BAB 4

Romance Completed 21830

“So apa cerita? Nak kebumikan dekat mana?,” Mikail masih lagi melihat berita semasa. Dia tak tahu agaknya si Qila tu hidup lagi.

“Kebumi mende? Dia hidup lagi,” aku terus pamerkan wajah cemasku, kali ni memang betul-betul, tak berlakon.

“Serious? Kau biar betul. Lari plan kot! Aduhh!,” Mikail terus menepuk kuat kepalanya, dan terus terduduk. Dia pulak lebih cemas dari aku.

“Nanti-nanti la kita fikir apa nak buat, sekarang ni jom teman aku jenguk dia. Dia dah sedar, dan aku tak pasti apa benda jadi dekat dia, doktor kata dia sekarang ni terperangkap dalam masa lampau dia, which is when she is 20 years old,” aku terus berjalan menuju wad vvip Qila, sambil Mikail mengekori aku. Aku terus melangkah yakin masuk ke dalam wad Qila.

“Buruk merak! Burung merak datang!,” Qila terus meninggikan suara selepas dia melihat aku.
“Buuuu Buuurung merak? Siapa?,” aku terus membulatkan mata aku, Qila pandang tepat ke arah aku.
“Awak la burung merak. Awaklah CEO yang handsome tu, tapi awak berlagak kan, dan awak ni jahat. Yang awak tahu duit je kan?,” dah kenapa dengan minah ni, tapi apa yang di cakapkan semuanya betul.

“Apa ni Qila, awak baru jumpa saya dua kali lepastu buat tuduhan melulu macam ni. Berani betul,” aku terus mengerutkan dahi tanda marah, geram saja aku tengok si Qila ni.

“Dua kali apa? banyak kali dah, awak lupa ke semalam kita jumpa. Saya nak masuk The Hiercharchy sebab saya nampak awak, tapi awak suruh pekerja awak halau saya. Lepas tu awak cakap “kalau nak masuk sini, at least kereta kena berkilat”. Berlagak!,”Semalam? Setahu aku, semalam sehari suntuk aku berehat dekat rumah, dah sah minah ni mental.

“Mikail, aku rasa dia ni mental,” aku bisik pada Mikail, Mikail pula buat reaksi seakan menidakkan apa yang aku cakapkan.

“Hmm aku tak rasa, sebab apa yang dia cakap betul kot. Tapi, benda ni dah lama jadi, around 2 or 3 years ago kot. Memang ada sorang perempuan ni, nak jumpa kau masa tu. Dia minat sangat dengan kau, tapi kau suruh security halau dia. Dia lah perempuan tu. Si Qila ni la. Dari situ la aku mula kenal dia untuk ambik dia jadi sebahagian dari plan kita ni,” Mikail jelaskan semuanya pada aku. berbanding aku dengan Mikail, memang daya ingatan dia lebih kuat dari aku. bagi aku benda yang tak mendatangkan duit lebih baik tak usah diingat.

“Maksudnya apa yang doktor tu cakap betullah. Aku rasa wayar otak dia dah cabut ni, tu yang mereng semacam,” aku terus menghampiri Qila, dia pandang aku sambil senyum-senyum.
“Qila, awak kenal saya tak?,” aku soalnya, aku nak kepastian.

“Mestilah, awak kan CEO The Hiercharchy, shopping mall awak paling terkenal. Awak seorang yang berkaliber, matang, maju ke depan dan paling penting arif dalam kemahiran mencari duit. Tapi, awak ni jugak, mata duitan, pura-pura,” part ni aku tak suka. Aku kena cut sebelum dia luahkan semuanya.

“Enough! Saya nak keluar kejap, rest well,” aku terus tarik Mikail keluar sambil di perhatikan Qila.
“So how? Nak upah orang bunuh dia ke? senang je,” Mikail dah bersedia dengan back up plan, sebab tu aku suka dia. Penuh dengan idea.

“But wait, aku rasa aku nak simpan dia dulu. Cuba kau bayangkan CEO muda jaga isteri dia yang mental disorder. Mesti orang kagum dengan aku. secara tak langsung duit pun masuk,” aku terus tersenyum lebar. Banyak juga kegunaan si Qila ni.

“Kau ni memang hebat lah, pasal duit laju je otak kau bergerak. Okay, nanti aku bagi tau media, isteri kau ada mental disorder, terperangkap dalam dunia lampau dia, dan kau dah pun bersedia untuk jaga dia sampai akhir hayat kau,” Mikail tambah lagi, dia memang arif kalau bab-bab nak mencantikkan lagi sesuatu.

“Akhir hayat tu tak payah lah, kau ingat aku nak jaga di betul-betul ke apa. Setahun dua, cukup lah. Lebih pulak kau ni. Dah, aku nak uruskan hal discharge si Qila ni. Sediakan satu bilik khas untuk dia kat rumah aku. Make sure, jauh dari aku. Aku tak nak dekat dengan dia, aku pulak yang gila,” aku terus beredar dan Mikail menunjukkan simbol okay pada aku. Makin lama, aku dapat rasakan nasib banyak menyebelahi aku sejak si Qila ni hadir dalam hidup aku. Bagus!
“Mana Qila?,” soal Mikail setelah dia hanya melihat aku berjalan seorang keluar dari hospital. Dia menyandar pada kereta BMW warna hitam milik syarikat.

“Doktor tak bagi discharged. Nak buat pemeriksaan lanjut, aduh.. banyak betul prosedur, kalau dia mati tadi dah betul dah, tinggal nak timbus je. Takpe la, aku nak balik ni, dengan baju melayunya dari pagi ke malam, rimas gila,” aku terus menarik pintu kereta kasar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience