BAB 6

Romance Completed 21830

“Apa la awak ni, cakap macam tu depan isteri saya. Setiap suami sayang isteri dia. Suami yang tak bertanggungjawab je tinggalkan isteri dia. Oh, kalau ada masa singgahlah dekat The Hierarchy, kami sentiasa berikan segala keperluan yang pelanggan kami mahu,” aku senyum mesra, aku tahu lepas ni mesti dorang akan pergi punya.

“Serious saya jealous dengan Qila. Jangan risau Tuan, memang setiap kali saya dapat gaji saya memang pergi situ. Nanti saya ajak kawan-kawan saya shopping dekat sana hujung minggu ni ye Tuan,” nurse itu membalas senyuman aku, kalau aku still bujang ni mesti dah lama nurse ni mengayat aku. Tapi, maaf. Hanya model saja yang berjaya, itupun sebab dorang cantik.

“Oh I’ve got to go. Assalamualaikum,” aku terus memimpin tangan Qila, dari jauh aku dapat dengar mereka memuji-muji aku. Memang senang nak dapat pujian dari manusia. Aku senyum bangga.
“Tuan ni mental disorder ke? senyum sorang-sorang,” Qila memecah monolog dalaman aku.

“Excuse me. Cakap depan cermin ke apa? Oh ya, lepas ni kita terus balik rumah. Esok saya ada meeting pagi-pagi, malam ni saya nak rest. Don’t ask me to go anywhere else okay,” aku terus melepaskan pimpinan, selepas aku lihat tiada siapa pun di parking lot ini.

“Rumah? Kita dua?,” Qila terus undurkan badannya ke belakang sedikit. Dia ingat aku ada niat nak apa-apakan dia, sorry la kalau model tu pun aku pandang macam orang lalu lalang je apa lagilah dia yang mental disorder ni.

“Hmmm Ya la. Kita tinggal dua,” aku buka pintu kereta, malas aku mahu turutkan perangai tak siuman dia tu.

“Tapi kita tak kahwin. Haram duduk satu rumah,” dia dah buat balik dah. Aku kena stabilkan emosi aku, aku kena ingat yang dia still terperangkap dalam dunia 20 tahun dia tu.
“Kita dah kahwin. See, ini cincin kita. Ada banyak lagi bukti sampai rumah nanti saya tunjuk. Dah masuk dalam kereta cepat, saya tak suka jelaskan benda yang sama banyak kali. Awak ni bukan mental disorder je tapi nyanyuk pun ada, kompleks betul,” belumpun sempat aku habiskan ayat aku, dia terus memintas.

“Dah. Jangan serabutkan otak saya,” Qila terus masuk ke dalam kereta dan terus menutup mata. Aku tahan saja marah aku, berani dia pintas cakap aku. Qila langsung tak bangun sepanjang perjalanan, nak kata penat, aku rasa aku lagi penat. Bangun awal pagi lepastu uruskan semua kerja dekat office yang dia cuma baring, makan ubat dekat hospital tu. Pemalas!

“Kita dah sampai,” aku terus keluar dari kereta mini cooper bewarna hitam aku. kereta ni aku guna kalau jalan area dekat dekat je. Banyak lagi sebenarnya koleksi kereta aku. Qila bangun dan terus mengekori aku masuk ke dalam rumah, dari tadi matanya terkebil-kebil terkejut. Aku tahu dia terkejut beruk tengok semua kemewahan aku ni, siapa saja yang datang rumah aku pastinya reaksi mereka sebegini, kecuali Mikail, dia dari kecik memang selalu ada dengan aku, jadi tak hairanlah kalau dia tak terkejut langsung.

“Waaaaah, besarnya. Bukan ke rumah Tuan dalam pembinaan lagi? cepatnya siap?,” apa punya soalan ni? dah lebih dua tahun rumah ni siap, oh aku lupa. Dia masih terperangkap dalam dunia 20 tahun dia tu.

“Ada duit cepatlah siap,” malas dah aku nak jelaskan pada dia. Nanti dia bertambah pelik, jadi aku layankan saja apa yang dia cakapkan.

“Berlagak! Ada duit tu berjimat lah, cuba tengok ni lampu terang benderang dengan manik manik kecik, pakai je lampu pendaflour kan jimat. Ni karpet ni tak payah bulu-bulu, pakai je tikar mengkuang,” dia kutuk chandelier kesayangan aku dengan carpet import aku. kurang adab budak ni.

“Awak nak kesah apa Qila? Duit awak ke? duit saya kan, dah pergi masuk bilik. Jangan cari saya melainkan there is something important, saya nak rest,” aku terus menaiki anak tangga, aku lihat dia masih lagi terkebil-kebil.

“Bilik saya kat mana?,” aduh, berdengung telinga aku, dia ingat aku pekak ke apa?
“Kak Jah! Tunjukkan dia kat mana bilik dia,” tak lama kemudian Kak Jah datang sambil membawa penyapu. Aku pun taktahu dengan Kak Jah ni, tiap kali aku panggil tiap kali tu jugak dia dengan penyapu. 24 jam menyapu ke apa? semua orang dah mental disorder agaknya. Penatnya!.

“Tuan, saya nak kerja sebagai apa? orang gaji ke?,” langkah aku terhenti, suka betul dia hentikan langkah aku.

“Awak kan iste..,” oh tak pe la, karang kalau aku cakap dia isteri aku, makin banyak pulak dia soal aku. Biarlah dia nak fikir apa pun, fikirlah. Bukan penting pun.

“Sukati awaklah nak jadi apa,” aku terus naik, kali ni kalau dia panggil aku lagi aku malas nak layan.

“Terima kasih hehehe,” dia ketawa kecil. Aku terus masuk bilik, mandi dan akhirnya rebah di telan tilam empukku, pagi esok aku ada meeting untuk tengok segala perkembangan jualan paling kejap pun 2 jam. Kerja aku senang je, dengar semua yang dorang cakap, kalau ada yang tak kena aku tegur, tak banyak pun kerja aku sebenarnya. Yang penatnya, minda aku ni selalu kena berfikir untuk kaut keuntungan yang banyak. Tapi aku dah boleh rest sekarang, sebab Qila banyak datangkan keuntungan. Bagus budak tu, simpan lama sikit pun okay jugak.

“Tuan bangunnn… bangunnn.. dah pukul 6:30 pagi,” mimpi aku yang indah di mana aku berenang bersama emas habis ranap di telan suara bingit. Siapa pulak yang take in charge gerak aku ni? selama ni aku tak pernah benarkan orang gaji aku masuk bilik aku, semuanya aku kemas sendiri.
“Awak ni dah kenapa? Siapa benarkan awak masuk?,” aku tarik kuat lengan halus itu, kalau lagi kuat mau terseliuh agaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience