BAB 23

Romance Completed 21830

“Aduh..,” aku mengerang kesakitan, aku buka mata ak
u sedikit, cahaya yang masuk betul-betul buat aku tak mahu buka mata tapi aku terpaksa buka juga.

“Alhamdullilah, Khai dah sedar,” ujar Mama. Yang aku lihat cuma Mama, Papa dan Mikail. Mana Qila?
“Ma, dah berapa hari Khai ada dekat hospital?,” soalku.

“Dah 3 hari Khai tak bangun, hari ni baru Khai sedar,” Mama terus mencium dahi aku. aku lihat badan aku, tiada apa yang patah cuma lengan aku je berbalut mungkin retak sikit, sebab aku masih lagi boleh gerakkan tangan aku sedikit.

“Mana Qila?,” aku soal lagi. Mama cuma terdiam.
“Mana Qila Ma? Pa? Mikail?,” aku soal satu persatu.
“Qila dah pergi Khai,” akhirnya Mama jawab.
“Pergi mana?,” soalku cemas.

“Mama tak tahu, itu keputusan dia sendiri,” Mama lemparkan pandangan pada Papa.
“Bila dia pergi?,” soalku lemah.

“Dua hari lepas, dia kata dia nak rawat diri dia. Ni mesej yang dia bagi dekat kau,” Mikail terus menghulurkan handphone aku pada aku.

“Saya minta maaf, saya perlu pergi bukan perlu tapi memang patut pergi. Saya tak sanggup nak lukakan awak lagi. Saya sendiri tak dapat kawal tindakan saya, saya cuma tak nak awak di apa-apakan, saya takut kehilangan awak, tapi tindakan saya tak gambarkan apa yang saya cuba nak buat sebenarnya, saya pun tak tahu kenapa saya jadi macam ni. Mikail dah ceritakan segalanya pada saya pasal rancangan awak dan termasuk pasal diri saya, yang sebenarnya saya ni ada masalah mental.

Saya tak bencikan awak, yang lepas biarkan lepas, saya sayang awak dari dulu sampai sekarang walau awak jahat macam mana sekali pun sebab saya memang tahu perangai awak. Tapi awak banyak berubah, banyak sebenarnya yang saya tak tahu pasal awak. Maaf, selama ni awak kena jaga saya macam budak kecik. Maaf, banyak susahkan awak, Maaf, sebab tak mampu jadi isteri yang sempurna pada awak. Awak boleh ingkar janji awak, saya relakan awak kahwin lain atau mungkin kalau nak ceraikan saya, saya rela. Siapa kat dunia ni nak kahwin dengan orang gila macam saya, saya je yang tak sedar diri. Saya akan kembali jadi isteri yang sebenar untuk awak kalau saya dah kembali normal, tapi kalau saya masih sama, saya pergi buat selama-lamanya. Terima kasih Tuan :’)”

Air mata aku menitis tatkala baca mesej dari Qila. Aku cuba call nombor itu banyak kali tapi tiada lagi dalam perkhidmatan. Aku kena terima kenyataan Qila dah pergi, mungkin akan kembali atau mungkin takkan kembali. Aku takkan cari dia, aku hormat keputusan dia tapi yang pasti aku akan tetap tunggu dia.

“Khai, cantik gila anak Tan Sri Syafie. Kau tak nak test ke?,” dalam buat lawatan dekat The Hierarchy ni menyempat dia nak carikan aku jodoh. Kini, dah hampir 4 tahun Qila pergi. Walaupun dia takde tapi aku sentiasa rasa dia selalu ada dengan aku.

“Aku ni suami orang,” aku balas ringkas.

“4 tahun dah Khai, kau masih tunggu dia?,” soal Mikail.

“Sampai mati pun aku sanggup tunggu,” aku senyum tunduk pada peniaga-peniaga di shopping mall aku. Tak lama kemudian, aku lihat orang berkerumun di depan pintu utama shopping Mall aku. aku turun menaiki lif, kemudian security guard bergegas mendapatkan aku.

“Tuan, ada perempuan menjerit-jerit nak jumpa Tuan,” ujar salah seorang security guard berbadan tegap itu.

“Halau je, melainkan dia pakai kereta berkilat-kilat baru bagi dia masuk,” Mikail terus memberi arahan.

“Wait! Kau dah kenapa? Aku CEO ke kau yang CEO?,” aku pandang Mikail serius.

“Laaa kau kan selalu cakap macam ni, ingat tak masa kau halau Qila dulu, macam ni jugak kau cakap,” aku terus bulatkan mata aku, ya aku pernah cakap begini pada Qila. Aku terus berjalan menghampiri wanita itu, dia tunduk terduduk.

“Saya takde kereta berkilat-kilat tapi saya dah ada otak yang normal, boleh tak saya masuk?,” wanita itu terus mengangkat kepalanya. Ya Allah, rupanya Qila. Aku terus pegang bahunya dan bawanya berdiri.

“4 tahun saya tunggu. Im speechless,” air mata aku terus mengalir, dah lama aku keseorangan, dah lama aku tunggu masa bila mana aku boleh ceriakan balik rumah aku masa Qila ada waktu dulu.
“4 tahun jugak saya kena bersabar dan kuat untuk pulihkan diri saya balik supaya saya dapat balik pada awak, I miss your hand,” Qila terus pegang tangan aku.

“Not only hand, tapi semuanya awak patut rindu,” aku terus peluk Qila, kemudian aku cium dahinya.
“Woi dah la, ramai orang ni,” Mikail suka betul potong babak romantik aku ni.

“Biarlah, dah lama dorang berpisah bagilah chance,” kata salah seorang pelanggan shopping mall aku. Qila tersenyum, aku peluk Qila lagi. Hanya Tuhan je tahu betapa gembiranya aku hari ni.

“Awak, lama lagi ke?,” tak sampai seminit pun lagi, dia asyik ulang benda yang sama, makin tak reti bersabar Qila ni.

“Sabarlah sayang, awak ingat senang ke nak buat nasi goreng cheese ni, perlukan kepakaran dan kemahiran yang tinggi tau,” aku terus memotong cili padi, Qila suka makan pedas, jadinya cili padi ramuan yang paling utama kalau takde mau dia mengamuk.

“Memanglah susah, tapi bukan saya yang lapar. Dalam perut ni ha lapar,” Qila terus memeluk tangan aku, sambil mengusap-ngusap perutnya yang sudahpun berusia 8 bulan itu.

“Anak Papa lapar ye. Nanti Papa masak yang paling sedap,” aku terus meletakkan telinga aku di perut Qila.

“Cepat sikit,” arah Qila sambil ketawa kecil.

“Oh pandai ye, dia yang lapar kata baby yang lapar,” aku terus mencuit hidung Qila. Aku pandangnya sambil mengusap kepalanya. Tak sangka, dalam ego yang tinggi pada diri Khaizal Firmie ni akhirnya di jinakkan oleh wanita yang ada masalah mental. Jodoh tu rahsia Allah, walau tolak sekalipun kalau dah memang dia jodoh kita tetap kita takkan dapat lari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience