SEBUAH kereta Alphard berwarna hitam memasuki perkarangan rumah Hajah Kalsom. Hajah Kalsom yang sedang menyapu halaman rumahnya bergegas menyimpan penyapu yang digunanya lantas berdiri menunggu tetamunya turun daripada kereta milik mereka.
‘ASSALAMUALAIKUM TOKWAN!’ Jerit Riaz Hakimie tetapi malah dicubit oleh Puan Sri Aufa.
Hajah Kalsom yang melihat telatah dua beranak itu hanya tergelak. ‘Waalaikumsalam hah syukur Alhamdulillah kamu semua selamat sampai sini. jemput lah naik fa, tan sri.’ Sambut Hajah Kalsom mesra. Dia berasa gembira menerima kunjungan mereka ke rumahnya setelah sekian lama.
‘Alaa kak tak payah la tan sri bagai…panggil je anan akak tu dah saya anggap keluarga saya.’ Kata Tan Sri Adnan ramah sambil matanya ralit memerhati rumah ibu mertuanya di sebelah rumah Hajah Kalsom yang sunyi sepi.
‘Jemput lah naik…nanti tokwan angkat beg korang bawa masuk dalam ye.’ Ujar Hajah Kalsom tetapi langkah kakinya yang ingin menuju ke bonet kereta Tan Sri Adnan ditahan oleh Puan Sri Aufa.
Takpe tokwan, Riaz ada dia boleh angkat beg-beg tu semua lagipun berat kesian dekat tokwan.’ Ujar Puan Sri Aufa ringkas sambil memeluk bahu wanita itu dan mengajaknya masuk.
‘Mak mana tokwan…tak Nampak batang hidung pun katanya tadi dia ada dekat sini.’ Soal Puan Sri Aufa yang sedang berdiri bersebelahan Hajah Kalsom sambil matanya meliar mencari kelibat ibunya di dalam rumah Hajah Kalsom.
‘Hah betul lah tu dia memang ada kat sini tadi tapi tiba-tiba Muiz datang jemput dia katanya isteri dia nak melahirkan, tu yang Mak awak pergi sana tu.’ Jawab Hajah Kalsom sambil membancuh air the.
Puan Sri Aufa hanya meng’ohkan sahaja.
‘Kamu semua kat sini lama ke fa?’ Hajah Kalsom bertanya
‘Seminggu dua macam tu lah tokwan…Anan nak beli tanah kat hujung kampung tu katanya nak buat bisnes apa entah.’ Balasnya sambil menuang air teh ke dalam cawan.
‘Ouh…bagus lah tu lagi lama kamu semua kat sini lagi tokwan suka tak lah sunyi sangat.’ Hajah Kalsom tersenyum gembira.
RHEA melangkah pulang ke rumahnya dengan wajah yang sedih dipamerkan. Dia masih bingung bagaimana hendak memberitahu kepada Hajah Kalsom tentang hal itu.
[Flashback]
Rhea yang sedang mengemas kaunter tiba-tiba didatangi oleh Cik Ria dengan wajah ketatnya.
‘Now Rhea…explain about this!’ Kata Cik Ria kasar.
Rhea terkejut. Dia mengambil fail yang dilemparkan oleh Cik Ria dihadapannya dan membuka untuk membaca isi kandungan fail itu. ‘Cik Ria saya tak ambil pun duit bakery…saya betul-betul tak ambil.’ Kata Ria sambil menahan air matanya daripada jatuh membasahi pipi.
‘Ini dah kali ketiga tau duit bakery tak sama dengan yang ada dalam rekod and selain saya awak yang lebih tahu pasal benda ni bukan tu sahaja duit cash pun hilang RM2000 Rhea Dayana…awak selalu dengan saya, awak tahu dimana saya simpan duit cash bakery.’ Kata Cik Ria lagi.
‘Cik Ria tengah tuduh saya ke sekarang ni?’ Tanya Rhea Dayana teragak-agak dengan pertanyaan yang dia ajukan.
‘Saya bukan nak tuduh awak Cuma sekarang ni the problem is all of the important things hanya awak yang paling tahu banyak hal selain daripada saya.’ Balas Cik Ria sambil memerhati Rhea dengan pandangan yang tajam.
‘Saya tak ada ambil walau satu sen pun duit bakery Cik Ria. Saya berani sumpah memang saya tak ambil dan memang tak pernah terlintas pun dalam hidup saya untuk ambil barang yang bukan milik saya.’ Ujar Rhea mempertahankan dirinya sendiri dihadapan majikannya itu.
‘Macam ni lah ye Rhea…saya tak tahu nak cakap apa sekarang ni dengan awak sebab saya pun betul-betul dah lost idea fikir how to solve this problem…nak tak nak saya kena juga berhentikan awak dan ini gaji awak untuk bulan ni.’ Kata Cik Ria sambil tangannya menyerahkan envelope berwarna coklat.
‘Cik Ria, tolong jangan buat saya macam ni…saya masih perlukan kerja ni untuk sara Tok Wan saya.’ Ucap Rhea Dayana merayu sambil berlutut dan menangis teresak-esak dihadapan Cik Ria.
‘Maafkan saya Rhea tapi ini keputusan yang terbaik menurut saya. Silakan pergi.’ Pintanya kemudian pergi meninggalkan ruangan itu.
Kejadian itu disaksikan oleh semua staf bakery. Rusdi dan rakan-rakan Rhea yang lain berasa sedih di atas kejadian yang menimpa gadis itu.
Mereka berjalan menghampiri Rhea. ‘Rhea kalau kau ada masalah apa-apa jangan malu-malu bagitahu kitaorang tau.’ Kata Aliah.
‘Haah...kalau ada apa-apa kau nak minta tolong bagitahu je kat kami…Rhea thanks tau sebab kau selalu tolong aku masa aku susah bagi aku duit lah tolong aku pasal kerja.’ Sambung Rusdi pula.
‘Alaa tak susah pun la Rusdi, aku tolong kau ikhlas. Yela korang aku pergi dulu tau. Korang jaga diri baik-baik, kerja rajin-rajin.’ Balas Rhea kepada mereka dengan senyuman diwajahnya.
Share this novel