BAB 5

Romance Series 7053

RIAZ tidak menyangka mamanya akan hasratnya untuk meminang Marissa akan menimbulkan amarah Puan Sri Aufa kerana dia memang tahu ibunya itu seorang yang penyayang dan sangat murah hati. Sangkaannya meleset jauh setelah dia memberitahu kepada kedua orang tuanya yang dia sudah pun terlebih dahulu meminta persetujuan orang tua Marissa.

“Mama tak kira Riaz Hakimie Adnan Syah, Riaz suka atau pun tak mama tak akan pergi meminang Marissa ni esok ke lusa ke tahun depan sekali pun.....abang kalau nak pergi go ahead tapi pergi sorang jangan sesekali ajak saya." Kata Puan Sri Aufa sedikit keras memandang kearah Riaz dan suaminya.

Tan Sri Adnan mengeluh perlahan. Tak Pasal-pasal dia pun terlibat sama dimarah oleh isterinya. Seluruh isi rumah itu memang sedia maklum bahawa Puan Sri Aufa seorang yang penyabar dan tidak akan cepat marah akan sesuatu hal dan selalu bertindak rasional tetapi anaknya Riaz Hakimie hanya memberitahu hasratnya untuk menikahi gadis pilihannya sendiri tetapi sudah dapat menimbulkan amarah ibunya sekelip mata.


“Riaz Hakimie....mama tak sangka yang sekarang ni Riaz dah pandai belakangkan mama dan papa, mama kecewa dengan Riaz kali ni." Ujar Puan Sri Aufa dengan nada yabg kecewa terhadap tindakan anaknya itu. Sungguhpun jika Marissa itu menjadi menantunya dia tidak akan sama sekali menerima apatah lagi merestui hubungan itu.

Tan Sri Adnan hanya diam memerhati tanpa berkata apa-apa, jujur dia juga kecewa dengan anaknya itu namun apa kan daya nasi sudah menjadi bubur.....semua itu tidak akan berubah seperti sedia kala dan perasaan anaknya terhadap Marissa itu juga tidak dapat dibuang begitu sahaja.


“Sayang.......Macam mana sekarang ni, your mom tak nak minang I and ni semua salah you tau tak asal you jumpa parents I sebelum you dapat confirmation from your family...kan dah jadi macam ni sekarang apa yang I nak bagi tahu dengan ibu ayah I." Kata Marissa merengek sambil menghentak-hentakkan kakinya semasa mereka sedang makan di Café Auzora.

“Don't worry okay sayang....I akan settlekan hal ni secepat yang mungkin.....after this I akan try pujuk my mom balik mana lah tahu kan hati dia lembut balik lepas ni and I nak minta maaf dengan you I admit semua ni salah I sebab tak bagitahu pasal you awal-awal dengan diorang." Sambung Riaz sambil mengurut dahinya pening memikirkan apa yang hendak dia katakan kepada Puan Sri Aufa nanti.


“Promise tau....my parent dah tak sabar nak tengok anak perempuan diorang ni kahwin Oh My God...lagi-lagi diorang dapat menantu macam you anak kepada Tan Sri Adnan Syah dan Puan Sri Aufa Nazirah." Balas Marissa dengan bangga kerana berjaya mendapatkan hati lelaki dihadapannya itu.

Riaz hanya mengangguk bersama senyuman yang tidak lekang diwajahnya memandang ke arah insan yang disayanginya itu.

KELIHATAN susuk tubuh Puan Sri Aufa yang sedang menanti kehadiran seseorang dan sedang duduk sambil menghirup perlahan Juice Watermelonnya di salah satu meja The Café.

“Maafkan saya sebab buat Puan Sri menunggu lama." Ujar figura lelaki dihadapannya sebaik sahaja sampai di café tersebut kemudian melabuhkan punggungnya untuk duduk.

“Tidak mengapa....duduk." Pinta Puan Sri Aufa Ringkas.

“So any job for me Puan Sri?" Tanya lelaki bernama Haziq yang sedang duduk berhadapan dengan Puan Sri Aufa.

“Aku nak kau siasat latar belakang perempuan ni." Kata Puan Sri Aufa sambil menghulurkan gambar Marissa kepada Haziq untuk dia lihat seketika.

“Aku tak kisah macam mana cara kau buat sekali pun tapi aku nak semua maklumat pasal perempuan ni and kau agak-agak berapa lama aku boleh dapat semua tu ?" Tanya Puan Sri Aufa yang serius memandang penyiasat peribadinya yang sedang meneliti gambar gadis yang berada di tangannya.

“Bagi saya 2 hari." Jawab Haziq pendek sambil menunggu respond yang positif daripada Puan Sri Aufa.

“2 hari hm....lagi cepat rupanya daripada yang saya jangkakan...baiklah saya setuju." Balas Puan Sri Aufa tersenyum. Dia ingatkan Haziq a.k.a penyiasat peribadinya itu memerlukan masa dalam seminggu seperti sebelum ini ketika dia hendak mencari tahu mengenai Jasmine, seorang gadis dan merupakan pekerja kepercayaan suaminya yang telah berkhianat dalam syarikat yang dia dan Tan Sri Adnan berusaha kembangkan secara meluas dengan susah payah.


“Boleh saya tahu apa hubungan Puan Sri dengan Marissa ni." Tanya Haziq sambil memandang wajah Puan Sri Aufa yang terpinga-pinga mendengar soalannya.

Puan Sri Aufa memandang ke arah Haziq hairan kerana dia sama sekali belum memberitahu nama Marissa kepada lelaki itu tetapi dia sudah terlebih dahulu mengatakannya. “Perempuan ni gadis pilihan anak sulung saya untuk dijadikan isteri tetapi naluri saya pula kuat mengatakan ada sesuatu tentang gadis ini dan saya tidak pasti itu apa sebab itulah saya mahu kamu siasat tentang dia."

Haziq yang mendengar bicara Puan Sri Aufa terkejut kemudian memandang semula gambar yang ada di tangannya sebelum memula bicara.

Sebenarnya Puan Sri........

“TAN SRI, saya dapat info yang Puan Sri Aufa bertemu dengan Haziq seorang penyiasat peribadi." Ujar PAnya setelah mendapat mesej daripada infomernya dan dia langsung memberi tahu perkara tersebut kepada Tan Sri Adnan.


Tan Sri Adnan yang mendengar tiap butir perkataan yang keluar daripada mulut PAnya itu hanya diam tanpa mengeluarkan perkataan apapun. Dia sudah menduga dari awal yang isterinya itu akan menyiasat mengenai Marissa dan jika dia berada di tempat isterinya, dia juga pasti akan melakukan hal yang sama dengan apa yang isterinya sedang lakukan.

“Tan Sri ada nak suruh saya buat apa-apa ke?" Sambung Farid bertanya kepada majikannya itu yang cuma diam sedari tadi.

“Takde apa-apa...kamu boleh pergi, Thanks bagi info tu Farid." Ucap Tan Sri Adnan ikhlas sambil tersenyum kemudian menyambung semula kerjanya.

“No problem boss...kalau macam tu saya keluar dulu." Sambut Farid kemudian melangkah keluar daripada bilik majikannya.

Bersambung.....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience