BAB 8

Family Completed 30689

Akhirnya mengalir juga airmata yang di tahan dari terus mengalir. Tidak sampai hati Mak Lijah nak berkata lagi. dia sendiri pun tidak mngerti kenapa waktu itu Tengku Athia menyerahkan Iman kepadanya. Sedangkan waktu itu Tengku Athia juga tidak sampai hati ingin menyerahkan Iman kepadanya.

Dua puluh lima tahun semua ini berlaku. Namun soalan ini tidak dia ketemu jawapan. Hanya Tengku Athia yang punya segala jawapan. Jawapan yang akan menjawab segala persoalan yang bermain di benak Iman.

Jam dinding sudah berada di angka sebelas. Ummi dan walid sudah pun masuk ke dalam bilik sejam yang lalu. Tapi Iman, dia masih lagi di bangku berhadapan meja tulisnya.

Berfikir pelbagai persoalan yang bermain di fikirannya. Baru dia teingat akan sesuatu. Dia terlupa untuk bertanyakan Wawa bagaimana kerja hari ini. Adakah semuanya baik saja.

Dia mencapai i-Phone 6 di atas katil. Mencari nombor telefon Wawa dan menadil. Tidak sampai beberapa saat panggilannya di jawab oleh Wawa.

“Ye puan Iman. Segalanya berjalan lancar.”

Wawa memberitahu.

“Baiklah Wawa. Kalau semuanya okey mungkin esok tengahari saya ke butik terus. Dan lagi satu, tolong ingatkan saya tentang perkembangan fesyen di Jepun bulan depan. Sebab saya kena buat temu janji dengan Kryl untuk membincangkan tentang design baju tu.”

Iman berpesan kepada Wawa sebelum dia mematikan talian sempat lagi Wawa mengusik Iman. Katanya sekarang Iman sudah ada peminat. Tadi pun datang cari Iman tak cari yang lain.

Ada-ada aja budak ni nak buat lawak malam-malam begini. Salam di berikan sebelum talian terus di matikan. Telefon Iman di biarkan di atas meja, sepi.

Matanya mengantuk dan dia terus merebahkan tubuhnya ke katil empuk. Katil yang sama sejak dia di bawa masuk ke dalam kelurga angkatnya.

Seminggu dia berada di butik. Menyiapkan kerja pola design baju muslimah untuk musim bunga di Jepun. Lagi beberapa hari dia akan berjumpa degan Kryl bagi membincangkan semuanya dengan terperinci.

“Puan Iman, ada sejambak bunga untuk Puan.”

Wawa berkata sambail di tangannya mengendong bunga itu ke meja kerjanya.

“Bunga untuk saya? Sapa bagi?” Tanya Iman.

“Peminat Puan Iman.”

Jawab Wawa. Bunga ros putih itu di serahkan kepada Iman dan di sambut.

“Peminat? Hahaha. Awak ingat saya ni artis ke sampai ada peminta bagai.”

Geli hati pula dengar Wawa kata dia ada peminat.

“Betul puan Iman. Saya tak tipu.”

Bersungguh Wawa memberitahu. Namun Iman hanya tersenyum geli hati.

Hari ini adalah hari yang kelam kabut buat Iman. Semua jadualnya kena skip gara-gara Kryl. Sabo jelah.

Iman keluar dari butiknya dengan tergesa-gesa kerana tidak mahu terlewat berjumpa dengan Kryl di sebuah studium designer milik Kryl di Pusat Bandar Johor.

Tergesa-gesa sehinggakan dia hampir menjatuhkan seorang lelaki. Mujur pelanggaran bahu itu tidak seteruk imaginasinya tadi. Buat malu betul!

Iman memohon maaf atas kecuaiannya sebentar tadi. Namun tidak pula dia menunggu lelaki tadi berkata sepatah samada memaafkannya atau mahu marah.

Iman berlari-lari anak mendapapatkan lif yang sedang terbuka luas untuknya. Sedangkan baru sahaja ada orang yang keluar dari lif ke tingkat bangunan ini. Perasan betul!

Mesyuarat yang berlangsung hampir seharian benar-benar meletihkan tubuhnya. Kepalanya usah di cekap. Memang tak rehat. Pelbagai idea yang di keluarkan dan jenis fabrik yang ingin di gunakan.

Sedar mahupun tidak hari kian lewat malam. Dan macam biasa jugalah dia akan bermalam di studio Kryl. Memandangkan Kryl adalah seorang wanita yang berbangsa Sabah, jadi tidak ada masalah untuknya bermalam bersama Kryl. Boleh terus membuat kerja bila-bila masa tanpa menunggu esok.

Dua hari Iman tidak pergi ke butiknya. Dan selama dua hari itu jugalah Wawa asyik menghantar mesej pesanan ringkas, kadangkala WhatsApp kepadanya. Memberitahu peminat Iman sering datang ke sana dan memberikan dia pelbagai hadiah. Naik rimas pun ada.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience