BAB 21

Romance Completed 21830

“Relaks la, saya tak cakap apa-apa pun,” aku tahan tangan Qila.
“Janji tak kahwin lain,” Qila terus pijak kuat kaki aku. Makin lama, makin aku rasa yang aku ni mangsa dera dah.

“Saaaaakit.. ye la, saya janji,” apa kau buat ni Khaizal, berjanji bagai. Kenapa dengan aku ni?. Tapi lepas lihat Qila senyum aku rasa semacam lega dalam hati aku.

“ Lepas ni dah tak payah nak tampal-tampal. Lepas ni kita tangkap gambar, nak selfie pon boleh. Lepas tu awak nak taruh kat mana awak taruhlah, penuh satu rumah pun takpe,” aku terus keluar dan menuruni anak tangga.

“Kita nak pergi mana?,” soal Qila.

“Balik lah, nak pergi mana lagi? Saya ada hal ni,” Qila mengekori aku menuju ke kereta. Hal aku sebenarnya aku nak berjumpa dengan doktor Qila, aku nak tanya dia, kenapa dengan Qila sekarang ni. sampai saja di rumah aku terus mandi dan bersiap untuk berjumpa dengan doktor, sebelum tu sisipkan rambutku kemas, kemudian aku serabutkan kembali bila aku teringat doktor yang rawat Qila ni cuba nak goda aku dulu. Gross! Aku terus turun bawah, dan menuju ke bilik Qila, entah kenapa kaki aku laju je nak tuju ke bilik tu. Aku lihat Qila sedang lena di buai mimpi, apa guna jogging kalau balik terus dodoikan diri. Aku masuk ke dalam bilik Qila, dia kelihatan letih sekali, aku tanggalkan stoking nya, tak menyempat betul Qila ni, kemudian aku sarungkan selimut padanya.
“Saya pergi dulu,” aku bisik ke telinganya. Kemudian, Qila terus mencium pipiku, dia ni memang suka buat sesuatu tanpa fikir dulu.

“Qila!,” aku tinggikan suara, aku betul-betul geram dengan budak ni, sukati je buat macam-macam dekat aku. Dia ingat aku ni apa, aku ni CEO tau. Tapi di sebabkan dia ni tak betul sikit, malas aku nak marah lebih-lebih karang terjun bangunan pulak. Aku terus keluar dari bilik Qila, kemudian aku menuju ke kereta, aku berdiri menyandar. Aku ni lelaki dan Qila tu perempuan, lelaki kalau macam mana pun ego, kalau dah kena goda dengan perempuan tewas jugak. Aku ingat kembali peristiwa tadi, aku senyum sedikit kemudian aku ketawa kecil, bukan sebab lawak tapi sebab aku malu. Wait! Aku tak boleh macam ni, aku tak boleh nak suka dengan apa yang dia buat tadi, totally melanggar prinsip kerja aku. she’s in work category, ingat sampai bila-bila tu Khaizal.

“Doktor, I really tak faham dengan Qila. You said earlier, yang dia tu terperangkap dalam dunia 20 tahun dia tu, but baru je kejap tadi dia ingat yang dia dah graduate, which means dia dah ingat balik apa yang terjadi sekarang, but bila I tanya dia balik umur dia berapa, she still said, she’s 20. Im totally clueless,” aku jelaskan segala pada doktor perempuan yang cuba nak goda aku dulu.

“Oh tu tandanya ada improvement la, the more you layankan perangai dia, lagi cepat dia back to normal. But as I mentioned ago, tak semestinya dia akan back to normal. So if that happens, don’t hesitate to gimme a call,” dia kenyit mata. Nampaknya dia masih letak harapan pada aku, tapi maaf isteri aku jauh lagi muda dan lagi cantik dari kau.

“So maksudnya takde yang membahayakan?,” aku soal lagi.

“Nope. Tapi, jangan bagi dia pressure. If dia ingat balik apa-apa yang terjadi sekarang jangan ingatkan balik masa lampau dia, macam you tanya umur dia balik ke. Takut nanti dia pening fikirkan apa yang jadi. Orang macam dia tak boleh tertekan, macam-macam dia boleh buat. Tapi Qila ni, I rasa tak kritikal sangat sampai kena dapatkan rawatan sebab dia masih lagi tak bertindak yang bukan-bukan, cuma kalau dia buat perangai tu you layankan je la, dia perlukan perhatian,” doktor itu pandang tepat ke anak mata aku sambil senyum nakal. Aku rasa nak cepat-cepat je keluar dari sini kalau bukan sebab Qila, dah lama aku tak jejak kaki nak jumpa dia.

“Thanks doc, i’ve got to go. Have a nice day,” aku senyum sedikit, dan cepat-cepat beredar. Maksudnya aku kena layan Qila macam budak kecik, kena manjakan dia la ni. Tapi okay jugak, selama ni aku layan dia nak tak nak je, eh aku ni dah kenapa? Biar je la dia nak gila ke apa, dia sembuh pun tak datangkan keuntungan untuk aku. Aku terus geleng-gelengkan kepala aku, makin tak waras aku rasa.

Sebulan berlalu lepas aku jumpa doktor, Qila masih seperti dulu cuma dia lebih rapat dengan aku berbanding dulu. Lepas je jumpa doktor aku terus layan dia elok-elok, Mikail selalu ejek aku kata aku jilat balik apa yang aku ludah, tapi lantaklah dah nama pun isteri aku, aku cuma terjatuh cinta sikit je dengan dia, siapa je tak jatuh cinta dengan perempuan secantik tu, tapi aku takde la sayangkan dia macam dia sayang aku, Qila memang betul-betul sayangkan aku. Tapi, walaupun aku dah tersayangkan dia sikit tak bermakna aku pernah sentuh dia atau apa. Aku waras lagi nak ada anak dari orang gila, anak aku mestilah dari wanita yang waras. Pagi ni aku bangun awal untuk siapkan sarapan, semalam aku dah janji nak masakkan untuk Qila.

“Awak,” Qila terus peluk aku dari belakang. Perangai dia masih lagi tak berubah, sebab dah biasa aku biarkan je la.

“Dah, pergi duduk,” Qila terus melepaskan pelukannya dan duduk di meja.
“Lambat lagi ke?,”Qila letakkan kepalanya di atas meja makan.

“Dah siap dah. Nah, nasi goreng cheese,” aku terus hidangkan di atas meja. Qila terus makan, berselera sekali. Aku sebenarnya memang pandai masak, cuma dah ada orang gaji takkan nak masak sendiri pulak, sia-sia je aku laburkan duit bayar gaji.

“Takpe, saya basuhkan,” aku tahan Qila dari bangun, makin lama dah macam puteri raja aku layan si Qila ni, tapi takpe aku suka. Aku terpaksa mengaku.

“Qila, awak tak nampak ke saya tengah basuh pinggan ni? Macam mana saya nak basuh kalau awak asyik peluk tangan saya,” dah lama aku perhatikan perangai Qila, makin lama makin dia tak boleh nak berenggang dengan aku. Qila lepaskan pelukannya sambil pamerkan muka masam mencukanya, tak sampai hati pulak aku, tapi aku bukan jenis yang suka manjakan perempuan. Dah memang perangai aku jenis yang ego dan tegas.

“Qila! Apa awak buat ni?,” aku terus ambil plaster luka lepas Qila hiris jari aku dengan pisau, selamat tak dalam luka dia, jadi takde la sakit sangat.

“Saya minta maaf, saya nampak ada lalat hinggap dekat jari awak. Saya nak halau je,” air mata Qila mula bergenang, aku tahu dia betul-betul tak maksudkannya. Tapi kalau nak halau pun kenapa kena pisau.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience