BAB 18

Romance Completed 21830

“Jom makan sekali,” Qila terus memeluk lengan aku.

“Ish. Rimas la, lepaskan. Nanti Mama tengok naik meluat dia tau,” aku terus tolak tangan Qila, budak ni bagi betis nak peha.

“Mama yang suruh buat, saya ikut je,” Qila terus jalan meninggalkan aku.
“Wait. Semalam korang berdua cerita pasal apa eh?,” aku tarik lengan Qila.
“Adalah. Rahsia,” Qila tarik tangannya kembali.

“No. Tell me. Mama mesti share something yang tak patut di kongsikan. Kan?,” belumpun sempat Qila turun anak tangga aku tarik nya naik kembali.

“Mama kata kalau bagitahu awak takkan menjadi,” Qila rentap tangannya kuat, dia terus laju menuruni anak tangga.

“Qila, tell me cepat,” aku terus menarik rambut Qila.
“Aduh.. aduh sakitlah,” Qila pukul tangan aku, berani jugak dia pukul aku.

“Woii.. dah..dah la tu nak berguraunya pun. Jangan kacau Qila lagi Khai. Orang dah kata rahsia, rahsia lah sebuk nak tahu kenapa. Dah jom pergi makan,” Qila terus menuju ke dapur tanpa memalingkan mukanya pada aku, dia dah makin berani sekarang. Aku cuma biarkan saja dia dan rahsianya, malas nak ambil tahu kalau nak cerita, cerita kalau tak mahu biarkan saja. Lepas makan, aku dan Qila minta diri untuk pulang, memandangkan hari dah hampir maghrib Qila tiba-tiba saja minta aku untuk jadikan imam solat maghrib, mulanya aku tolak, tapi memandangkan Papa pun ada, aku terpaksa juga jadi imam, bukannya aku tak pandai cuma aku dah lama tak amalkan selalu, kalau aku rajin aku solat, kalau aku rasa macam sibuk aku tak solat. Habis saja solat berjemaah, Qila minta aku tunggu sebentar, kemudian dia bawakan al-Quran untuk aku baca. Mungkin dia mahu duga sama ada aku reti mengaji atau tak. Aku turutkan saja permintaan Qila, selesai saja mengaji aku pandangnya.
“Dah puas hati?,” soalku sambil mengangkat keningku sedikit.

“Merdunya awak mengaji. Kenapa selama ni saya tak pernah nampak awak mengaji?,” aku memang pandai mengaji, bertarannum pun aku reti sejak sekolah lagi aku selalu saja masuk pertandingan mengaji tilawah al-Quran, tapi sejak aku kenal apa erti wang dan kepuasan bila ada wang sendiri aku jadi lupa tanggungjawab aku pada sang Pencipta.

“Memanglah, awak ingat saya tak pendai mengaji. Betulkan tajwid awak pun saya boleh,” aku senyum bangga, Qila pandang aku serius.

“Benda macam ni awak jangan riak, kita baca al-Quran kita kena ikhlaskan hati kita, tak kira la pandai mana awak baca tapi kalau ada sifat riak dalam hati awak, useless semuanya,” pandai pulak dia mengajar aku. Tapi betul jugak apa yang dia katakan, selama ni aku selalu bangga dengan diri aku sendiri sampai lupa kalau tanpa izin-Nya aku tak mampu dapat semua kemewahan ni.

“Yela. Dah cepat siap. Kita balik,” aku terus mengucup al-Quran dan meletakkannya di atas rak. Qila terus keluar bilik dan bersiap.

“Hati-hati balik tu,” ujar Mama sambil melambai kami, aku cuma mengangguk. Sampai saja di rumah, aku terus masuk dalam bilik, mungkin letih dari semalam masih lagi tak habis lagi, yang aku tahu sekarang katil dan bantal. Aku terus melemparkan badanku ke tilam, 5 minit berlalu aku masih lagi tak boleh lelapkan mata, seperti ada sesuatu yang hilang. Aku bangun dan duduk, oh ya aku lupa solat isya’. Kalau dah solat maghrib tadi takkan aku nak tinggalkan solat isya’ pulak. aku terus ambil wudu’ dan solat. Kalau Papa dan Mama tahu ni mesti senyum lebar dorang aku solat kemahuan aku sendiri bukan sebab paksa. Tapi, nak senyum lebar buat apa dah memang kewajipan aku pun. Selelsai solat aku terus pejamkan mata dan lena di ulit mimpi.

Pagi ni aku bangun awal lagi, seperti biasa aku akan turun bawah dan tengok Qila, dia tengah solat. Aku pun turut solat subuh. Aku rasa Qila bukan saja bawak keuntungan The Hierarchy tapi bawak perubahan dekat aku jugak. Eh, dah kenapa dengan aku ni. asyik Qila je aku fikir. Tak boleh! Tak boleh! She is not more than work. Betulkan otak kau tu Khaizal. Aku terus hembus nafas panjang dan pergi ke bilik Qila.

“Qila, awak nak jogging tak harini?,” aku buat semua ni sebab nak tunjukkan pada society yang aku ni jenis yang sukakan gaya hidup yang sihat dan aku tolong isteri aku sihat balik.
“Jogging? Boleh je, pukul berapa?,” soal Qila balik.

“Kejap. Awak ingat tak antara kita ni, apa hubungan kita berdua?,” aku soalnya balik, aku nak pastikan dia ingat lagi ke tak aku ni suami dia. Bukan betul si Qila ni.
“Suami isteri. Kenapa?,” Qila berjalan menghampiri aku.

“Hmm, masuk pagi ni dah 3 hari awak ingat yang kita ni dah kahwin. Selalunya awak boleh bertahan selama sehari je. Mungkin otak awak dah makin stabil,” aku sentuh perlahan jari telunjuk aku pada kepalanya. Kemudian Qila pegang jari aku.

“Haip! No touching! Pantang betul bagi peluang,” aku tarik balik jari aku ke belakang, walaupun tak berapa nak betul, tapi part nak menggoda orang laju betul.

“Alaaa.. awak yang sentuh kepala saya,” Qila jeling aku perlahan.

“Sekarang umur awak berapa?,” kalau dia kata bukan 20 tahun, maksudnya dia dah kembali normal.
“20 la,” Qila terus tunjuk 2 jari.

“Mental!,”aku terus beredar dan ketawa kecil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience