Marissa tergamam mendengar bicara Puan Sri Aufa. Dia tidak menyangka yang rahsia yang disimpan rapi dari siapa pun dapat diketahui oleh wanita itu.
“Apa Puan Sri merepek ni....keluarga saya tak buang saya pun, kalau betul la keluarga saya buang saya so kenapa sekarang ni parents saya ada dekat sini." Kata Marissa dengan berani sambil menunjukkan dua figura yang sedang terdiam disebelahnya.
“Ma apa lagi ni ma....kan mama dah setuju kalau Riaz kahwin dengan Marissa...semua yang mama nak Riaz dah penuhi apa lagi yang tak cukup?!" Ujar Riaz yang diam sedari tadi.
“Yes. Riaz memang dah ikut semua kehendak mama tapi mama tak nak ada menantu penipu macam ni." Bentak Puan Sri Aufa keras.
“Kalau Riaz nak tahu perempuan yang Riaz sayang cintakan sangat ni tipu keluarga kita hidup-hidup. Lelaki dan perempuan tu bukan parents kandung dia pun and keluarga sebenar dia dah tak anggap Marissa ni keluarga sebab Marissa pernah mengandung anak luar nikah dengan ex boyfriend sendiri dan tunang dia pun sanggup jadi pak sanggup masa tu tapi at the end tinggalkan dia juga sebab masih keluar dengan lelaki lain. Perempuan macam ni Riaz nak jadikan isteri." Terang Puan Sri Aufa dengan wajah bengisnya.
Marissa tertunduk diam mendengar setiap perkataan yang keluar daripada mulut wanita itu. Dia benar-benar malu pada saat itu di hadapan keluarga Riaz dan semua orang yang turut berada disitu.
Wajah Tan Sri Adnan yang tadinya tenang mula memerah menahan amarahnya daripada meletus. Dia tidak menyangka yang isterinya akan membongkar semua itu pada hari mereka sekeluarga datang meminang Marissa. Namun, jauh di sudut hatinya dia berasa lega dengan tindakan isterinya itu kerana sekurang-kurangnya mereka mengetahui sifat sebenar gadis itu.
“You! betul tak apa yang mama I cakap. JAWAB!!!" Tengking Riaz Hakimie.
“Tak Sayang. NO! I tak pernah mengandung pun.. they are really my biological parent." Nafi Marissa keras kemudian dia berpaling ke arah Puan Sri Aufa.
“Puan Sri takde hak nak cakap macam tu dekat saya....saya boleh dakwa puan sri dan apa yang puan sri katakan tu semuanya tipu....Saya nak puan sri tunjuk bukti dekat saya SEKARANG JUGA kalau betul saya buat semua tu!"
Puan Sri Aufa tersenyum sinis mendengar bicara Marissa. “Oh, Nak sekarang juga boleh je...apa pula tak boleh...Hah dah dengar kan apa yang perempuan ni nak buka lah mask dengan topi tu." Pinta Puan Sri Aufa kepada dua orang yang duduk di samping Tan Sri Adnan.
Sebaik sahaja topi dan mask dilepas oleh si pemakai, wajah Marissa berubah pucat..tidak senang duduk dia dibuatnya melihat dua figura yang sangat dia kenali.
“Saya Haziq bekas tunang Marissa dan yang ni pula Puan Aria ibu kandung kepada Marissa Sofea. Kalau Encik tidak percaya saya ada bawa gambar tunang dan gambar-gambar lain semasa kami bercinta.
Tanpa menunggu lama, Riaz langsung menarik pantas gambar-gambar yang dihulur Haziq.
“Saya putus dengan Marissa sebab dia pernah terlanjur dengan sahabat saya sendiri sampaikan dia mengandung anak luar nikah tapi dia gugurkan kandungan tu. Tentang keluarga pula, Puan Aria halau Marissa keluar sebab Marissa adalah punca suaminya meninggal bila dapat tahu Marissa mengandung anak luar nikah dan terkena serangan jantung." Terang Haziq dengan wajah yang tenang.
Riaz terduduk mendengar semua itu. “Sampai hati you tipu I !!!" Riaz tidak dapat berkata-kata lagi. Hatinya terlalu sakit kemudian dia berlalu pergi meninggalkan Marisasa yang menangis sedari tadi.
Puan Sri Aufa juga menuruti langkah anaknya dan diikuti oleh yang lain kecuali Tan Sri Adnan.
[ENd FlashBack]
Marissa membuka pintu biliknya dengan kasar dan menangis semahunya. Dia sedar yang sepatutnya memberitahu perkara itu lebih dahulu kepada Riaz bukan menipu dan menyimpannya seorang diri. Akhirnya semua itu perbuatannya itu memakan dirinya sendiri.
Kata-kata Tan Sri Adnan sebelum dia berlalu pulang masih segar diingatannya.
“Marissa bangun." Kata Tan Sri Adnan sambil memandang wajah gadis yang sedang menangis dan meraung dihadapannya.
“Uncle Faham Marissa rahsiakan semua ni sebab takut hilang Riaz tapi sepatutnya kamu jujur dari awal lagi bukan sembunyikan macam ni...jujur uncle kecewa tapi uncle harap kamu boleh lupakan Riaz dan cari kehidupan yang lebih baik...kamu berhak untuk dapat kebahagiaan cuba lah dekat diri dengan Maha Esa...Insyallah kamu akan bahagia. Assalamualaikum." Nasihat Tan Sri Adnan kemudian berlalu pergi.
Marissa menangis teresak-esak sambil memeluk tubuhnya. “Papa.....mama maafkan rissa."
Bersambung.......
•Vote and Comment guys
•Sorry kalau ada typo atau kesalahan tatabahasa dalam penceritaan.
Share this novel