BAB 6

Romance Series 7053

“Mama....boleh la ma..." Pujuk Riaz kepada Puan Sri Aufa sambil mengikuti kemana sahaja arah Puan Sri Aufa.

“No Riaz, mama dah kata mama tak nak pergi kan....part mana yang Riaz tak faham sekarang ni." Kata Puan Sri Aufa geram melihat kelakuan anak sulungnya itu yang masih cuba memujuknya.

Aduh susah lah macam ni. Detik Hati Riaz. “Why, mama tak suka ke dengan pilihan Riaz....mama dengan papa juga yang suruh Riaz kahwin kan and now Riaz nak kahwin mama pula yang tak bagi." Kata Riaz dengan muka tidak puas hatinya.


“Yes. Memang mama suruh Riaz kahwin tapi kalau nak kahwin sekali pun biar dengan perempuan yang pandai jaga maruah keluarga dan tutup aurat. Sekurang-kurangnya kalau tidak bertudung pun pakai la baju sopan yang tidak terdedah kepada umum and I think you know my style well kan Riaz.." Balas Puan Sri Aufa sambil memberi ikan-ikan di garden rumahnya makan.


“Ya ma, Riaz tahu tapi Marissa perempuan baik ma...Riaz dah kenal dia sejak dari Dubai lagi." Sambung Riaz Hakimie yang tidak mahu mengaku kalah.

“Now you tell me, apa yang Riaz suka sangat dengan Marissa tu sampai Riaz dah tak dengar cakap mama sekarang ni." Kata Puan Sri Aufa dengan nada yang tegas dan wajahnya yang masih kelihatan tenang sedari tadi mulai serius tanpa secalit senyuman.


“Sebab Riaz boleh nampak masa depan Riaz bila dengan Marissa." Jawab Riaz Hakimie yakin dengan jawapannya.

Namun, berbeza pula pandangannya itu dengan Puan Sri Aufa. “And mama pula tak boleh nampak masa depan Riaz dengan Marissa sebab..." Balas Puan Sri Aufa namun ayatnya terhenti disitu apabila dia mulai teringat sesuatu perkara. . .

“Fine....mama boleh ikut kehendak Riaz tapi Riaz pun kena ikut kehendak mama kalau Riaz dah tekad nak kahwin dengan budak tu." Kata Puan Sri Aufa memberi keizinan tetapi masih dengan wajah tegangnya.

Riaz Hakimie yang sedang duduk langsung berdiri mendengar bicara mamanya yang memberi izin kepadanya untuk menghalalkan Marissa. “Okay Riaz ikut apa pun kehendak mama, what is it tell me?" Tanya Riaz penuh keterujaan.
.

WHAT !!!! " Pakai tudung? Are you kidding me sayang ?! Kata Marissa tidak percaya dengan apa yang disuruh oleh Riaz sesuai kehendak mamanya.

“Yes Marissa. I tak main-main pasal ni, my mom dah cakap yang dia akan ikut kehendak I asalkan I pun ikut kehendak dia so this is her wish." Balas Riaz tanpa riak.

“You tahu kan yang sebelum you kenal I pun I dah memang biasa pakai macam ni and now you nak I pakai tudung....I'm not ready for that okay?!" Tambah Marissa lagi.

“Ya I tahu semua tu but this is for our own good sayang...please....you said you love me right." Pujuk Riaz kepada Marissa pula agar menyetujui kehendak mamanya itu.

Tudung pun tudung lah at least I dapat apa yang I nak lepas jadi wife kepada Riaz Hakimie, anak kepada Tan Sri Adnan Syah pewaris kepada AA LEGACY. Monolog Marissa dalam hati.

“Okay. I setuju and I akan ikut kehendak your mom but make sure you tak curang dengan I." Ujar Marissa bersama senyuman diwajahnya.

“Thanks sayang...okay you nak makan apa hari ni, you order je apa you nak makan?" Tanya Riaz Hakimie. Jelas terpancar kegembiraan diwajahnya saat itu.

TAN SRI ADNAN yang mendengar bicara isterinya hanya mampu menggelengkan kepala.

“Awak tengah rancang apa sebenarnya ni Fa? Haritu awak sendiri tak setuju nak meminang Marissa tu untuk Riaz and sekarang ni awak sendiri nak kita pergi meminang budak tu esok dah kenapa?????" Kata Tan Sri Adnan mencari apa yang terselindung disebalik wajah isterinya yang tenang itu.

“Alaa abang ikut je lah....pasal tu nanti kita bincang kemudian, saya nak abang terutama Riaz tengok sendiri depan mata." Balas Puan Sri Aufa kemudian berlalu ke bilik air yang berada di dalam bilik mereka.

Tan Sri Adnan mengeluh berat, dia pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh isterinya melalui cara wanita itu berbicara. “Haih harap awak tak buat kerja gila sudah lah Aufa." Monolog Tan Sri Adnan kemudian menarik comforter untuk beradu.

bersambung.........

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience