BAB 14

Romance Completed 21830

“Kenapa Qila?,” sejurus saja Qila lihat aku, dia terus keluar dari bawah meja dan terus memeluk aku ketakutan. Aku terkejut, dia betul-betul takut. Suka sangat buat babak romantik depan orang ramai Qila ni, takpe aku layankan je la.

“Dah.. dah jangan takut. Saya ada dekat sini, takde siapa boleh cederakan awak,” aku terus menepuk perlahan bahu Qila, terdengar bisikan memuji aku, aku senyum bangga. Bagus Qila!

“Dia nak pancung kepala saya,” Qila peluk aku kuat, dia nak aku mati kelemasan ke apa?
“Siapa? Takde siapa nak pancung awak. See, ramai orang ni takde siapa pun nak pancung awak,” aku terus mengusap kepala Qila perlahan.

“So rumour yang cakap dia ni responsible betul la, untungnya isteri dia. Tapi kesian dekat dia la, kena jaga isteri mental. Tengok tu,” kata salah sorang dari manusia yang tengah tonton babak romantik aku dengan Qila, yes! Bagus, teruskan puji aku lagi.

“Qila, jom kita balik. Awak tertekan ni, nanti saya suapkan awak makan ye, maafkan isteri saya, dia tak boleh stress nanti dia jadi macam ni la. Saya harap perkara yang terjadi pada hari janganlah buatkan tuan-tuan dan puan-puan semua tak mahu membeli belah di The Hierarchy. Saya minta maaf sangat-sangat,” aku terus tundukkan sedikit kepala aku, tanda rasa bersalah. Padahal langsung tak.

“Eh takde la, benda macam ni tak effect pun, lagi buat kami nak beli belah dekat The Hierarchy memandangkan peneraju utama Shopping Mall ni seorang yang bertanggungjawab dan sangat penyayang,” kata wanita yang memakai shade, usianya dalam 30-an begitu, wanita bekerjaya.

“Saya pergi dulu,” aku terus memimpin Qila yang masih lagi dalam ketakutan, aku tak dapat tahan dari terus senyum lepas dengar pujian wanita tadi, makin ramailah pelanggan setia aku. Tapi isu dia sekarang, lelaki tu siapa? Dan siapa pulak nak pancung Qila?

“Cerita semuanya,” aku memeluk tubuh selepas melihat lelaki yang berada depan mata aku, yang di tahan oleh security guard aku.

“Cerita apa?,” lelaki itu soal aku sambil pamerkan muka bengisnya. Dia ingat aku takut.
“Kenapa awak nak pancung kepala dia,” aku tunjuk Qila yang berada di luar, dia di tenangkan Mikail. Memandangkan cermin bilik security guard ni tinted, jadi Qila tak nampak lelaki ni di dalam.

“Oh dia ke? lu sebok kenapa?,” dia pandang aku.

“Yang aku sebokkan tu isteri aku. faham tak isteri aku. aku nak kau cerita A to Z. Now!,” aku balas pandangannya dengan muka bengis aku.

“Okay fine! Aku memang pernah ugut dia macam tu, tapi tu cerita 2 or 3 tahun lepas, apa masalahnya? Aku ugut pun sebab dia tak bayar hutang. Adat la pinjam hutang kat along tak bayar kasi potong, aku jalankan tugas aku je. Aku pun perlukan duit kot bro,” lelaki itu terus lemparkan pandangan pada Qila.

“Tak payah nak pandang dia,” aku ketuk meja di depan lelaki itu.

“Sorry bro. Tapi dia makin cantik pulak sekarang ni,” aku pandang Qila, dia tengah meneguk air. Memang cantik, tapi kenapa lelaki ni sebok pulak nak puji Qila.

“Memanglah, isteri siapa. By the way. Dia pinjam berapa?,” soalku serius.

“RM10,000, sebab dia dah lama tak bayar jadi RM15,000,” lelaki itu tunjukkan 10 jari pada aku, kemudian 5 jari.

“Okay aku bayar. Nanti aku suruh sekretari aku uruskan cek,” aku pandang Mikail, lelaki itu turut pandang ke luar.

“Tak payah bro, kan aku dah cakap benda dah lepas, semua hutang dah setel. Perempuan tu je gabra lebih,” oh aku lupa,benda dah lama jadi.

“Lepaskanlah aku. Nak tunggu apa lagi?,” dia terus berang apabila security guard menolaknya duduk kembali.

“Boleh. Tapi siapa yang bayar duit tu? Dia ke? and one more thing, kau jangan sesekali muncul depan dia,” jari aku tegak menunjuk ke arah Qila.

“Dia? Bukanlah, tak silap aku tunang dia yang bayarkan. Everthing duit bro. Berapa aku dapat kalau aku tak muncul depan dia,” lelaki itu terus senyum sinis. Manusia bila nampak peluang memang laju je. Takpe, aku suka orang macam ni.

“RM3000,” aku berdiri menyandar di meja.

“Bro, ingat kerja senang ke tak muncul depan dia. Macam pelarian tau tak,” dia pandang Qila lagi. Aku ubah kenyataan aku tadi, sekarang aku benci orang macam ni. Suka ambil kesempatan.
“Okay. RM5000? Deal?,” aku pandangnya serius.

“Kata CEO, setakat RM5000 macam RM5 je bagi kau. Buat amal jariah tu kena banyak sikit Bro,” memang la RM5000 tu macam RM 5 bagi aku. Tapi duit walau sikit mana pun tetap ada nilai, dan sikit-sikit lama-lama jadi bukit, aku tak boleh nak tunduk dengan lelaki ni, dia ingat dia siapa.

“Okay lah. Kau nak RM5000 ke atau aku upah orang untuk hilangkan kau terus dari dunia ni? Bagi aku yang tu lagi senang, dah memang confirm kau tak muncul lagi depan dia,” aku tarik collar bajunya, kalau ikutkan hati dah lama aku bagi buku lima aku dekat dia baru dia dapat rasa tumbukan atlet taekwando peringkat negeri ni.

“Okay fine. Aku terima deal RM5000 tu,” senang je nak deal dengan orang macam ni, dia gertak kita. Kita gertak dia balik.

“Dah. Kau boleh blah,” aku bagi isyarat pada security guard untuk lepaskan dia.
“Wait, tak boleh. Tunggu kejap,” aku terus berjalan keluar untuk berjumpa Mikail.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience