BAB 1

Romance Series 7053

18 TAHUN LALU

“Rhea..Kimie... mari naik dah nak maghrib dah ni?!" Panggil Hajah Kalsom iaitu Tok Wan kepada Rhea.

Mereka yang sedang berkejar-kejaran dihalaman rumah berhenti setelah mendengar panggilan Tok Wan.

“Hah Kimie kejap lagi papa dengan mama kamu sampai, Kimie dengan Rhea makan dulu ya Tok Wan dah siapkan atas meja tu." Kata Tok Wan lembut.

“Baik Tokwan..Terima kasih Tok Wan." Ucap mereka sambil tersenyum kemudian berlalu ke ruang makan.

“Sama-sama cu.." Balas Tok Wan kemudian duduk di atas sofanya untuk menjahit pakaian.

Ni aku punya la........

Alaaa bagi la aku pun nak juga........

Tok Wan yang sedang menjahit berhenti apabila mendengar suara Rhea dan Hakimie kemudian terus menuju ke dapur.

“ Eh budak bertuah ni...kenapa bising-bising ni ..." Tanya Tok Wan meleraikan Rhea dan Hakimie.

“Rhea tu Tok Wan...dia makan ayam goreng Kimie padahal dia dah makan dua ketul pun Kimie baru makan satu. " Jawab Hakimie tidak puas hati.

“Rhea...kenapa buat macam tu.. kan ada. lagi dalam pinggan tu kenapa tak habiskan dulu yang tu..." Tanya Tok Wan lembut.

“Rh..Rhea nampak Kimie makan paha ayam tu macam sedap jadi Rhea pun nak rasa la juga ." Jawab Rhea kemudian tertunduk perlahan.

Tok Wan hanya menggelengkan kepalanya perlahan.

“Tak baik macam tu tau, ayam yang Tok Wan goreng tu rasa dia sama je tak ada yang sedap atau tak.. Rhea minta maaf dengan Kimie." Pinta Hajah Kalsom

“Kimie, aku minta maaf sebab makan ayam kau.. aku janji lain kali aku buat lagi " Katanya sambil tertawa.

RHEA..?! " Tatap Hajah Kalsom geram dengan cucunya yang suka bergurau dan mencari masalah dengan Hakimie.
Rhea yang mendengar namanya dipanggil Tok Wan hanya tersengih manja.

“Kimie maafkan aku." Ucap Rhea ikhlas kali ini.

“Yela.. aku maafkan kau." Balas Kimie kemudian kedua-duanya menyambung makan semula.

Hajah Kalsom hanya tersenyum memerhati Rhea dan Hakimie. Dia sememangnya berharap suatu hari ada jodoh diantara mereka berdua.

SEBUAH Alphard putih memasuki kediaman Hajah Kalsom.

Assalamualaikum...." Ucap Tan Sri Adnan yang datang bersama isterinya Puan Sri Aufa.

Waalaikumsalam..hah Syed Aufa naiklah Kimie ada tengah makan dengan Rhea dekat dapur tu." Sambut Hajah Kalsom kepada orang tua Kimie yang merupakan jiran sebelah rumahnya.

Puan Sri Aufa adalah anak kepada Puan Habibah iaitu adik kepada Hajah Kalsom dan daripada itu juga hubungan kedua-dua keluarga ini sememangnya rapat. Keluarga Tan Sri Adnan memang mendidiknya sedari kecil untuk tidak memandang darjat seseorang kerana bagi keluarga Tan Sri Adnan semua itu hanya kelebihan di dunia dan tidak akan kekal selamanya. Perkahwinannya dengan Puan Sri Aufa mendapat restu keluarga dan kekal bahagia sehinggalah sekarang.

Kimie yang mendengar bunyi kereta papanya terus melangkah ke ruang tamu diikuti Rhea.

“Kimie dengan Rhea dan habis makan." Tanya Tok Wan yang melihat kedua-dua anak itu mendekati mereka.

“Dah Tok Wan...Ayam goreng dan sambal udang petai Tok Wan memang terbaik"." Kata Hakimie tersenyum sambil membuat thumbs up.

“ Riaz, mari balik... kesian Opah kat opah sorang-sorang kat rumah tu.." Ajak Puan Sri Aufa dengan lembut.

“ Okay mama " Balas Riaz Hakimie ceria.

“ Tok Wan terima kasih sebab tolong jagakan budak bertuah sorang ni .." Ucap Tan Sri Adnan Ikhlas.

“Ala takde masalah la...dah dua-dua cucu Tok wan." Sambut Hajah Kalsom mesra.

“ Eh Ayam Goreng, aku balik dulu..esok giliran kau pula datang rumah. " Kata Riaz kepada Rhea.

“ Yela .. esok aku datang rumah kau, kau ni malas betul lah nak pergi sini bukan jauh pun sebelah ni je tu pun nak bergiliran dengan aku. Dasar Mamee Monster." Balas Rhea dengan muka merajuknya.

Hajah Kalsom, Tan Sri Adnan dan Puan Sri Aufa yang memandang dan mendengar perbualan Rhea dan Hakimie menahan gelak mendengar panggilan mereka satu sama lain.

Bersambung...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience