FLASHBACK [MARISSA FAMILY'S HOUSE]
“Okay, diorang dah sampai, aku nak korang ikut macam mana yang aku dah bagitahu tadi...faham?!" Bagitahu Marissa kepada figura-figura tersebut.
Mereka hanya menganggukkan kepala masing-masing lantas berlalu pergi untuk menyambut kedatangan tetamu-tetamu itu.
“Jemput-jemput...silakan duduk Tan Sri, Puan Sri...yang lain pun jemput lah duduk sekali...saya panggilkan Marissa sekejap ye." Ujar wanita itu.
Riaz yang duduk bersebelahan dengan Tan Sri Adnan mempamerkan wajah yang sememangnya gembira dan senyuman pun tidak lekang dari wajahnya.
Tidak lama kemudian, Marissa muncul dengan busana moden berwarna putih yang dipadankan dengan shawl chiffon berwarna kuning cair.
“Amboi bukan main lagi perempuan ni ya....langsung takde rasa bersalah langsung dekat muka dia tu." Detik hati Puan Sri Aufa sambil memandang Marissa yang tidak lekang dengan senyuman kegembiraannya.
“Begini ya tuan, puan...Saya straight to the point terus lah ye...sebenarnya niat kami datang ke mari ni untuk....." Ujar Tan Sri Adnan tanpa berbasa-basi tetapi ucapannya itu ditahan pula oleh Puan Sri Aufa.
“Abang, tunggu dulu!!?" Kata Puan Sri Aufa menghentikan bicara suaminya.
“Marissa, kamu belum pun kenalkan pun pada kami keluarga kamu ini." Ujar Puan Sri Aufa dengan senyuman yang tidak ikhlas ditayangkan. Dia tahu tindakannya yang tiba-tiba ingin berkenalan dengan “ibu bapa" Marissa secara tiba-tiba tidak wajar tetapi hati tuanya sudah tidak mampu untuk berdiam diri lagi.
“Maaf mama...kenalkan yang ni Wan Emir, ayah Marissa dan yang ni pula Puan Zulaikha, ibu Marissa." Balas Marissa tenang lalu mengalihkan pandangannya ke arah bakal suaminya .... siapa lagi kalau bukan Riaz Hakimie.
“Mama..bila masa pula aku lahirkan engkau!" Puan Sri Aufa bermonolog dalam hatinya lagi. Ikutkan hatinya mahu sahaja dia membelasah perempuan itu sebab berani tipu mereka sekeluarga hidup-hidup namun disabarkan hatinya kerana dia perlu profesional menghadapi perempuan talam dua muka seperti Marissa.
“Kalau Macam tu Puan Sri boleh kita mulakan." Tanya Wan Emir ramah.
“Tunggu dulu! Saya belum habis lagi!" Kata Puan Sri Aufa lantas berdiri dengan muka tegangnya.
“Ah sudah! Apa pula yang isteri aku nak buat kali ni." Detik hati Tan Sri Adnan.
Puan Sri Aufa berjalan ke arah Marissa yang sedang duduk dengan orang yang diperkenalkan oleh Marissa sebagai Puan Zulaikah. “Sampai bila kamu nak sorokkan kebenaran Marissa dan sampai hati kamu sebagai seorang anak tidak menghargai ibu bapa kamu."
“Apa maksud mama ni....Marissa tak faham." Ucap Marissa yang terpinga-pinga dengan bicara Puan Sri Aufa.
“STOP SHOWING ME THAT INONCENT FACE MARISSA!!" Jerit Puan Sri Aufa kuat dan mengejutkan semua yang ada disitu.
“Aufa cuba bawa bertenang... ada apa sebenarnya ni?!" Tanya Tan Sri Adnan yang cuba memahami situasi yang sedang berlaku ketika itu.
“Sepatutnya soalan tu abang kena tanya dengan Marissa...saya yakin 100% yang dia ada semua jawapan kepada kebenaran yang dia sembunyikan daripada kita semua terutama sekali dengan Riaz." Jawab Puan Sri Aufa marah.
“Apa ni...jawapan apa...kebenaran apa yang Puan Sri merepek ni!" Kata Marissa yang masih berpura-pura tidak mengerti. “Sepatutnya aku hapuskan dulu perempuan tua ni!" Monolog Marissa.
Puan Sri Aufa sudah mula penat dengan kepura-puraan gadis itu. “Kebenaran yang keluarga sebenar engkau dah buang engkau dari keluarga dan kau tu sebenarnya dah putus tunang sebab mengandung anak luar nikah." Jawab Puan Sri Aufa sambil merenung tajam Marissa yang berada tepat di hadapannya saat ini.
Bersambung...........
Share this novel