MATA keluarga Raiz yang sudah pun berkumpul di ruang tamu itu hanya ralit memerhati gadis yang dibawa dan diperkenalkan Raiz kepada mereka sekeluarga.
“Nama apa?" Tanya Tengku Adnan tanpa secalit senyuman diwajahnya. Bukan dia sahaja malah Puan Sri Aufa dan Riana Tasnim juga sama.
“Nama saya Marissa Wan Amir Tan Sri." Jawab Marissa segan tambahan lagi dengan pandangan daripada kedua-dua orang tuan Raiz yang serius memandangnya.
Raiz berasa serba tidak nyaman dengan reaksi keluarganya lebih-lebih lagi Tan Sri Adnan dan Puan Sri Aufa. Tidak sukakah mereka pada Marissa. Monolognya.
Riaz yang baru perasan akan sesuatu menjerit namun hanya di dalam hati, sekarang dia tahu penyebab reaksi orang tuanya seperti itu disebabkan pakaian yang dipakai Marissa terlalu terdedah dengan gaun aras paha tanpa lengan. Dia betul-betul terlupa akan hal itu.
“Papa, mama.....sebenarnya Riaz bawa Marissa datang jumpa dengan papa dan mama ni sebab Riaz nak perkenalkan Marissa sebagai girlfriend sekaligus bakal isteri Riaz." Kata Riaz Hakimie setelah sekian lama tiada perbualan diantara mereka.
“Hah bakal isteri Riaz?!" Balas Puan Sri Aufa terkejut dengan apa yang diutarakan anaknya itu. Sudah ke manakah akal sihat anaknya itu... mengambil seorang perempuan yang membiarkan tubuhnya terdedah kepada umum untuk dijadikan isteri. Puan Sri Aufa bertekad dia perlu siasat dan cari tahu latar belakang gadis yang ingin disunting anaknya itu terlebih dahulu sebelum semuanya terlambat.
Masing-masing masih membisu dengan apa yang dikatakan oleh Riaz. Tan Sri Adnan memandang ke arah isterinya. Walaupun isterinya hanya diam diri sahaja, tetapi dia sangat mengenal sifat ingin tahu isterinya itu lebih-lebih lagi jika melibatkan anak-anak. Isterinya itu pasti akan menyiasat latar belakang Marissa.
“Riaz buatlah apa yang Riaz rasa terbaik untuk Riaz..Riaz dah 27 tahun and you know what the best for yourself." Kata Tan Sri Adnan bersama segaris senyuman terpancar namun tidak lah seceria mana.
“Thanks pa...." Ucap Riaz gembira kemudian beralih pula memandang mamanya mengharapkan balasan yang sama seperti Tans Sri Adnan.
“Mama pula macam mana ? Mama okay kan ? Tanya Riaz singkat.
Puan Sri Aufa hanya mengukir senyum diwajahnya tanpa menjawab pertanyaan anak sulungnya itu.
Riaz dan Marissa yang melihat balasan Puan Sri Aufa menarik nafas lega. “Lusa ni kita masuk meminang Marissa eh pa,ma." Ujar Riaz.
“Lusa ni ?! Tak cepat sangat ke ni Riaz....Parents Marissa dah tahu ke pasal hubungan korang ni." Tanya Tan Sri Adnan sekali lagi kurang senang dan terkejut dengan tindakan anaknya itu.
“Mama, papa don't worry okay....Riaz dah jumpa pun dengan parents Marissa masa kat Dubai and diorang dah setuju untuk Riaz masuk meminang Marissa bila balik Malaysia sebab tulah Riaz bawa Marissa jumpa mama, papa." Balas Riaz tenang dan gembira.
“Riaz dah jumpa parents budak ni lepastu minta persetujuan diorang sebelum kenalkan dengan mama, papa and now Riaz nak kami meminang dia lusa ni juga tanpa bagi tempoh kami kenal pun drngan Marissa ni." Kata Puan Sri Aufa tegas bersama muka smirknya lantas berdiri.
Riana Tasnim yang memerhati perbualan orang tua dan abangnya sedari tadi juga terkejut dengan tindakan drastik abangnya itu. Sudah senekad itulah hubungan yang terjalin antara dia dan Marissa. Detik Riana dalam hati.
RHEA dah nak pergi kerja ke tu?" Soal Hajah Kalsom yang melihat cucunya itu yang terburu-buru keluar daripada biliknya.
“Haah Tokwan Rhea dan lambat ni....nanti marah pula Cik Ria tu kalau Rhea lambat, Rhea pergi dulu Tokwan." Balas Rhea sambil tersenyum. Gaji yang diperolehnya dengan berkerja di salah satu bakery di pekan itu dapat menampung kelangsungan hidup mereka berdua walhal Hajah Kalsom juga masih mengusahakan kebun getahnya. Tetapi Rhea juga tetap dengan pendiriannya sendiri, dia tidak mahu terus bergantung sepenuhnya kepada wanita itu. Hajah Kalsom sudah banyak berjasa kepadanya, menjaga dan merawatnya sedari kecil itu sudah lebih dari cukup bagi Rhea Dayana.
Share this novel