BAB 11

Romance Series 7053

RHEA bangun dan melihat jam di dinding. Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi dan dia terus bangun daripada katil lalu keluar dari bilik. Dia harus bangun awal untuk solat subuh dan bersiap seperti biasa untuk bekerja. Memang itulah rutinnya setiap pagi.
‘Hah Rhea, tengahari nanti kita ada tetamu tau.’ Kata Hajah Kalsom kepada cucunya itu dengan riak wajah yang gembira terpampang di wajah tuanya.
‘Aiik… tetamu tokwan? Siapa pula tetamu tu sampai tokwan happy semacam je ni.’ Soal Rhea hairan dengan kelakuan tokwannya yang tidak seperti hari-hari biasa.

‘Mestilah tokwan happy, ni bukan sebarang tetamu tau dah berbelas tahun rasanya tokwan tak berjumpa dengan diorang lagipun diorang datang sini sebab ada hajat mustahak katanya.’ Jawab Hajah Kalsom dengan senyuman yang penuh makna memandang kearah Rhea.

Ada-ada je lah Tokwan ni…Rhea pergi kerja dulu ye tokwan. Assalamualaikum, sayang tokwan.’ Ucapnya sambil menyalami tangan wanita yang menjaganya sedari kecil itu penuh kasih.

“Tokwan harap sangat apa yang tokwan buat ni dapat bagi kebahagiaan yang kekal untuk Rhea." Monolog Tokwan dalam hati.

TEMPAHAN Puan Sarah dah siap dah ke Rhea?’ Tanya Cik Ria iaitu pemilik The Bakery tempat Rhea bekerja.
‘Dah Cik, saya dah siapkan semalam lagi tempahan tu, ada dekat atas meja.’ Jawab Rhea sopan. Yela mestilah sopan dengan bos kot kalau biadap nanti dibuang kerja naya hidup.

‘Good…nanti suruh Rusdi hantar tempahan tu dan juga tempahan yang lain sekali…ingatkan juga dekat dia tak payah minta payment dekat Puan Sarah sebab dia dah bank in dulu payment dekat saya.’ Ujar Cik Ria kemudian mengambil beberapa fail daripada meja cashier tempat Rhea berada.

‘Baik Cik Ria nanti saya bagitahu dekat Rusdi.’ Balasnya kemudian menyambung semula kerjanya setelah Cik Ria meninggalkan tempat itu.

‘Aliah, tolong ganti aku kat sini kejap… aku nak jumpa Rusdi kejap nak sampaikan pesan Cik Ria untuk dia.’ Panggil Rhea kepada Aliah yang sedang mengelap meja.
Aliah tanpa banyak soal dia terus menyudahi kerjanya untuk menggantikan Rhea sebentar.

‘kat sini kau rupanya merata tempat 8 Rhea ceria tetapi melihat reaksi Rusdi yang hanya menganggukkan kepala tanpa membalas seperti hari-hari sebelumnya membuat Rhea berasa hairan.

Eh Rusdi, kau kenapa ni serabut semacam je aku tengok daripada tadi.’ Soal Rhea prihatin.

‘Aku sebenarnya tengah pening fikir macam mana nak cari duit Rhea.’ Jawab Rusdi sambil meletakkan tangannya di muka.

Duit untuk apa lagi…bukan haritu kau cerita yang duit kau untuk kahwin dah cukup??’ Rhea mengerutkan dahinya.


‘Duit tu memang dah cukup tapi separuh dari duit untuk hantaran yang keluarga Syifa minta…Syifa dah ambil lepas tu sekarang ni dia nak RM500 pula…mana aku nak cari lagi Rhea.’

Rhea yang mendengar semua itu hanya menggelengkan kepalanya. Rhea mengeluarkan dompetnya dan mengambil beberapa not RM100 dan diserahkan kepada Rusdi. ‘Macam ni lah Rusdi kau ambil duit ni dulu bagi dekat tunang kau Syifa tu.’

‘Rhea…kau biar betul duit ni bukan sikit tau….’ Tanya Rusdi terkejut dia tidak menyangka yang teman sekerjanya itu akan bertindak demikian semata-mata untuk membantunya.


‘Aku ikhlas Rusdi lagipun duit simpanan aku dah lebih dari cukup untuk tanggung hidup aku dengan Tokwan. Nah ambil lah tangan aku dah penat hulur ni.’ Kata Rhea sambil tersenyum
Rusdi menyambut huluran Rhea Dayana.

‘Thanks Rhea aku dah tak tahu nak cakap apa…aku malu dengan kau tak pasal-pasal kau kena keluar duit untuk tolong aku.’ Balas Rhea sambil menundukkan kepalanya.

‘Tak payah fikir sangat lah aku ikhlas tolong tapi Rusdi maaf kalau aku cakap benda ni dekat kau…aku sebagai kawan perempuan kau aku nak cakap lebih baik kau fikir dalam-dalam dan nilai lebih teliti sifat sebenar tunang kau, kalau sebelum kahwin dia dah buat perangai macam ni apa lagi lepas kahwin. Kalau kita nak cari pasangan untuk dijadikan pasangan hidup sekurang-kurangnya kita nilai keperibadian dia bukan serkap jarang je kalau akhirnya benda tu menyeksa diri sendiri.’ Ujar Rhea sambil mendonggakkan kepalanya ke langit.

Rusdi terdiam dan menghadam setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Rhea.
Rhea memandang jam ditangannya. ‘Eh aku masuk dulu lah kau jangan lupa pula hantar order tu bising pula nanti lady boss kau tu.’ Pesan Rhea kemudian meninggalkan Rusdi sendirian.

• Done .. sorry lama x update hehe

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience