenapa tak tidur?,” aku usap kepalanya perlahan.
“Saya jaga awak,” jawab Qila tenang.

“Kenapa nak jaga. Takde apa yang bahaya,” aku pandang wajahnya yang makin lesu itu.
“Entah, saya takut awak pergi,” air mata Qila mula bergenang, kemudian mengalir deras, aku lapkan air matanya. Aku sendiri pun tak tahu apa yang jadi dengan Qila sekarang, yang penting esok , sampai saja ke KL aku akan bawa dia terus jumpa dengan doktor.

“Hari ni awak tidur, saya jaga awak. Saya duduk dekat sini,” Qila terus baring, aku duduk di sebelahnya.

“Tangan,” aku terus hulurkan tangan aku pada Qila, kemudian dia pegang tangan aku dan terus lena di buai mimpi. Aku tepuk perlahan bahunya seakan mendodoi anak kecil, air mata aku bergenang, semuanya salah aku. Kalau aku tak buat rancangan kotor macam tu mungkin Qila sekarang masih lagi normal dan hidup bekerjaya.

“Awak, bangun. Dah pagi ni,” Qila gerak aku, aku bangun dan senyum padanya. Kata nak jaga, padahal aku pun tidur sekali. Setelah siap berkemas, kami terus menuju ke ladang lavender, Qila begitu gembira sekali, mungkin baru pertama kali dia pergi Cameron, kalau aku tak terkira berapa kali aku dah pergi sebab masa kecik dulu Cameron ni dah macam R&R bagi aku. Selesai saja melawat segala jenis lavender itu, kami berjalan menuju ke kereta, aku pimpin tangan Qila untuk melintas, tiba-tiba ada lori yang hon kami dari belakang minta kami untuk ke tepi sedikit supaya bagi laluan untuk mereka, entah kenapa Qila lepaskan genggamannya dan tolak aku ke jalan, tubuhku di rempuh kereta. Aku tak mampu bergerak, apa yang aku nampak cuma Qila yang meraung meminta maaf berulang kali, aku tahu dia tak maksudkan pasti dia nak selamatkan aku dari lori tadi. Apa yang aku ingat cuma tangan halus Qila memegang tangan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience