BAB 17

Romance Completed 21830

“Khai, bila sampai? Masuk rumah bagilah salam dulu. Ish kamu ni,” Mama terus menepuk perlahan belakang aku, aku terkejut sedikit tapi tak sampai tahap melatah, kalau melatah habis runtuh image aku.

“Baru je Ma, Qila mana?,” soalku laju.

“Amboi, baru sehari Mama pinjam dah rindu ke? Dia ada kat bilik kamu, Mama yang suruh dia masuk, dari semalam kitorang bersembang, dia tak tidur-tidur lagi. dah tidur la tu agaknya,” Mama terus menuangkan jus oren untukku.

“Takde la Ma, ingatkan Mikail tak hantar dia balik semalam tu yang Khai cari tu, Mama pun satu kalau nak ajak Qila datang sini bagitau Khai dulu, takde la Khai risau. Mana tau hilang ke, dia tu dah la tak berapa nak betul,” aku terus meneguk air oren itu, rasa lega sekali tekak aku.

“Habis tu Khai kahwin tak bagitahu Mama ingat Mama tak risau, dah la tak bawak jumpa Mama pun, kalau harapkan Khai entah bila la Mama dapat jumpa menantu Mama tu. Khai, betul apa yang Papa cakap, dia jujur. Mama suka dia,” dah kenapa semua orang nak suka dia ni.
“Mama suka menantu gila?,” aku soal Mama balik.

“Gila pun manusia jugak. Lagipun dia bukannya kekal gila, biasalah tu kesan dari kemalangan, dah lama nanti dia okay la tu. Khai kena tolong dia,” Mama pegang perlahan bahu aku.

“Ala Ma, biar je la dia kekal macam tu, Khai bukan serius pun dengan dia,” aku berterus terang dengan Mama.

“Khai kategorikan dia sebagai kerja ke?,” Mama bulatkan matanya.
“Yup. Absolutely. Kenapa?,” aku angkat kening.

“Mama tak suka. Sampai bila Khai nak jadi macam ni? Sanggup mainkan perasaan orang demi kerja dan duit. Perkahwinan bukan boleh di buat main,” Mama kerutkan dahi, jarang nampak Mama marah.

“Perasaan apa nya Ma, Khai tak suka dia pun, dia sendiri pun tak faham perasaan dia. Jadinya tiada isu penganiayaan dekat sini,” aku lemparkan pandangan aku pada akuarium besar yang berisi ikan kelisa itu. ikan kelisa kesayangan Papa, aku tak tahu kenapa Papa suka sangat dengan ikan tu. Ikan je pun, takda apa yang istimewa.

“Mama tanya dia, dia kata dia sayangkan Khai. Tu bukan perasaan?,” Mama soal aku lagi, kali ni bernada sinis.

“Perasaan dia tu kita tak boleh ambil serius Ma, dia tu tak betul. Boleh jadi harini kata sayang esok pulak dia benci Khai,”susah nak bidas kata-kata Mama, kalau dia kata putih, putihlah.

“Pernah dia kata dia benci Khai?,” kali ni Mama bercekak pinggang, makin lama makin serius perbincangan kami ni.

“Tak pernah,” aku jawab ringkas, malas mahu sambung lagi, karang lagi teruk kena dengan Mama.

“See. I toldja, tak kiralah orang tu tak betul ke apa, benda perasaan ni bukan boleh di pandang enteng tau Khai. Dia isteri Khai, treat dia macam isteri, one day you lose her you will how important dia pada Khai. Mama nasihatkan je ni, terpulang pada Khai nak terima atau tak. Dah, pergi jenguk dia kat atas tu tadi beria cari dia. Mama nak masak, nanti kita makan sama-sama,” Mama terus menarik tangan aku membawa aku ke tangga, aku tak mahu lagi menjawab, keputusan dia tetap Mama akan menang, jadi aku terus menaiki anak tangga dan masuk ke dalam bilik.

“Tak tidur lagi?,” soalku setelah melangkah masuk ke dalam bilik, Qila baring termenung. Apa yang dia menungkan pun aku tak tahu.

“Tak. Duduk lah,” Qila terus duduk dan mempelawa aku duduk di sebelahnya, aku turutkan saja.
“Kenapa awak tak bagi nombor phone awak dekat saya?,” dah lama aku tahu jawapan dia, kenapa aku sorang je dia tak bagi nombor phone.

“Oh sebab awak ada dengan saya 24 jam, sebab tu saya rasa tak perlu. Tapi kalau awak nak, saya boleh bagi,” Qila senyum pandang aku. Aku rasa, kalau mood dia baik ni, maknanya dia masih lagi ingat aku ni suami dia.

“Tidur lah. Mama kata awak tak tidur dari semalam,” aku pandang sekeliling, dah lama aku tak jejak bilik aku ni lepas dah ada rumah sendiri.

“Tak boleh,” Qila menyandarkan kepalanya pada bahu aku. Dia memang suka buat aku terkejut.
“Kenapa?,” aku pandangnya serius.

“Saya takut orang tu datang balik,” Qila pandang aku dengan wajah sayu, matanya bengkak sedikit sebab tak tidur dari semalam.

“Dah la, saya ada dekat sini. Semua dah selesai, dia dah janji takkan kacau awak. Tidurlah,” Qila terus angkat kepalanya dan baring kembali, hampir 5 minit dah tapi dia masih tak lelapkan matanya, nampak resah saja.

“Awak nak apa lagi, saya kan dah ada dekat sini. Dia takkan kacau awak lagi,” aku pandangnya.

Kesian jugak aku tengok dia, lepas kejadian semalam dia nampak letih saja. Mungkin dia tak bagitahu Mama pasal kejadian semalam, sebab tu Mama rancak berborak dengan dia. Pandai jugak dia jaga hati orang.

“Saya nak tangan awak,” Qila hulurkan tangannya.

“Tangan. Ni?,” aku hulurkan tangan aku. Qila terus pegang tangan aku dan dia pejamkan mata. Tak sampai 5 minit dia terus lena di buai mimpi, mungkin dia rasa selamat bila pegang tangan aku. Aku lihat wajahnya, waktu tidur pun cantik, kalau dia waras memang sesuai dengan aku. Aku tepuk perlahan bahunya seakan mendodoi anak kecil, kemudian aku pula rasa mengantuk, dan akhirnya aku turut terlena di buai mimpi. Tak lama kemudian, aku terbangun sebab aku rasa macam ada sesuatu sedang memerhatikan aku.

“Awak dah kenapa tengok saya macam tu?,” aku soal Qila yang duduk sambil tenung aku.

“Saya tak sangka saya dapat kahwin dengan awak, dah la handsome. Tidur pun nampak kacak,” Qila senyum lagi. Dia baru sedar ke apa? aku ni memang la handsome, sebab tu ramai perempuan nak dekat aku.

“Awak memang tak nak lepaskan tangan saya ke apa?,” aku pandang tangan aku yang di pegang Qila.
“Sorry,” dia ketawa kecil.

“Dah tak takut dah?,” aku soalnya sambil menguap. Qila cepat-cepat tekup mulut aku.
“Tak. Menguap kena tutup mulut, nanti syaitan masuk,” dia tengah mengajar aku ke apa.
“Bagus. Saya nak turun, nak makan. Awak tak nak makan awak duduk la dekat sini sampai tahun depan,” aku terus bangun dan keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience