BAB 12

Romance Completed 21830

“Dah. Dah tak payah ingat lagi. Kalau sedih sangat, tido dekat sini,” aku terus menepuk-nepuk bahu aku. Qila terus meletakkan kepalanya di bahu aku, entah kenapa aku pelawa dia pun aku tak tahu.

Kami terus pulang ke rumah, sampai saja rumah, aku terus tidur. Aku kalau balik rumah, kerja aku tidur saja. Rumah tu aku buat sebagai tempat tidur je, sebab selalunya aku akan habiskan masa dekat The hierarchy, aku tak kesah orang nak cakap apa, aku sayang The Hierarchy macam aku sayang diri aku sendiri. Kalau runtuh The Hierarchy, aku pun turut sama runtuh.

Pagi ni aku terbangun awal sekali. Jam menunjukkan pukul 6 :15 pagi. Tak pernah-pernah aku bangun seawal ini, selalunya aku bangun pukul 8 pagi, tak pun 7:30, bukan untuk solat tapi untuk sarapan.

Aku jarang solat sejak dah meningkat dewasa, yang aku kejarkan duit saja. Aku turun bawah, aku lihat pintu bilik Qila terbuka sedikit, apa pula dia buat pagi-pagi buta ni. Aku terus masuk ke dalam bilik Qila, tiada yang salah pun memandangkan dia isteri aku. Aku berdiri memeluk tubuh tatkala aku lihat Qila sedang solat, terlintas di fikiran aku, dia yang tak berapa nak siuman pun masih lagi ingat nak solat, aku ni masih lagi tak ingat nak solat, tapi aku lenyapkan saja fikiran aku. masih lagi tidak mahu berubah, pada aku bila semua dah tercapai barulah aku berubah, tak lama kemudian Qila menoleh ke belakang, dia lihat aku dan terus berlari laju merempuh almarinya. Budak ni memang unpredictable.

“Awak dah kenapa Qila?,” soalku, masih lagi memeluk tubuh.

“Takde Tuan, saya terkejut tiba-tiba ada orang kat belakang. Tuan dah solat?,” Qila tanyaku sambil membuka telekungnya, menampakkan rambutnya yang ikal mayang itu, cantik sekali. ini pertama kali dia tunjukkan rambutnya depan aku, selama ni 24 jam bertudung.

“Hmmm dah, berani pulak awak bukak tudung?,” soalku, padahal aku nak lari dari soalan yang Qila tanya. Aku jawab saja sudah solat, malas nak bahas dengan dia nanti.

“Walaupun saya tak pernah ingat bila masanya saya kahwin dengan Tuan, tapi lepas Tuan tunjuk bukti sijil nikah kita semalam, saya kena percaya jugaklah kita dah kahwin,” part ni aku malas nak percaya dia lagi. banyak kali dah aku tunjuk sijil nikah, tahan sehari je. Esoknya nanti mesti dia tak ingat langsung pasal kitorang ni sebenarnya suami isteri, takkan setiap hari nak tunjuk sijil nikah dekat dia. Malas aku.

“Lepas ni siap-siap, kita pergi The Hierarchy. Hari ni saya nak bawak awak jumpa pekerja-pekerja saya. Dorang nak sangat jumpa awak,oh dan saya akan bawak awak pergi meeting dengan syarikat dari Korea. Don’t ever speaks any words dengan dorang,” aku terus melangkah untuk keluar dari bilik, tiba-tiba tangan aku di tarik sesuatu, aku toleh belakang, rupanya Qila yang tarik tangan aku.

“Orang kata, kalau kita dah kahwin lepas sembahyang isteri kena minta maaf pada suami. Saya mintak maaf kalau saya ada salah dengan Tuan,” Qila terus mencium tangan aku. aku terkedu, dia suka buat sesuatu di luar jangkaan aku. Qila hulurkan senyuman paling manis pada aku, dia masih tak lepaskan genggaman tangannya.

“Nak apa?,” aku terus mengerutkan dahi. Dia suka berubah sesuka hati, bila dah tak ingat pasal kitorang dah kahwin bukan main lagi jauh dari aku. Memang susah kalau ada masalah mental ni.
“Nak peluk,” Qila senyum lagi. aku membulatkan mata.

“Woi gila ke? Tak nak aku!,” aku terus rentap tangan aku kasar, dan keluar dari bilik secepat mungkin. Kalau aku tak keluar lagi entah apa pulak si Qila ni buat.

“Awak peluk saya boleh? Saya peluk awak tak boleh? Mana adil,” Qila tarik baju aku. Dia ni memang persistent.

“Isu sekarang ni, saya peluk awak bukan sebagai suami tapi more kepada pelukan untuk mendatangkan keuntungan. Awak peluk saya sebagai isteri. Berbeza tau pelukan awak dengan pelukan saya. Dan saya tak suka pelukan yang bercampur dengan perasaan dan emosi, kadang-kadang emosi buat akal kita fikir benda yang tak logic dan seterusnya buat kita gila, macam awak. dah, pergi jauh dari saya,” aku terus beredar, tapi Qila masih ikut aku dan tangannya masih lagi memegang baju aku.

“Lepaskan,” aku berhenti dan pandangnya, dia buat muka masam mencuka dan geleng kepala.

“Saya kata lepaskan, sebelum saya naik angin,” aku terus pamerkan muka marahku, Qila terus lepaskan genggamannya. Aku terus beredar, tapi dia masih ekori aku.

“Saya nak pergi tandas, nak ikut jugak ke?,” Qila terus berhenti dan ketawa kecil. Aku betul-betul tak faham dengan si Qila ni. Habis saja bersiap untuk ke The Hierarchy aku lihat wajahku di cermin, sungguh kacak, tak hairanlah dari sekolah lagi aku jadi sebutan orang ramai.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience