BAB 7

Romance Series 7053

RHEA yang baru sahaja pulang daripada kerja menyapa Hajah Kalsom yang sedang menggoreng cekodok pisang di dapur.

“Awal Rhea balik hari ni ? Biasanya jam 5 ni baru jam 4.." Tanya Hajah Kalsom yang sempat mengerlingkan matanya ke arah jam di dinding dapur itu.

“Cik Ria ada hal urgent tadi Tokwan sebab tu dia suruh tutup kedai awal harini." Balas Rhea yang sedang menuang air kosong yang diambilnya daripada peti ais ke dalam gelas.

“Oh elok lah tu boleh kita minum petang sekali." Ujar Hajah Kalsom kemudian menyambung kerjanya semula.

“Assalamualaikum!!" Laung seseorang daripada luar rumah.

“Siapa pula tu Tokwan.." Tanya Rhea kepada Hajah Kalsom.

Hajah Kalsom hanya menjongketkan bahunya tanda tidak tahu.

“Rhea pergi tengok jap eh." Kata Rhea kepada Hajah Kalsom sambil melangkahkan kakinya ke arah pintu utama.

Pintu utama rumah Hajah Kalsom terbuka perlahan. “Oh Opah...Naiklah, amboii Opah daripada mana ni siap berbaju kurung lagi ni hah." Tanya Rhea kepada Hajah Zanariah.

“Opah daripada rumah, Opah nak ajak Tokwan kamu pergi kenduri nikah anak Pak Hamidun...kamu nak ikut ? Tokwan kamu mana ? Balas Hajah Zanariah ceria.

“Tokwan ada kat dapur tu, Opah pergilah tengok...Rhea rasa nak ikut lah Opah, Rhea salin baju jap Opah dengan Tokwan jangan tinggal Rhea tau." Kata Rhea Dayana sambil melangkahkan kakinya laju menuju ke bilik untuk menganti pakaian yang sesuai.


WAJAH ahli keluarga Tan Sri Adnan termasuk Riaz Hakimie yang datang ke kediaman Wan Amir kembali ke kediaman mereka dengan muka yang ketat dan tegang menahan marah. Tiada satu pin senyuman yang terpancar diwajah mereka saat itu.

“Aik apasal muka semua orang ketat semacam je ni bukan semua baru pulang dari meminang si Marissa tu ke patutnya happy nak terima menantu." Tegur Riana yang sedang menuruni anak tangga rumahnya memandang hauran muka setiap ahli keluarganya.

“Mama nak kamu putuskan hubungan dengan Marissa, Mama tidak mahu perempuan seperti itu menjadi menantu mama and keputusan mama muktamad Riaz Hakimie Adnan Syah!!?" Kata Puan Sri Aufa tegas. Langsung tiada segaris pun senyuman yang terpancar diwajahnya sebaliknya hanya muka bengis yang ditayangkan. Teguran daripada Riana itu juga dibiarkan sepi tanpa sebarang jawapan.


“Kali ni, papa setuju dengan mama kamu Riaz Hakimie. Tinggalkan perempuan itu dia tak sesuai dengan Riaz dan dia tak layak sama sekali jadi menantu di keluarga ini. Faham!" Sambung Tan Sri Adnan kemudian berlalu meninggalkan Riaz yang masih menundukkan wajah sambil meraup kasar rambutnya.

Puan Sri Aufa juga berlalu meninggalkan anaknya sendirian, Riana yang turut berada di ruang tamu ditarik oleh Puan Sri Aufa supaya mengikutinya dan meninggalkan abangnya bersendirian untuk menenangkan fikiran.

“Ma, apa yang sebenarnya berlaku ni ma...Riana tak faham lah papa dengan mama tiba-tiba marah abang. Minta abang putus dengan Marissa pula tu?" Tanya Riana Tasnim setelah menjauh dari pandangan mata Riaz Hakimie.

Puan Sri Aufa menceritakan kejadian yang terjadi sewaktu mereka hendak menyunting Marissa sebagai menantu dan isteri Riaz Hakimie.

bersambung...........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience