BAB 4

Family Completed 30689

“Puan Iman, ada orang mengahantar kek.”

Wawa memberitahu Iman bila dia melihat majikannya yang baru sahaja melangkah masuk ke butik.

“Oh ye? Erm, awak simpan dekat dalam peti sejuk dulu. Nanti habis kerja kita makan sama-sama dengan yang lain okey.”

Pesan Iman kepada Wawa. Dia terus masuk ke pejabat hingga akhir masa waktu kerja.

Ayam goreng KFC, Dominos dan kek hari lahir berperisa oreo di hidangkan kepada semua pekerja yang ada di butiknya. Banyak betul makanan. Tapi mereka tak tahu hari lahir siapa.

Tidak pada Wawa. Dia langsung tidak terkejut dengan perbuatan Puan Iman. Dia tahu yang Puan Iman majikannya menyimpan banyak rasa hati kepada insan yang sedang di raikan hari lahirnya.

Sudah tiga tahun dia bekerja dengan Puan Iman. Jadi sedikit sebanyak dia tahu tentang latar belakang Puan Iman. Dia dari keturunan kerabat diraja. Namun, apa yang membuatkannya menjadi pelik, mana saudara mara dan kerabat diraja Puan Iman?

Soalan itu pernah di ajukan kepada Puan Iman, tetapi jawapan yang di berikannya hampa.

“Selama mana awak nak berada di sini, bekerja saya minta jasa baik awak jangan mempersoalkan soalan itu.”

Dia tahu, hati Puan Iman sedang luka. Luka yang terlalu lama di simpan, tetapi masih lagi belum juge jumpa pengubatnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience