BAB 19

Romance Completed 21830

“Haaa. Cepat siap, saya tak suka nak jogging bila matahari ada, tak best,” aku tinggikan suara aku, dan segera naik anak tangga. Selesai saja memakai satu set pakaian sukan Adidas, aku terus lihat cermin. Memang dah jadi tabiat, kalau nak keluar aku mesti puji diri aku depan cemin dulu. Kemudian aku turun, dan lihat Qila sudahpun berada di luar pintu.

“Awak ni bersiap macam tuan puteri la, dah 10 minit saya tunggu,” Qila duduk merungut di teratak luar rumah.

“Saya ni CEO. Keluar rumah je saya kena jaga image. Faham? Dah jom,” aku terus tekan punat kereta mini cooper ku.

“Eh bukan jogging dekat sini-sini je ke?,” Qila yang sudahpun bersedia keluar ke pintu pagar masuk kembali.

“Tak. Kita jogging dekat tempat jogging la. Ramai orang baru best,” aku terus masuk ke dalam kereta.

“Alaaa, sini pun boleh jogging,” Qila merungut lagi, bukan setakat dah pandai pukul aku tapi merungut pun dah pandai.

“Eh cuba jangan banyak songeh. Ikut je la,” baru aku perasan, lepas je aku warning dia tak payah panggil Tuan masa nak bawak dia jumpa pekerja, lepastu dia langsung tak panggil aku Tuan lagi.
Tapi, takpe la. Lagi pun kalau orang luar dengar dia panggil aku Tuan, mesti orang syak ada sesuatu yang tak kena. Selepas 10 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke taman rekreasi, memang sangat bagus memandangkan hari ni hari minggu, ramai manusia yang berjogging dekat sini.

Jadi hari ni aku kena berlakon ekstra sikit. Aku terus warm up, tapi Qila terus berjalan kemudian dia terus jogging, musnah rancangan aku. Takkan aku nak jogging sorang-sorang, tapi lantak dial ah, dia yang jogging dulu. Biarkan je la dia. Aku teruskan jogging sampai satu pusingan tapi bayang Qila aku langsung tak nampak, tak lama kemudian, aku nampak ada seorang perempuan berambut pendek,mungkin masih bersekolah lagi, dia duduk sambil mengurut kakinya. Aku hampirinya.
“Awak okay?,” aku tundukkan badanku sedikit.

“Kaki saya terseliuh, tak boleh nak bangun,” gadis itu terus pamerkan reaksi sakit, memandangkan tiada orang lalu lalang di sini dan cuma ada aku, jadi terpaksa aku tolong budak ni.

“Biar saya tengok dulu kaki awak,” aku terus pegang kakinya, memang betul buku lalinya kemerah-merahan.

“Takpe ke saya angkat awak?,” aku soalnya. Kemudian dia angguk perlahan, belumpun sempat aku mengangkat budak itu, tiba-tiba ada sesuatu menolak aku kuat dari tepi. Aku terjatuh.

“It’s okay. Saya boleh angkatkan awak,” Qila terus memapah budak perempuan itu, aku cuma ekori mereka saja. Rupanya budak perempuan itu datang dengan kawan-kawannya, jadi tak perlulah kami nak bawa dia ke klinik.

“Awak ni memang miang! Saya jogging kejap je senang-senang je nak usik anak dara orang,” Qila terus beredar sambil mengelap peluh di dahinya.

“What? Miang? Saya cuma nak tolong dia je?,” aku terus berdiri betul-betul depan Qila. Suka hati je nak labelkan aku miang.

“Boleh je awak suruh orang lain angkatkan. Yang sibuk nak angkatkan tu kenapa?,” Qila kerutkan dahinya, dia langsung tak pandang muka aku.

“Saya tengok dia tragik sangat, tu yang saya tolong dia tu,” kenapa sekarang ni aku beria nak jelaskan, lantak dia la nak fikir apa pun. Kau dah kenapa ni Khaizal?

“Salah saya sebab terlalu sayangkan awak sampai awak berani buat apa je walaupun benda tu menyakitkan hati saya, salah saya jugak berharap awak akan sayangkan saya balik” air mata Qila bergenang, dia terus berlalu. The best part is, ramai pulak yang tengok aku dengan Qila. A big NO! Aku kena betulkan balik salah faham Qila ni, karang ramai pulak kutuk aku mainkan perasaan isteri sendiri. Aku terus tarik tangan Qila.

“Apa yang awak cakap ni? Saya memang sayangkan awak. Believe me, no one can replace you. Dah la tak mau la merajuk,” aku terus lap air mata Qila, dia cuma tunduk memandang tanah.

“Dah.. dah malulah, dah besar nak nangis.. nangis,” aku terus mengusap kepala Qila, orang ramai yang lihat aku dan Qila ada yang senyum-senyum tak kurang jugak ada yang berharap mereka di tempat Qila. Tapi entah kenapa aku rasa, tindakan aku ni bukan sebab nak jaga imej semata-mata tapi ada sebab lain, aku sendiri pun tak tahu. Aku terus bawa Qila masuk ke dalam kereta mukanya masam mencuka saja. Sepanjang perjalanan dia hanya diam membisu saja.

“Dah.. dah la tu nak merajuknya. Bosan la, baik saya bawak ranting kayu je dalam kereta ni,” aku pecahkan kesunyian, Qila pandang aku kemudian dia buka cermin kereta dan menjerit.
“Awak nak tahu tak, betapa sukanya saya pada awak? Awak tahu tak? Tahu tak?,” Qila kecilkan matanya sedikit sambil pandang aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience