BAB 13

Romance Series 7053

Rhea keluar daripada bilik dengan matanya yang sembab kerana menangis. ‘Rhea, mari makan sekali auntie Fa dengan keluarganya pun ada ni.’ Pelawa Hajah Kalsom.

‘Takpe lah tokwan Rhea tak lapar…maaf tau auntie uncle Rhea tak rasa nak makan lagi.’ Balas Rhea ringkas kemudian berlalu pergi ke halaman rumah.
‘Kenapa dengan Rhea tu tokwan, macam ada masalah je saya tengok budak tu.’ Soal Puan Sri Aufa.

‘Entahlah tokwan pun tak tahu…ada masalah kat tempat kerja kot tadi pun dia balik awal daripada biasa…selalunya waktu-waktu macam ni belum balik lagi ni.’ Jawab Hajah Kalsom sambil menuang air oren ke dalam gelas untuk dihidangkan.

‘Hah Riaz, yang kamu ni pun senyap je dah knapa?’ Tegur Tan Sri Adlan sambil meneguk minuman.

‘Eh…takde apa pa…Riaz Cuma teringatkan Rissa.’ Jawabnya dengan nada yang sayu. Hatinya masih belum mampu menerima segala penipuan yang dilakukan oleh gadis yang dicintainya itu.

‘Kamu nak ingat lagi perempuan tu dah kenapa…Malaysia ni punya lah luas, banyak lagi perempuan baik yang lebih layak jadi menantu mama bukan perempuan penipu macam tu.’ Kata Puan Sri Aufa tegas tanpa sebarang senyuman diwajahnya.
‘Dengar sini Riaz Hakimie…mama nak kamu lupakan perempuan tu…tenangkan diri kamu kat sini…kat sini lebih tenang daripada bandar tu carilah ruang untuk diri kamu tanpa perlu fikirkan orang yang tak hargai kamu langsung.’ Sambung Puan Sri Aufa.

‘Eh awak ni pun…dah – dah la tu, malu lah dengan tokwan awak tunjuk perangai macam ni.’ Sampuk Tan Sri Adlan yang geram dengan perangai main lepas isterinya itu apabila bercakap tanpa peduli langsung siapa yang ada dekat sekeliling dia.


‘Takpelah lan… tokwan dah biasa dah dengan Fa ni. Dah-dah mari makan dah nak sejuk dah lauk tu…Rhea tu nanti pandai lah dia cari makanan sendiri kalau perut tu dah lapar.

Perut yang rancak memainkan irama meminta untuk segera diisi tidak dihiraukan oleh Rhea. Hatinya masih terkilan dan sedih mengenangkan kejadian buruk yang menimpanya di bakery tempoh hari.
‘kalau dah kebulur sangat pergi jelah makan kat dapur tu kang gastrik tak pasal-pasal susahkan aku pula.’ Tegur Riaz yang sedang duduk bersebelahan dengan Rhea di tangga rumah Hajah Kalsom.
‘Sibuk je lah… pergilah asal kau duduk kat sini pula ni.’ Kata Rhea tidak senang hati dengan kehadiran Riaz yang duduk disebelahnya secara tiba-tiba.

‘suka hati aku lah nak duduk mana pun. Tak kacau hidup kau pun kan.’
‘excuse me…kau memang tengah kacau ketenangan hidup aku tau sekarang ni.’ Balas Rhea sambil membuat muka menyampahnya.

Tanpa mereka berdua sedari, Hajah Kalsom, Adlan, dan Aufa memerhati tingkah laku Raiz dan Rhea dari dapur.

‘Herm, macam mana dengan plan kita nak satukan diorang kalau mula-mula lagi dah gaduh macam tu.’ Ujar Tan Sri Fadlan.
‘Abang jangan risau lah lama-lama nanti okay lah dorang berdua tu…tau lah saya nanti nak aturkan macam mana.’ Balas Puan Sri Aufa kemudian memandang Hajah Kalsom tertawa.

……

Pagi menjelang tiba, Rhea melangkah kakinya menuju ke dapur untuk membantu Hajah Kalsom menyiapkan sarapan pagi.

‘Rhea, kamu kenapa tak siap lagi? Tak keje ke? Soal Hajah Kalsom sambil mengaul nasi goring yang sedang dimasaknya di dalam kuali.
Rhea terdiam seketika. ‘Tokwan, Rhea ada benda nak cakap ni.’ Katanya dalam keadaan serba salah. Suka ataupun tak dia kena juga jujur pasal kejadian kelmarin.

‘Hah kamu nak cakap apa tu, kamu nak kahwin ke?’ Balas tokwan teruja


‘Ish tokwan ni, ada pula ke situ yang difikirnya. Taklah tokwan. Erm Rhea sebenarnya kena buang kerja oleh cik Ria.’ Keluhnya sedih.
‘Hah kena buang kerja! Dah kenapa pula Cik Ria tu nak berhentikan kamu?! Salah apa yang kamu buat?! Dah tu kamu nak buat apa pula lepas ni?! Nak toreh getah kat kebun Pak Mat? Ke nak kerja dekat ladang sawit Che Nab?!’ Bebel Hajah Kalsom sambil mundar-mandir dengan senduk yang masih kekal ditangannya.

‘Aduh dah mula dah tokwan aku ni rap…?!’ Monolog Rhea dalam hati.
‘Tokwan…tokwan! Sabar eh sabar. Bagi Rhea jawab satu-satu.’ Balas Rhea menenangkan tokwannya daripada membebel.

‘Dah kenapa pula tokwan membebel pagi-pagi ni.’ Tegur Puan Sri aufa yang baru muncul.

‘Ni fa, aku tengah geram ni…si budak Rhea ni rupanya dia kena buang kerja…patut lah balik awal semalam lepas tu kita ajak makan pun tak nak tak lalu makan rupanya sebab ni.’ Jawab Hajah Kalsom yang masih dengan mood membebelnya.

‘Hah dah kenapa pula ni Rhea, cuba bagitahu dekat auntie.’ Ujar puan sri aufa lembut. Tak nak lah pula Rhea rasa segan terhadapnya sekiranya dia turut marah seperti tokwan.

‘macam ni tokwan, auntie sebenarnya Rhea…’ Kata Rhea yang baru shaja ingin mmbuka bicara

‘sebenarnya apa, cakap…kau jangan macam2 Rhea…’ Sampuk Tokwan secara tiba-tiba.
‘tokwan ni pun bagilah budak tu habis cakap dulu..’ tegur p. sri aufa.

bersambung......

• Jangan lupa Comment, like and vote??

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience